.


Showing posts with label Benfica. Show all posts
Showing posts with label Benfica. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

Rasmi : Di Maria sah milik Madrid


Real Madrid secara rasminya telah menandatangani perjanjian dengan Benfica untuk pemain Argentina,Angel Di Maria.

Pemain berusia 22 tahun itu yang sekarang ini bersama dengan skuad Argentina di Afrika Selatan dijangka akan berpindah dengan nilai £20 juta.

Sebuah kenyataan dari laman web rasmi Real Madrid : 'Real dan Benfica telah bersetuju berhubung dengan pembelian pemain Angel Di Maria'

'Pemain itu akan menandatangani perjanjian bernilai 6 tahun bersama Real Madrid'

Di Maria menyertai Benfica dari kelab Argentina,Rosario Central pada 2007 dan membantu kelab tersebut menjuarai liga Portugal pada musim lepas.

Beliau membantu Argentina menjuarai Kejuaraan Bawah 20 Dunia pada 2007 dan tahun berikutnya membantu negaranya memperoleh emas dalam temasya Olimpik dengan menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menentang Belanda. Share

Thursday, June 17, 2010

Real dan Benfica mendapat kata sepakat berhubung Di Maria

Real Madrid dikatakan akan secara rasminya menyelesaikan perpindahan pemain wing kanan Argentina dan Benfica,iaitu Angel Di Maria pada Isnin ini selepas kedua-dua kelab telah mencapai kata sepakat dalam nilai perpindahan.

Presiden Benfica,Luis Filipe Vieira difahamkan telah bertemu dengan direktor Madrid,Jose Angel Sanchez di Barnabeu dan bersetuju dengan harga yang lebih rendah berbanding haraga asal dari €40 juta (£33.5 juta) kepada €30 juta (£25 juta) untuk pemain berusia 22 tahun itu.

Dengan persetujuan kedua belah pihak mengenai harga pemain tersebut,perjanjian itu dijangka selesai secara rasminya pada Isnin ini,dengan Di Maria sekarang ini sibuk dengan tugas untuk negaranya Argentina di Piala Dunia Afrika Selatan.

Di Maria juga difahamkan bersetuju dengan tawaran dari Real Madrid itu.

Beliau dijangkakan akan menandatangani perjanjian dengan nilai €2 juta (£1.7 juta) untuk 5 tahun kontrak di Barnabeu. Share

Monday, April 26, 2010

Real Madrid sedia untuk mendapatkan Angel Di Maria


Seperti dilaporkan oleh media Portugis,A Bola, pemain sayap Argentina dan juga Benfica, Angel Di Maria telah kembali ke dalam radar Real Madrid sebagaicalon utama untuk perpindahan musim depan.

Pemain yang berusia 22 tahun itu tiba di Benfica pada tahun 2007 dari kelab Argentina, Rosario Central dengan perjanjian berjumlah € 5.5 juta.Sekarang ini,nilai kontrak beliau dengan pasukan Portugal bernilai € 50 juta, tetapi kos perpindahan dipercayai antara € 25 juta dan € 40 juta. Share

Wednesday, April 21, 2010

City bakal berbelanja 40juta ke atas pemain Amerika Latin?



Manchester City melihat perbelanjaan untuk 2 pemain pemain berharga £ 40million untuk pasangan Angel Di Maria Benfica's dan Oscar Cardozo sebagai sesuatu yang menarik.
Duo Amerika Selatan cenderung meninggalkan Lisbon musim panas ini dan semestinya menarik kelab-kelab besar untuk menguatkan lagi jentera mereka selepas Piala Dunia 2010.

Pengarah teknikal City,Mike Rigg berkata pemain Latin tersebut merupakan HIT TARGET di Eastlands untuk musim panas.

Pemain sayap Argentina Di Maria, 22,tidak beraksi ketika Benfica melawan Everton awal musim ini dan diharapkan untuk bersinar di Piala Dunia.

Cardozo, 26, telah meledakkan gol banyak gol musim ini untuk Benfica dan tahu semua tentang City melalui pemain antarabangsa Paraguay dan juga teman rapatnya,Roque Santa Cruz.

£ 40m buat pasangan itu tidak akan menjadi masalah bagi City, terutamanya jika merek a me layakkan diri ke Liga Juara-Juara.
Rigg berkata: "Ini adalah logik sebuah kelab seperti City harus memperhatikan pemain hebat seperti itu."
Share