.


Showing posts with label Palermo. Show all posts
Showing posts with label Palermo. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Simon Kjaer dikejar beberapa kelab ternama Eropah

Inter Milan dilaporkan telah menyertai 4 kelab utama Liga Perdana Iggeris untuk membeli pemain pertahanan tengah Palermo dan Denmark,Simon Kjaer,menurut Giornale di Sicilia.

Man United dan City serta Arsenal dan Liverpool telah dilaporkan akan membeli pemain tersebut,selepas masa depan pemain tersebut menjadi bualan ramai pihak selepas mempamerkan aksi yang memberangsangkan selepas hanya 2 musim bersama Palermo.

Pengurus baru Inter Milan,Rafael Benitez dilaporkan sebagai peminat no 1 kepada Kjaer,apabila beliau mengikut perkembangan pemain tersebut tahun demi tahun,dan Benitez dijangka akan melihat kemungkinan untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu.

Bekas pemain tengah Midtjylland yang mempunyai kontrak bernilai £12 juta bersama Palermo,dan Inter dijangka akan berjaya mendapatkan pemain tersebut jika menambah sebanyak £5 juta dari harga beliau.

Kjaer,yang akan terlepas perlawanan terakhir menentang Jepun akibat digantung selepas dilayangkan kad kuning kedua,telah menandatangani kontrak dengan Palermo dengan nilai £3.34 juta 2 tahun lalu. Share

Wednesday, June 16, 2010

Birmingham sedia untuk mengambil Miccoli


Birmingham semakin dekat untuk menandatangani seorang penyerang berbangsa Itali iaitu Fabrizio Miccoli yang bermain untuk Palermo.

Pemain itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris sejak beberapa bulan ini dan Direktor Palermo,Walter Sabatini mengakui kelab itu pernah bertanya mengenai pemain yang berusia 30 tahun itu.

Sabitini berkata:"Adakah Miccoli akan menerima tawaran dari Birmingham?Ia adalah sesuatu yang normal untuk pemain menghadapi kesukaran dalam menentukan masa depan mereka."

"Palermo agak keberatan untuk menjual mana-mana pemain.Kita akan meneliti perkara ini secepat mungkin.

"Miccoli merupakan pemain yang penting bagi kami dan ia adalah penting untuk mengekalkan beliau di dalam skuad"

"Tetapi ia adalah penting seperti untuk memastikan semua pihak berpuas hati" Share

Wednesday, May 26, 2010

Arsenal dikaitkan dengan Simon Kjaer dan Pape Diakhate


Simon Kjaer

Arsenal masih lagi berminat dengan pemain pertahanan Palermo yang dianggarkan bernilai £10 juta,Simon Kjaer dan pemain tengah Dinamo Kiev,Pape Diakhate.

Ejen Kjaer yang juga bekas pemain Middlesbrough,Mikkel Beck berkata :'Saya telah menggalakan beliau untuk mencuba Liga Perdana Inggeris'

Diakhate

Bos Arsenal juga dikaitkan dengan keeper berpengalaman Fulham, Mark Schwarzer. Share