.


Thursday, May 27, 2010

City bersedia untuk memborong 3 pemain Real Madrid!


Manchester City telah bersedia untuk mencetuskan suatu mesej buat lawan mereka apabila mereka dilihat akan membuat rundingan terbuka untuk pembelian BORONG 3 pemain Real Madrid iaitu Higuain,Van Der Vaart dan Fernando Gago.

Roberto Mancini menegaskan bahawa beliau akan bersedia untuk bersaing untuk memenangi liga pada musim depan dengan penyertaan 3 bintang La Liga itu menurut suratkhabar Sepanyol,Marca.

Pegawai rasmi Eastland itu dikatakan sudah berada di Sepanyol untuk berbincang mengenai perkara itu dengan Real Madrid dikatakan bersedia untuk menjual beberapa pemain untuk menambah dana untuk berbelanja besar dalam musim panas ini.

Dengan Mourinho tidak akan diberikan bajet besar seperti yang diperolehi Pellegrini musim lepas,penjualan pemain adalah suatu kemestian jika pemain bintang seperti Angel Di Maria,Steven Gerrard dan Ashley Cole ingin menyertai kem Barnabeu. Share

Redknapp : Modric bukan untuk DIJUAL!


Harry Redknapp memberitahu Manchester United semalam : Luka Modric bukan untuk dijual pada sebarang harga.

Sunsport mendedahkan bahawa boss United,Sir Alex Ferguson telah membuat tawaran bernilai £25 juta kepada pemain perancang utama Tottenham itu.

Tetapi Redknapp memberitahu rakan setugasnya itu :"Perjanjian tersebut tidak masuk akal.Luka merupakan kunci kepada kejayaan kami musim ini.

"Semua orang tahu saya banyak memikirkan tentang beliau.Dan jika kamu mahu pergi ke peringkat seterusnya,kamu seharusnya tidak menjual pemain terbaik kamu kepada kelab lain"

Redknapp juga dikaitkan dengan pemain Manchester City,Stephen Ireland sebagai pengganti Modric. Share

Everton mahukan Ben Arfa ke Goodison Park

Ejen Hatem Ben Arfa telah mengesahkan bahawa Everton sememangnya menjadi 'PEMINAT BESAR' untuk mendapatkan khidmat pemain bintang Marseille itu.

Skuad Toffees itu adalah antara kelab yang dikaitkan dengan winger Perancis itu pada januari lepas.

Dan boss Everton, David Moyes itu sekarang nampak kembali berminat untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu.

Marseille mahukan £10 juta dan ejen Frederic Guerra berkata : "Everton sememangnya sangat berminat untuk mendapatkan pemain itu ketika ini dan sebarang kemungkinan mungkin berlaku." Share

Wednesday, May 26, 2010

Rasmi: Di Carlo dilantik sebagai pengurus baru Sampdoria


Sampdoria telah mengumumkan secara rasmi bahawa Domenico Di Carlo sebagai pengurus baru kelab itu.

Sebuah jenyataan rasmi kelab :

"Sampdoria telah menyatakan secara rasmi bahawa Mr. Domenico Di Carlo telah menandatangani kontrak 2 tahun sebagai ketua jurulatih di Sampdoria. Beliau akan mengumumkan secara rasmi pada sidang akhbar esok,Khamis 27 May pada pukul 12.00(waktu tempatan)"

Di Carlo menyertai Sampdoria dari Chievo,yang mendapat tempat ke 14 pada liga Serie A,dan akan menggantikan Del Neri yang menyertai Juventus.

"Ia adalah tawaran yang sukar ditolak," jelas Di Carlo kepada laman web rasmi kelab. Share

Rasmi : Luigi Del Neri adalah pengurus rasmi Juventus untuk musim depan

Juventus telah mengumumkan secara rasmi bahawa Luigi Del Neri sebagai jurulatih baru pasukan itu.

Sebuah kenyataan rasmi kelab :

"Luigi Del Neri akan menjadi jurulatih rasmi kelab Juventus yang akan secara rasmi bermula pada 1 Julai 2010.Jurulatih itu akan menandatangani kontrak sehingga 30 Jun,2012."

Setelah membimbing Sampdoria untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan,Del Neri telah meletakkan jawatan sebagai jurulatih pasukan Blucerchiati minggu lepas untuk menggantikan tempat Alberto Zaccheroni sebagai jurulatih di Turin.Beliau telah menghabiskan masa seharian bersama pegawai Juventus untuk berbincang mengenai tugas tersebut dan mencapai kata sepakat antara kedua pihak.

Kelab itu juga mengesahkan bahawa Giuseppe Marotta sebagai General Director untuk bahagian hal ehwal sukan. Share

Senarai 6 pemain STAR yang menjadi target Mourinho musim depan

Ini merupakan senarai pemain-pemain SUPESTAR yang dijangka akan ke Barnabeu dibawah kendalian Jose Mourinho untuk musim depan.Kalo Jose dapat semua nih,rasanya Real dah jadi All Star team.Tapi All Star tak semestinya berjaya.So kita tunggu je apa Mourinho akan lakukan untuk musim depan!

Ashley Cole

Danielle De Rossi


Steven Gerrard


Frank Lampard


Maicon


Lucio









Share

Gerrard mula menjadi TARGET utama Real selepas Rossi dikatakan akan kekal bersama Roma

Bos Roma,Claudio Ranieri memberitahu Real Madrid untuk melupakan hasrat untuk mendapatkan pemain tengah Itali, Daniele De Rossi.

Pemain berusia 26 tahun itu telah menarik perhatian beberapa minat dari kelab rantau Eropah, termasuk Manchester City, tetapi Giallorossi menetapkan bahawa pemain itu bukan untuk dijual.Pengumuman Ranieri itu dikatakan akan membawa Steven Gerrard lebih dekat untuk menyertai bintang-bintang yang lain di Barnabeu.

Walaupun Mourinho menyatakan bahawa De Rossi sebagai target utama beliau selepas bergelar pengurus Real Madrid, kapten Liverpool itu merupakan pilihan beliau selepas Rossi.

'De Rossi tidak akan kemana-mana' Ranieri memberitahu suratkhabar II Romanista.
'Dia merupakan tulang belakang kelab ini'

Laporan di Itali mengesahkan bahawa kelab yang terletak di ibu kota Itali itu telah menolak tawaran bernilai £38 juta dar Manchester City pada awal bulan ini.

De Rossi masih lagi mempunyai kontrak bersama Roma sehingga June 2010. Share

McClaren : Saya akan cuba untuk mengekalkan Dzeko untuk musim depan

Bos baru Wolfsburg, Steve McClaren telah menyatakan hasrat untuk mengekalkan striker tinggi lampai Bosnia Herzegovina,Edin Dzeko untuk musim depan di kelab itu,dengan Tottenham dikatakan berminat untuk penyerang bernilai sekitar £25 juta.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan akan berpindah keluar dari Liga German dengan Manchester City, Chelsea, AC Milan dan Real Madrid dikatakan berminat.

McClaren, yang kelaur dari Wolves untuk membimbing FC Twente untuk menjuarai Liga Belanda musim ini, mengakui bahawa masa depan pemain itu bukan lagi di tangan Wolfsburg tetapi pengurus itu ingin melihat pemain itu berkhidmat dibawah kendaliannya.

'Pada masa sekarang,kami tidak dapat mengawal masa depan beliau,' kata McClaren.

'Dia masih lagi terikat dengan kontrak dan beliau akan pergi dengan nilai kontraknya sebelum Isnin ini.Selepas Isnin,jika tiada tawaran diterima, kita akan mengawal keadaan dan dapat memutuskan sedikit mengenai perkara ini.

'Dia adalah penyerang berkelas dunia dan kami tidak mahu kehilangan beliau.Kami akan mencuba habis-habisan untuk mengekalkan beliau didalam skuad kami untuk musim seterusnya. Share

Real Madrid secara rasmi memecat Pellegrini

Real Madrid secara rasmi telah memecat pengurus kelab itu, Manuel Pellegrini untuk membuka ruang untuk The Special One,Jose Mourinho mengambil alih tugas sebagai pengurus kelab secepat mungkin.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah mengumumkan keputusan itu pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat tertinggi kelab di ibu negara Sepanyol itu pada rabu petang.

Perez juga menjelaskan bahawa perbincangan mengenai perpindahan pengurus itu ke Madrid telah menemui kata sepakat oleh kedua pihak,iaiatu antara Real Madrid dan Inter Milan.

Pellegrini gagal untuk memenangi sebarang trofi pada musim ini yang juga merupakan musim pertamanya menguruskan Real Madrid yang melihat kelab itu telah berbelanja hampir £200 juta untuk mendapatkan bintang seperti Ronaldo, Kaka dan Karim Benxema ke Barnebeu.

Ada ura-ura mengatakan bahawa Pellegrini akan pergi ke arah bertentangan untuk menguruskan Inter Milan untuk menggantikan Mourinho untuk musim depan. Share

Rasmi : Nikola Zigic sah menjadi pemain Birmingham City


Nikola Zigic secara rasmi telah bergelar sebagai seorang pemain Birmingham City selepas menyelesaikan pertukaran bernilai £6 juta dari Valencia ke Birmingham.

Pemain gergasi Serbia itu telah mempersetujui kontrak 4 tahun bersama kelab di St. Andrew itu dan menjadi tandatangan ke-3 selepas Ben Foster dan Enric Valles untuk memperkuatkan skuadnya musim depan.

Zigic mempunyai ketinggian hampir 6 kaki 8 inci,tidak dikatakan kembar kepada Crouch tetapi Crouch akhirnya mempunyai 'persaingan' di dalam ketinggian musim depan dengan kehadiran Zigic.

Bos Birmingham City, McLeish yang mendapat dana dari pemiliknya, Carson Yeung,telah membuat perpindahan yang cepat untuk mendapatkan khidmat pemain itu selepas Valencia menjual David Villa ke Barcelona atas alasan masalah kewangan. Share

Friendly Match 26 May 2010





Share

Video Mourinho menangis pada kali terakhir sebagai Jurulatih Inter Milan

Video Jose Mourinho menangis sempat dirakam apabila beliau akan mengambil alih tugas sebagai pengurus baru Real Madrid pada musim depan.

Dalam video tersebut,Mourinho kelihatan memasuki sebuah kereta dipandu pemandunya selepas memenangi kejuaraan Treble pada musim yang gemilang bersama Inter Milan.Kereta yang dinaiki The Special One itu tiba-tiba berhenti dan Mourinho keluar dari kereta dan berjalan menuju ke tepi jalan yang kelihatan pemain Inter Milan,Marco Materazzi sedang bersandar di bahu jalan.Beliau kemudiannya memluk pemain yang tinggi lampai itu dan pemain itu beberapa kali menepuk belakang Jose. Jose kemudiannya meninggalkan tempat tersebut dengan air mata dan kemudiannya memasuki kereta semula dan pergi.

P/s: Banyak drama sungguh.macam crite hindustan pon ada.haha.Nampaknya Musim depan akan menjanjikan saingan yang semakin menarik :)

Share

Arsenal dikaitkan dengan Simon Kjaer dan Pape Diakhate


Simon Kjaer

Arsenal masih lagi berminat dengan pemain pertahanan Palermo yang dianggarkan bernilai £10 juta,Simon Kjaer dan pemain tengah Dinamo Kiev,Pape Diakhate.

Ejen Kjaer yang juga bekas pemain Middlesbrough,Mikkel Beck berkata :'Saya telah menggalakan beliau untuk mencuba Liga Perdana Inggeris'

Diakhate

Bos Arsenal juga dikaitkan dengan keeper berpengalaman Fulham, Mark Schwarzer. Share

Aguero dijangka akan bernilai £77 juta jika kontrak baru termeterai


Sergio Aguero telah ditawarkan dengan kontrak baru yang akan melihatnya untuk kekal bersama dengan Atletico Madrid untuk 3 tahun lagi dan sekaligus akan menambahkan lagi harga pembeliannya dari £55 juta sebelum ini kepada £77 juta.Usaha ini dikatakan untuk mematahkan semangat dua kelab dari Manchester,England untuk pemain ini.

Pemain Argentina yang menjadi sebutan sebagai antara penyerang muda berbakat di Eropah telah dikaitkan akan meninggalkan kelabnya yang juga juara Liga Europa pada bulan lepas,beliau juga dikaitkan dengan Chelsea dan juga seteru utama Atletico Madrid,Real Madrid.

Walaupun kontrak beliau sekarang masih lagi berbaki 2 tahun,Atletico bimbang mereka akan kehilangan pemain berusia 21 tahun itu musim ini jika kontrak beliau masih lagi berbilai £55 juta.

Dan jika beliau tetap akan kekal bersama mereka, kelab berpangkalan di Madrid itu akan menghadapi kerugian yang besar jika pemain itu tidak mahu untuk menyambing kontrak pada musim depan dan pada masa yang sama harga pemain itu juga mungkin akan jatuh dengan mendadak.

Dan President Atletico,Enrique Cerezo berasa yakin Aguero akan tetap bersama mereka untuk musim depan. Share

Tuesday, May 25, 2010

Keputusan Friendly Match semalam












Share

Atl. Bilbao vs 100 org budak

Ni video SCORERUN dapat dari Luqmanmaat.Credit to him!Nak post jugak benda nih.kelakar gak aku tgk.Aku rasa match ni untuk Charity..Pemain Athletic Bilbao vs 100 org budak!haha..tgk jer la :)

Share

AC Milan menunjukkan minat untuk Ibrahimovic

AC milan dijangka akan bersaing dengan Manchester City dan Chlesea untuk menandatangani pemain Barcelona,Zlatan Ibrahimovic.

Penyerang kebangsaan Sweden itu dijangka akan menolak spekulasi ke England berikutan keadaan cuaca yang sentiasa lembab.

Dan kelab gergasi Itali itu akan bersedia untuk membuat tawaran untuk mendapatkan bekas pemain Inter Milan itu menurut surat khabar Sepanyol,Sport.

Minggu lepas,Sportsmail secara eksklusif telah mendedahkan bahawa Presiden Barceloa,Joan Laporta sedang berusaha untuk menjual pemain itu dengan menandatangani David Vila untuk 34juta dan dilaporkan telah menawarkan khidmat penyerang itu kepada Chelsea atau City. Share

Aguero akan terus kekal..jika tiada pihak ingin membelinya dengan £52 juta


Presiden Atletico Madrid,Enrique Cerezo menjangkakan Sergio Aguero akan tetap berada bersama kelab di Madrid itu untuk musim depan walaupun terdapat banyak spekulasi membabitkan pemain itu ke kelab lain musim depan.

Kebanyakan kelab ternama dunia telah dikaitkan akan menawarkan bidaan kepada Aguero dan antara kelab yang paling dikaitkan adalah Chelsea,Manchester United dan Manchester City.Tetapi Atletico berjaya mengikat pemain itu dan akan bernilai 52 juta jika ingin membawa penyerang Argentina itu pergi dari Madrid.

Walaupun dijangka akan lebih banyak spekulasi timbul selepas Piala Dunia ini,Cerezo tetap optimistik dengan pemain itu akan terus kekal bersama Juara Liga Europa untuk musim depan.

'Dia mempunyai kontrak dengan kami,kami mahu beliau terus kekal bersama kami dan dia gembira berada di kelab ini.Jika terdapat pihak yang akan datang dan terus membeli beliau melalui kontraknya di sini,kami akan melihat jika beliau bersetuju....dan saya tidak terkejut jika beiau tidak kekal bersama kami musim depan,'kata Cerezo pada laman web rasmi kelab Atletico Madrid.

Cerezo menambah :'Ia adalah bukan kehendak kami untuk menjual pemain yang semetinya penting untuk kelab kami.' Share

Mourinho: Saya mahukan gol yang banyak dari Ronaldo musim depan


Apabila ejen Mourinho,Jorge Mendes menyelesaikan kontrak 4 tahun bernilai £36 juta dengan direktor Real Madrid,Jorge Valdano semalam, pengurus berbangsa Portugal itu tidak sabar untuk bekerja sama dengan pemain senegara-nya,Cristiano Ronaldo,yang pernah menjadi seteru utama di England suatu ketika dahulu.

Mourinho berkata :'Kami adalah berbangsa Portugis,dia adalah pemain terbaik dunia dan saya adalah pengurus terbaik dunia.

'Saya mahukan gol yang banyak dari Ronaldo musim depan' Share

Fabregas milik kamu....dengan harga £80 juta

Arsenal malam tadi telah meletakkan harga kapten Sepanyol mereka,Cesc Fabregas dengan harga £80 juta!

Gunners tidak berhasrat untuk menjual pemain itu ke Barcelona sehingga selesai Piala Dunia,walaupun pemain itu sendiri sudah menyampaikan hasratnya itu sendiri kepada pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Kelab Catalan ingin membuat perjanjian dengan cepat dengan membayar £30 juta untuk mendapatkan pemain itu sebelum Piala Dunia agar beliau boleh fokus dengan skuad Sepanyol tetapi Arsenal berkeras untuk mengekalkan kapten mereka itu dan tidak akan mudah mengalah.

Wenger dilaporkan berharap Fabregas akan terus kekal bersama mereka untuk musim depan.

Situasi 'akan pergi,tidak pergi' ini adalah serupa dengan apa yang kami hadapi dengan Patrick Viera untuk setiap musim dahulu,sehinggalah beliau benar-benar pergi ke Juventus.

Semalam,Fabregas yang mengalami kecederaan patah kaki pada penghujung musim telahpun menyertai kem latihan Sepanyol dan membuat latihan penuh untuk negaranya itu. Share

Gallas terbabit dalam kemalangan

Jurulatih pasukan Perancis, Raymond Domenech mesti menarik nafas lega apabila pemain pertahanan tengah Perancis,William Gallas terbabit dalam kemalangan..........kereta BUGGY ditrack.Sedang Gallas bertarung untuk menyembuhkan kecederaan pada 'Calf injury' untuk memastikan beliau ke Piala Dunia,beliau hampir memusnahkan harapan nya ke Afrika Selatan apabila kereta Buggy yang dinaikinya terbalik du French Alpine resort of Tignes.
Gallas dilaporkan mengalami kemalangan kecil itu ketika sedang merehatkan diri selesai latihan bersaam rakan sepasukan Perancis.
Pemain berusia 32 tahun itu menerima luka kecil pada tangannya selepas kereta itu terbalik. Share

14 Juta jika Arsenal mahukan Cahill ke Emirates


Arsene Wenger harus menyediakan wang sekitar £ 14 juta untuk pemain Bolton yang juga bek tengah, Gary Cahill.

Pengurus Arsenal itu adalah peminat besar bekas pemain England bawah 21 itu yang belum lagi menyarung jersey skuad senior England.

Bos Bolton, Owen Coyle telah menjalinkan hubungan baik dengan Arsenal dan berharap untuk melanjutkan peminjaman pemain muda 18 tahun Arsenal, Jack Wilshere yang dipinjam selama enam bulan. Tapi dia tidak ingin kehilangan Cahill, 24, selepas menyedari kepentingan pemain tersebut banyak membantu dibahagian pertahanan mereka.

Namun Coyle tahu dia tidak boleh bersaing dengan tawaran lumayan dari sebuah kelab yang bertanding di Liga Juara-Juara. Share

Sunday, May 23, 2010

West Ham membuat tawaran lumayan untuk Henry

WEST HAM telah membuat tawaran yang agak lumayan untuk menandatangani Thierry Henry.

Pemilik West Ham, David Sullivan minggu ini menawarkan pemain Barcelona itu, 32, dengan kontrak dua tahun, bernilai lebih dari £ 7.5 juta.

Sullivan sedia untuk membayar Henry yang merupakan legenda Arsenal sekitar £ 75,000 seminggu. Dia berkata: "Kami sedang berusaha untuk meningkatkan kekuatan pada posisi serangan yang lebih produktif di West Ham dan saya ingin memiliki Henry di sini.

"Kelab kami masih lagi mempunyai hutang namun dengan pembelian penyerang seperti Henry,ia merupakan suatu perjanjian yang bagus kerana Henry masih lagi dalam mutu permainan yang menarik.

"Saya sudah membuat tawaran yang akan membuatnya menjadi pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah kelab ini. Share

Modric mula mendapat perhatian serius Ancelotti

Chelsea dikatakan akan membuat tawaran bernilai £26 juta untuk pemain Tottenham Hotspur,Luca Modric.

Pemain berusia 24 tahun Croatia itu mula dikaitkan dengan kelab dari utara London itu selepas mempamerkan aksi yang mantap pada musim ini dan dilaporkan berada di London untuk berbincang mengenai masa depan di White Hart Lane.

Beliau dikaitkan dengan kelab juara berganda-juara Liga dan FA- selepas pengurus Italy kelab itu, Carlo Ancelotti mula sedar akan kepentingan membawa pemain muda untuk memastikan kejuaraan mereka bertahan di Stamford Bridge. Share

Blackpool berjaya ke Liga Perdana Inggeris!



BLACKPOOL akhirnya berjaya menyertai Liga Perdana Inggeris apabila mengalahkan Cardiff dengan jaringan 3-2.Gol EMAS adalah hasil jaringan Brett Ormerod di stadium Wembley.

Ormerod juga pernah menjaringkan gol yang melayakkan Blacpool dari Divisyen 2 ke Liga Coca-Cola pada 9 tahun yang lalu.
Goal malam tadi ternyata amat bermakna apabila membawa skuad bimbingan Ian Holloway ke kancah liga yang terkenal di dunia walaupun mempunyai average kehadiran sebanyak 8500 untuk mereka musim ini.Mereka akan bersaing dengan kelab seperti Manchester United dan Chelsea.

Mereka pada perlawanan itu berjaya mengejar 2 kali setelah ketinggalan pada separuh masa pertama.

Tahniah! Share

Iklan WRITE THE FUTURE by NIKE

Korang layan la satu lagi iklan menarik dari Nike buat peminat bola!Beberapa pemain terkemuka seperti Ribery,Ronaldo,Rooney,Fabregas dan lain-laina da didalam.LAYAN!

Share

Jose Mourinho : Tugas di Inter sudah selesai

Jose Mourinho memastikan bahawa dia akan meninggalkan Inter untuk menjadi pengurus pasukan Real Madrid selepas menjuarai trofi Liga Juara-Juara dengan kelab Itali,Inter Milan.

Bos berbangsa Portugis itu telah membawa Inter kepada kejayaan Treble musim ini, iaitu Liga Juara-Juara, Coppa Itali dan Seri A dan percaya bahawa dia telah mencapai kejayaan yang paling maksimum di San Siro. "Kerja saya di sini telah selesai," katanya di televisyen RAI di Itali. "Saya telah membuat sejarah kelab dan saya akan meninggalkan Inter untuk mencari cabaran di kelab yang lebih besar."

Ketika ditanya oleh stesen Jerman Sat.1 jika dia akan menyertai Real Madrid, Mourinho hanya menjawab "ya."

"Musim yang bagus, musim yang luar biasa," kata Mourinho kepada Sky Sports. "Tidak banyak kata untuk menggambarkan bagaimana perasaan saya kerana saya sangat gembura, dan saya sangat bangga."

Ketika ditanya mengapa beliau akan ke Madrid, Mourinho menjawab: "Ini satu-satunya kelab yang inginkan saya!"

"Tidak, saya tidak punya pilihan.Real Madrid adalah Real Madrid. Share

Bayern 0 - 2 Inter,Tahniah Inter

Tahniaj biat Inter!maybe aku telambat sdikit tapi still nak ucapkan tahniah keapda Jose Mourinho.Beliau memang the Special One.Dua gol hasil jaringan Milito sudah memadai buat mereka untuk mendapat gelaran TREBLE.Kat bawah ni ada statistic dan gambar mereka.










Layan Goal dari Milito!

Share

Friday, May 21, 2010

Inikah baju United musim depan?

Hurm..lawa jugak baju ni kan..Cam garang jer..tapi ni x confirm lagi tau..Semua pasti sudah tahu kan yang United akan bertukar sponsor baju dari AIG ke AON.Air Asia bila lagi erk??hee.. Share

Kembar Player/Pengurus Bola Sepak 1

Di bawah ni ada gambar kembar kepada orang ternama di dunia bola sepak :p Check this out :)



Kembar Cristiano Ronaldo: Jaime Wright
Share

Thursday, May 20, 2010

Arsenal dan Bayern minat M'bia yang bernilai £ 16 juta


Arsenal tertarik kepada pemain tengah Marseille, Stephane Mbia.

Pemain kebangsaan Cameroon itu hanya menyertai Marseille musim lalu dari Rennes dalam perjanjian £ 10.5 juta tetapi baru saja membantu kelabnya merebut gelaran pertama mereka sejak tahun 1992 untuk menjuarai liga Perancis.

M'bia,24, yang menolak untuk ke Everton musim panas lalu, adalah bernilai £ 16 juta dan juga dikehendaki oleh Bayern Munich.

Bayern telah dipercayai berminat dengan pemain £ 15 juta itu untuk memberikan persaingan kepada Martin Demichelis dan bekas pemain Marseille, Daniel Van Buyten. Di Arsenal, pemain itu mingkin akan menambahkan lagi kekuatan fizikal di bahagian tengah. Share

Maradona memaki dan melanggar wartawan


Coach dan pemain lagenda Argentina, Diego Maradona telah memaki kepada seorang wartawan yang cedera apabila wartawan itu cedera di kaki selepas mengejar Maradona ketika beliau sedang memasuki kawasan training Argentine Football Association.

'What an a****** you are,'Maradona menjerit ketika beliau berhenti seketika.'How can you put your foot under the wheel,man?'

Paramedik telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk membawa wartawan itu pergi untuk rawatan susulan.

Maradona kemudiannya disoal siasat oleh polis berhubung kejadian itu di dalam bangunan itu dan kemudiannya meninggalkan kawasan training itu melalui pintu belakang.

hey...mcm2 la si Maradona ni..kalo da dia sendiri ada masalah disiplin,cane nak handle 23 org pemain masa World Cup nanti. Share