.


Showing posts with label Inter Milan. Show all posts
Showing posts with label Inter Milan. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

Balotelli menjadi rebutan 2 kelab di Manchester

Pengurus Manchester United ,Sir Alex Ferguson dilaporkan bersedia untuk menjadikan penyerang Inter Milan,Mario Balotelli kepada Cristiano Ronaldo baru di Old Trafford.

Sportmediaset.it membuat sebuah laporan dimana Ferguson memberitahu bekas penolongnya,Carlos Queiroz,yang juga merupakan pengurus pasukan Portugal,dimana beliau akan menandatangani Balotelli dan akan menjadikan beliau sebagai Cristiano Ronaldo baru di Old Trafford.

Walaupun pemilik Inter,Massimo Moratti,memberitahu bahawa Balotelli tidak disuruh untuk meninggalkan kelab Nerazzurri,tetapi terdapat perang untuk mendapatkan pemain itu di antara United dan City.

Ejen pemain itu memberitahu bahawa City ada membuat tawaran terhadap pemain itu tetapi tawaran tersebut terlalu rendah untuk pemain tersebut.

Kedua buah kelab Liga Inggeris itu telah dilaporkan oleh media Itali akan membuat tawaran sehingga £25 juta untuk pemain berusia 19 tahun itu,tetapi Inter mahu sekurang-kurangnya £33.5 juta untuk pemain muda itu. Share

Tuesday, June 29, 2010

Benitez harap dapat bawa 3 pemain Liverpool ke San Siro


Pengurus Inter Milan,Rafael Benitez,dikatakan sudah membuat pelan pembaharuan kelab tersebut dengan beliau dikaitkan akan cuba untuk membawa 3 pemain di Liverpool iaitu Glen Johnson,Daniel Agger dan Lucas,menurut Mediaset.

Benitez,50,telah meninggalkan Liverpool pada musim ini dan menyertai kelab juara Eropah itu.Dengan berbekalkan dana wang yang banyak untuk menambahkan pemain ke skuad juara Eropah itu,beliau dilaporkan ingin membawa beberapa muka lama di Liverpool ke Milan.

Dengan Maicon dijangkakan akan meninggalkan San Siro dengan £30 juta,Benitez akan menggunakan wang itu untuk membawa Johnson ke Milan.

Agger juga dilihat sebagai pengganti pemain veteran iaitu Materazzi,dan pemain tengah Brazil,Lucas,yang menjadi kesebelasan utama di Anfield musim lepas. Share

Tuesday, June 22, 2010

Simon Kjaer dikejar beberapa kelab ternama Eropah

Inter Milan dilaporkan telah menyertai 4 kelab utama Liga Perdana Iggeris untuk membeli pemain pertahanan tengah Palermo dan Denmark,Simon Kjaer,menurut Giornale di Sicilia.

Man United dan City serta Arsenal dan Liverpool telah dilaporkan akan membeli pemain tersebut,selepas masa depan pemain tersebut menjadi bualan ramai pihak selepas mempamerkan aksi yang memberangsangkan selepas hanya 2 musim bersama Palermo.

Pengurus baru Inter Milan,Rafael Benitez dilaporkan sebagai peminat no 1 kepada Kjaer,apabila beliau mengikut perkembangan pemain tersebut tahun demi tahun,dan Benitez dijangka akan melihat kemungkinan untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu.

Bekas pemain tengah Midtjylland yang mempunyai kontrak bernilai £12 juta bersama Palermo,dan Inter dijangka akan berjaya mendapatkan pemain tersebut jika menambah sebanyak £5 juta dari harga beliau.

Kjaer,yang akan terlepas perlawanan terakhir menentang Jepun akibat digantung selepas dilayangkan kad kuning kedua,telah menandatangani kontrak dengan Palermo dengan nilai £3.34 juta 2 tahun lalu. Share

Sunday, June 20, 2010

United berminat terhadap Sneijder


Manchester United sedang menyiapkan tawaran bernilai £20 juta untuk bintang Inter Milan,Wesley Sneijder,menurut Sunday Mirror.

Pemain berusia 26 tahun itu telah mencuri tumpuan ramai pihak selepas membantu kelabnya menjuarai 3 gelaran pada musim ini dengan aksi yang memukau ketika bermain dengan skuad kebangsaan Belanda.

Mirror juga mendakwa pengurus United,Sir Alex Ferguson dikatakan sanggup untuk bersaing dengan Real Madrid untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Sneijder baru sahaja berpindah ke San Siro musim ini selepas beliau dijual oleh boss Madrid ketika itu,Manuel Luis Pellegrini dari Barnabeu.

Tetapi Pellegrini telah digantikan oleh Mourinho dan pemain Belanda itu mendakwa beliau sedang menimbang keputusan untuk kembali ke Sepanyol untuk berkhidmat semula dibawah kendalian Mourinho.

Semua itu bergantung kepada keputusan pengurus baru Inter,Rafael Benitez sama ada mahu mengekalkan khidmat pemain itu ataupun menjual kepada kelab lain.Hubungan antara Rafa Benitez dan Ferguson akan menjadi penghalang untuk perpindahan pemain ini kerana hubungan mereka tidak berapa baik. Share

Thursday, June 17, 2010

Inter mula mengorak langkah untuk mendapatkan Mascherano

Inter Milan telah memulakan langkah pertama dengan memastikan Javi Mascherano ingin menyertai mereka.

Pemain tengah Liverpool itu yang berusia 25 tahun dijangka akan menyertai bekas pengurus nya di Anfield,Rafael Benitez dalam perjanjian £25 juta yang difahamkan oleh ejen Mascherano,Marco Piccoli.Beliau memberitahu:'Memang direktor Marco Branca ada menghubungi kami berhubung dengan Mascherano'

'Kami akan meneliti tawaran yang ditawarkan dalam beberapa hari dan dijangka akan mengadakan mesyuarat berhubung dengan kontrak dengan lebih lanjut.Tidak ada sebarang persetujuan buat masa sekarang ini,tetapi kami masih didalam fasa perbincangan.'

Mascherano difahamkan telah membuat penangguhan berhubung dengan tawaran baru yang dikemukakan oleh Liverpool. Share

United dan Inter akan mengambil langkah jika Raul bebas dari kontrak di Madrid

Legend real Madrid,Raul Gonzalez telah memberikan harapan baru untuk Manchester United selepas penyerang itu difahamkan belum lagi mahu berhenti dari dunia bola sepak eropah,menurut MARCA.

Raul,33, akan diberi lampu hijau untuk menerima perpindahan secara percuma kepada kelab lain selepas berjaya mengukir nama sebagai salah seorang pemmain yang hebat pernah menyarung jersey di Barnabeu dengan memegang rekod sebagai penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman dan juga rekod sebagai penampilan yang terbanyak bersama kelab itu.

Bekas pemain Sepanyol itu dijangkakan akan berpindah ke kelab MLS New York Red Bulls atau kelab UAE,Al Ahli apabila Los Blancos bersedia untuk melepaskan beliau secara percuma.Tetapi Raul dikatakan tidak bersedia untuk berhenti dari saingan liga utama di Eropah.

Kenyataan ini akan membangkitkan minat United atau Inter,yang telah membuat pertanyaan keatas ejen pemain itu. Share

Tuesday, June 15, 2010

Glen Johnson mula mendapat perhatian banyak pihak


Liverpool telah meletakkan harga Glen Jhonson sebanyak £28 juta untuk pemain bek kanan Enggland itu selepas pemain itu dikatakan mendapat perhatian dari Real Madrid,Barcelona dan Inter Milan selepas mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan menentang USA.

Johnson,25, adalah antara pemain yang menyerlah ketika pasukan England hanya mampu berpuas hati dengan seri 1-1 dengan USA,dengan larian nya yang mengagumkan banyak pihak.

Selepas menyerlah juga dengan Liverpool pada musim ini,ia menjadikan beliau menjadi antara pemain yang menjadi senarai kelab-kelab besar di Eropah.

Bekas pengurus Liverpool yang kini menjadi pengurus Inter Milan,ingin membawa pemain itu ke San Siro jika Maicon berpindah ke Madrid.

Barcelona juga dikatakan berminat untuk bersaing untuk mendapatkan pemain itu jika Daniel Alves menyelesaikan perpindahan ke Manchester City dengan perpindahan dengan jumlah yang lumayan.
Share

Wednesday, May 26, 2010

Real Madrid secara rasmi memecat Pellegrini

Real Madrid secara rasmi telah memecat pengurus kelab itu, Manuel Pellegrini untuk membuka ruang untuk The Special One,Jose Mourinho mengambil alih tugas sebagai pengurus kelab secepat mungkin.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah mengumumkan keputusan itu pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat tertinggi kelab di ibu negara Sepanyol itu pada rabu petang.

Perez juga menjelaskan bahawa perbincangan mengenai perpindahan pengurus itu ke Madrid telah menemui kata sepakat oleh kedua pihak,iaiatu antara Real Madrid dan Inter Milan.

Pellegrini gagal untuk memenangi sebarang trofi pada musim ini yang juga merupakan musim pertamanya menguruskan Real Madrid yang melihat kelab itu telah berbelanja hampir £200 juta untuk mendapatkan bintang seperti Ronaldo, Kaka dan Karim Benxema ke Barnebeu.

Ada ura-ura mengatakan bahawa Pellegrini akan pergi ke arah bertentangan untuk menguruskan Inter Milan untuk menggantikan Mourinho untuk musim depan. Share

Sunday, May 23, 2010

Jose Mourinho : Tugas di Inter sudah selesai

Jose Mourinho memastikan bahawa dia akan meninggalkan Inter untuk menjadi pengurus pasukan Real Madrid selepas menjuarai trofi Liga Juara-Juara dengan kelab Itali,Inter Milan.

Bos berbangsa Portugis itu telah membawa Inter kepada kejayaan Treble musim ini, iaitu Liga Juara-Juara, Coppa Itali dan Seri A dan percaya bahawa dia telah mencapai kejayaan yang paling maksimum di San Siro. "Kerja saya di sini telah selesai," katanya di televisyen RAI di Itali. "Saya telah membuat sejarah kelab dan saya akan meninggalkan Inter untuk mencari cabaran di kelab yang lebih besar."

Ketika ditanya oleh stesen Jerman Sat.1 jika dia akan menyertai Real Madrid, Mourinho hanya menjawab "ya."

"Musim yang bagus, musim yang luar biasa," kata Mourinho kepada Sky Sports. "Tidak banyak kata untuk menggambarkan bagaimana perasaan saya kerana saya sangat gembura, dan saya sangat bangga."

Ketika ditanya mengapa beliau akan ke Madrid, Mourinho menjawab: "Ini satu-satunya kelab yang inginkan saya!"

"Tidak, saya tidak punya pilihan.Real Madrid adalah Real Madrid. Share

Bayern 0 - 2 Inter,Tahniah Inter

Tahniaj biat Inter!maybe aku telambat sdikit tapi still nak ucapkan tahniah keapda Jose Mourinho.Beliau memang the Special One.Dua gol hasil jaringan Milito sudah memadai buat mereka untuk mendapat gelaran TREBLE.Kat bawah ni ada statistic dan gambar mereka.










Layan Goal dari Milito!

Share

Wednesday, May 12, 2010

Mourinho menolak dakwaan beliau dalam perundingan ke Real Madrid

José Mourinho telah menolak laporan bahawa dia dalam perundingan untuk menjadi pengurus berikutnya di Real Madrid, dan berkeras beliau hanya akan berfikir tentang cabaran yang dihadapi pasukannya, Internazionale.

Inter akan menghabiskan baki perlawanan Serie A musim di Siena pada minggu ini dengan dua mata atas AS Roma, mereka kemudiannya menghadapi Bayern Munich di final Liga Juara-Juara pada 23 Mei. Setelah sudah memenangi Coppa Italia minggu lalu, Interboleh mencapai kejuaraan treble yang akan mencatatkan sejarah.

"Saya belum berbicara dengan kelab lain dan, seperti semua peminat Inter, saya juga hanya memikirkan perlawanan dengan Siena dan Bayern Munich," kata pengurus, Mourinho. "Ini adalah hari gila kami,dan kami mahu fokus kepada dua perlawanan kami dan tak seorang pun di Inter berfikir tentang apa yang akan mereka lakukan sehingga selepas final Liga Juara-Juara. Itu adalah kenyataan. Share

Balotelli menjadi target untuk bantu City musim depan

Striker Inter, Mario Balotelli telah muncul sebagai target transfer utama City untuk musim panas ini, menurut laporan dari The Times.

Bos City, Roberto Mancini nampaknya berpendapat bahawa bakat pemain muda yang sering dilanda kontroversial itu dapat membantu Ciry dalam menjadi pesaing untuk mendapatkan tempat di Liga Juara-Juara musim depan.

Balotelli kini dikenakan tindakan disiplin apabila beliau membuang jerseynya ke lantai sewaktu kemenangan Inter di Liga Juara-Juara semi final pertama melawan Barcelona di San Siro.

Namun, Mancini melaporkan bahawa pemain 19 tahun itu akan kurang kontroversi ketika di Inggeris. Share

Saturday, May 8, 2010

Saya TIDAK rasis! - Totti

Kapten Roma, Francesco Totti telah menegaskan beliau bukan seorang yang rasis selepas beliau hendak menamatkan kontroversi beliau bersama pemain Inter, Balotelli.

Kedua-dua pemain itu bergaduh apabila kapten Roma itu menendang pemian muda itu dikaki dengan sengaja sewaktu Inter bertandang ke Roma pada Rabu lalu,dan Totti mendakwa beliau telah di provokasi oleh Balotelli.

Balotelli kemudiannya membalas kembali dengan mengatakan Totti telah membuat satu kenyataan yang berunsur perkauman ke arahnya. Namun, Totti menyangkal dakwaan itu.

"Melihat situasi selama beberapa hari terakhir ini dan saya telah memutuskan untuk tidak meningkatkan ketegangan, tapi ada satu hal yang saya inginjelaskan: saya tidak pernah rasis, saya tidak akan pernah rasis dan aku tidak pernah mengatakan ada hal-hal rasis, "katanya kepada laman web rasmi Roma.

"Saya mengatakan hal ini sekarang dan saya menegaskan tersebut. Tidak pernah.

"Saya lebih suka untuk mengelakkan semua gangguan dan fokus pada Roma sebagai yang keutamaan saya." Share

Tuesday, May 4, 2010

Inter akan MENYAMBAR Torres dan Tevez?

Inter Milan bercadang untuk berbelanja musim panas, untuk dua penyerang terkemuka di Liga Premier, menurut laporan dari Itali.

Menurut SportItalia, ketua Inter, Massimo Moratti percaya dengan mengesahkan baru-baru ini bahawa Liverpool tidak lagi bermain untuk Liga Juara-Juara musim depan telah membuka pintu bagi Fernando Torres untuk meninggalkan kelab.

Walaupun penyerang Sepanyol dilaporkan berharga £ 70 juta, Moratti tidak takut dan akan mengajukan tawaran untuk pemain yang telah lama beliau kagumi pada akhir musim ini.

Sementara itu, menurut Mediaset, baru-baru ini Carlos Tevez telah bergaduh dengan bos Manchester City, Roberto Mancini,dan ia memberi amaran kepada Inter untuk membuat pembelian, dan mereka akan cuba untuk membawa Tevez ke Giuseppe Meazza di musim panas ini.

Laporan menunjukkan bahawa pemain yang dikecam penyokong Inter, Mario Balotelli juga boleh digunakan sebagai tambahan dalam perjanjian ini,dan semuanya bergantung pada kelab Itali itu dapat memujuk untuk membawa kedua pemain bintang itu ke San Siro. Share

Monday, May 3, 2010

Tevez mengaku tersilap pilih Kelab!

Meskipun Manchester City masih mempunyai peluang dan harapan untuk Liga Juara-Juara musim depan, Carlos Tevez dikatakan akan menimbangkan untuk betukar kelab pada musim panas ini.

Perpindahan ke Milan atau Real Madrid adalah yang disebut-sebut mengikut News of the World.

Setelah diberitahu kepada media oleh pengurus Eastlands, Roberto Mancini, bahawa beliau boleh meninggalkan kelab ini jika tidak gembira, pengurus Inter, Jose Mourinho dikatakan bersiap untuk bertindak untuk pemain kebangsaan Argentina musim panas ini.

Ia banyak bergantung bagaimana masa depan Mourinho disebabkan skandal penipuan beliau, jika beliau kekal di Serie A, maka kemungkinan besar Tevez berpindah ke Inter,yang juga bekas pemain Manchester United itu.

Namun, dengankhabar angin bahawa Mourinho akan memimpin Real Madrid musim depan, Tevez dijangkakan akan bermain bersama bekas rakan pasukannya di Old Trafford, Cristiano Ronaldo. Share

Wednesday, April 28, 2010

Kemenangan Barcelona tidak mencukupi!

Alahai..memang sah tiada lagi kelab yang mampu menahan kejuaraan mereka dalam Liga Juara-Juara ni..apesal eh?kene badi ke?sumpah?Barcelona yang bermain dengan 11 pemain di tempat sendiri,gagal untuk mengalahkan Inter Milan bimbingan Jose Mourinho yang bermain dengan 10 org pemain selepas Thiago Motta dibuang padang selepas mengkasari pemain Barcelona,Sergio Busquet..nampaknya,kita akan melihat Gergasi Itali,Inter Milan melawan Bayern Munich.sama seperti Mourinho Vs Van Gaal! Hope the best team win and tuantanah support Inter Milan lerr..haha :) Share

Mourinho : Kami punyai impian,tetapi Barcelona mempunyai Obsesi!

Pengurus Inter, Jose Mourinho mendakwa Barcelona mengalami obsesi untuk memenangi final Liga Juara-Juara di Madrid tahun ini, sedangkan untuk pihaknya ia merupakan impian.

"Kami mempunyai impian memenangi Liga Juara dan untuk Barcelona mereka mempunyai obsesi," kata Mourinho dalam sidang akhbar sebelum perlawanan.

"Ini bezanya impian yang murni berbanding obsesi .. Ada kebanggaan di dalam impian, di mana pun di dunia. Untuk Barcelona ia adalah mimpi untuk mencapai final di Rome tahun lepas, tetapi untuk mencapai final di Bernabeu tahun ini adalah sebuah obsesi bagi mereka. "

Mourinho juga menegaskan bahawa pemain Belanda, Wesley Sneijder telah beransur pulih dari kecederaan dan mungkin akan memulakan kesebelasan utama di Nou Camp pada Rabu malam.

"Sneijder telah pulih dan dia akan bermain," kata Mourinho, yang pasukannya telah melangkah sebelah kaki ke Final apabila menang di tempat sendiri minggu lepas dengan keputusan 3-1. Share

Monday, April 26, 2010

Tevez keluar City jika gagal ke Champions League?


Penyerang berbisa Manchester City, Carlos Tevez dikatakan akan meninggalkan kelab kaya itu musim panas ini, menurut Mail on Sunday.

Akhbar melaporkan bahawa pemain Argentina itu akan berpindah pada musim panas jika City gagal mendapatkan tempat keempat dan memenuhi syarat untuk bermain pada musim depan dalam Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 26 tahun itu telah mencapai 28 gol musim ini dan telah menjadi kegemaran peminat di Eastlands.

Namun laporan menekankan bahawa Tevez telah menjadi semakin kecewa dengan pengurus Roberto Mancini dan dilaporkan ejennya, Kia Joorabchian telah dihubungi beberapa kelab terkemuka di Eropah sebagai tindakan awal jika City kehilangan slot ke Liga Juara-Juara itu.

The Mail pada hari Ahad menambah bahawa Real Madrid dan Inter Milan berminat untuk Tevez tapi menghadapi persaingan yang kuat dari Liverpool. Share

Saturday, April 24, 2010

AC Milan sedia untuk menjual Pato ke Chelsea dengan 43 juta


AC Milan siap sedia untuk menjual striker mudanya,Alexandre Pato ke Chelsea untuk £ 43 juta, menurut laporan dari Itali.

Corriere dello Sport melaporkan bahawa terdapat pemotongan kos baru di San Siro dan ini bererti pemain muda Brazil ini untuk jual, tetapi hanya pada harga yang betul. Rossoneri menolak tawaran £ 39m dari Chelsea musim panas lalu, tetapi terdapat khabar mengatakan ada peningkatan berkaitan harga jika perjanjian ingin dilakukan dengan kelab barat London itu.

Pato telah menjaringkan 14 gol dalam 28 kali perlawanan sepanjang musim ini untuk Leonardo, namun masih berpeluh untuk mengambil tempat di hati pengurus Brazil, Dunga dengan melihat apakah beliau akan disenaraikan dalam perjalanan ke Afrika Selatan untuk Piala Dunia di musim panas.

Jika perpindahan ini selesai, berita itu juga melaporkan bahawa Mario Balotelli pemain kelab musuh mereka,Inter Milan akan menjadi sasaran sebagai pengganti Pato untuk juara Eropah tahun 2007 itu.
Share

Friday, April 23, 2010

Hanya tawaran yang menarik bakal membawa Sagna pergi dari Emirates Stadium.


Ia akan mengambil tawaran yang "sangat penting" untuk membawa pergi Bacary Sagna dari Arsenal musim panas ini, menurut agen pemain.

Pemain kebangsaan Perancis itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan dan,yang paling baru ke Juventus.

Tetapi dengan bek kanan tersebut masih sangat dipercayai oleh bos Arsenal,Arsene Wenger, agen pemain 26 tahun itu,Christophe Mongai yakin hanya tawaran yang sangat menguntungkan boleh membawa pemain itu pergi dari kelab Utara London itu.

"Setakat ini, saya belum dihubungi oleh Juventus.Saya pernah mendengar bahawa Inter sedang mencari pemain di posisi itu dan bahawa mereka mungkin terfikir akan Bacary .. Tapi saya tidak mengadakan sebarang perhubungan dengan Inter," kata Mongai kepada Calciomercato.

"Saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada akhir musim, tetapi apa yang penting adalah Arsenal telah mengingat pemain itu sehingga Jun 2014.

"Dia sangat bahagia di London dan (pengurus Arsenal) Arsene Wenger berpuas hati dengan penampilannya.

"Saya percaya bahawa hanya tawaran yang sangat penting akan dipertimbangkan oleh kelab (untuk Sagna untuk meninggalkan kelab The Gunners tersebut)."

Sagna telah bermain 32 perlawanan Liga Perdana untuk kelab utara London musim ini, membantu dengan dua assist. Share