.


Showing posts with label Aston Villa. Show all posts
Showing posts with label Aston Villa. Show all posts

Monday, May 17, 2010

City dilaporkan akan membawa Milner ke Eastland

Manchester City siap untuk menawarkan £ 24 juta untuk pemain tengah Villa, James Milner, sebelum beliau menyertai England di Afrika Selatan.

Kelab Eastlands percaya bahawa Chelsea juga akan membuat tawaran yang sama untuk Milner, namun kelab itu boleh menawarkan sebanyak £ 30 juta untuk pemain England itu.

Milner yang mempunyai musim baik di Liga Premier,dengan memenangi PFA Young Player of the Year, tapi pemilik Villa, Randy Lerner boleh tergoda untuk menerima tawaran yang menguntungkan bagi bintang tengah itu. Share

Cole menjadi rebutan Villa dan Liverpool

Liverpool dan Aston Villa telah menyertai untuk menandatangani Carlton Cole selepas Birmingham City dengan tawaran £10 juta telah ditolak, mengikut The Daily Mirror.

West Ham United chief executive, Karren Brady telah menolak tawaran dari bos Birmingham, Alex McLeish sebanyak £ 8 juta dengan £ 2 juta sebagai bonus.

Tawaran itu ditolak oleh Brady untuk mencetuskan lebih banyak tawaran untuk pemain itu. Pemilik West Ham United, David Gold dan David Sullivan difahami telah membuat hubungan dengan sejumlah agen untuk mendapatkan tawaran terbaik untuk pemain kelahiran Inggeris itu.

Kedua-dua pengurus Martin O'Neill dan Rafa Benitez tetap tertarik dengan pemain itu walaupun dia yang diketepikan dari 30 orang pemain skuad Piala Dunia dibawah Fabio Capello. Share

Wednesday, May 12, 2010

Sevilla mahu Benayoun bermain di Liga Sepanyol musim depan

Pasukan dari Liga Primera,Sevilla, dikatakan sedang memantau situasi pemain serbaguna Liverpool, Yossi Benayoun, menurut sebuah laporan di The Guardian.

Pasukan Nervionenses itu ingin menambah beberapa darah segar untuk skuad mereka pada musim perpindahan depan dan mereka sudah membuat Benayoun sebagai salah satu target utama mereka.

Benayoun menyertai Liverpool dari West Ham United pada musim panas 2007 dan sejak itu membuat lebih dari 90 penampilan Liga Premier untuk Reds. Pemain berusia 30 tahun itu gagal untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama,dan kerana itu beliau dilihat akan meninggalkan kelab musim panas ini.

Pemain tengah Israel itu dikatakan hampir ke Dynamo Moscow musim sejuk yang lalu, tetapi perpindahan itu tidak menjadi atas alasan yang tidak diketahui.

Sevilla tampaknya akan menghadapi persaingan yang ketat dari Aston Villa dalam perlumbaan untuk mendapatkan Benayoun. Share

Sunday, May 9, 2010

O'Neill bakal menjadi pengurus Liverpool?

Liverpool telah memilih pengurus Aston Villa, Martin O'Neill sebagai pilihan utama mereka untuk menggantikan Rafael Benitez musim panas ini.

Perlawanan hari Ahad di Hull City kemungkinan besar adalah perlawanan terakhir Benitez di Liverpool dan terdapat laporan yang menyatakan bahawa Benitez akan berpindah ke Juventus.

O'Neill dikatakan akan bertemu dengan pemilik Villa, Randy Lerner untuk membincangkan masa depannya dengan kelab dan mereka percaya bahawa pengurus itu boleh meninggalkan di musim panas, menurut Daily Star.

Dua yang bos terakhir Liverpool dimana seorang berasal dari Perancis iaitu Gerard Houllier dan Benitez, yang berasal dari Sepanyol, tetapi apabila kelab hendak mencari pengurus baru, mereka akan lebih gemar memilih seorang pengurusEngland. Share

Wednesday, April 28, 2010

Aston Villa, City dan Sunderland ingin membawa kembali Hleb ke BPL

Midfield Barcelona, Aleksandr Hleb boleh kembali ke Liga Premier dengan minat dari kelab seperti Aston Villa, Manchester City dan Sunderland yang berminat dengan bekas bintang Arsenal itu.

Pemain kebangsaan Belarus itu berpindah dari Arsenal ke Barcelona pada tahun 2008 untuk sekitar £ 12 juta, tetapi telah bergelut dengan prestasi bersama gergasi Sepanyol itu dan ketika ini beliau dalam pinjaman dengan kelab Bundesliga, Stuttgart.

Setelah musim pertama yang tidak menyinar dengan Catalan, masa depan Hleb dengan kelab itu berada dalam keadaan teka-teki dan dikatakan bakal berpindah kembali ke Liga Inggeris pada musim panas akan datang.

Pemain berusia 28 tahun itu bermain tiga musim bersama Arsenal dan pernah menyatakan bahawa beliau menyesal meninggalkan kelab London itu.

Ejen Hleb, Uli Ferber, mengatakan bahawa pemainnya itu sangat tertarik untuk kembali ke Camp Nou, tetapi mendedahkan bahawa pemain telah menerima banyak tawaran dari kelab Liga Perdana Inggeris. Share

Monday, April 26, 2010

Ashley Young pilihan Barcelona untuk ke Nou Camp


Pemain sayap Aston Villa, Ashley Young, merupakan target utama musim panas bagi juara Liga Juara-Juara Eropah, Barcelona, menurut The Daily Mirror, dengan gergasi Catalonia dikatakan untuk menawarkan kos £ 25 juta untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Pemain berusia 24-tahun itu telah menerima tujuh penampilan dengan skuad Inggeris dan menerima anugerah PFA Young Player dari tahun 2009.Beliau juga telah menjaringkan sembilan gol musim ini.

Penampilan yang memberangsangkan musim lalu itu juga menarik perhatian dari saingan Barcelona iaitu Real Madrid dan Chelsea.

The Catalans pada awalnya menumpukan pada pemain Perancis, Franck Ribery dari Bayern Munich sebagai pilihan sebelah kiri, tetapi mereka nampaknya telah mengalihkan perhatian mereka untuk Young.

The Villans telah menegaskan mereka tidak mendengar apa-apa daripada Barca pada ketika ini. Share