.


Showing posts with label Transfer Speculation. Show all posts
Showing posts with label Transfer Speculation. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

Handanovic mungkin menjadi penjaga gol nombor 1 di Arsenal

Arsenal dilaporkan telah menyenaraikan Samir Handanovic sebagai calon untuk memperbaiki penjaga gol mereka yang dilihat sebagai punca masalah selama ini,menurut skysports.com.

Handanovic,25,telah menunjukkan prestasi yang memukau ketika bermain bersama Udinese di Serie A dan telah dikenalpasti sebagai calon lama Bayern Munich.

The Gunners yang juga tawaran rasmi kepada penjaga goal Fulham,Mark Schwarzer telah ditolak pada awal musim panas ini sebagai penjaga gol utama akan beralih arah kepada penjaga gol Slovenia sebagai pengganti.

Penjaga gol Portugal juga menjadi target kepada Arsene Wenger tetapi pemain tersebut telah menyertai kelab Itali,Genoa.

Udinese telah difahamkan tidak mahu untuk menjual pemain tersebut ekoran sebagai aset utama mereka,tetapi selepas aksi yang memukau ketika Slovenia tewas 1-0 kepada England di Afrika Selatan,Udinese akan sukar untuk menolak tawaran besar dari kelab-kelab besar di Eropah.

Dengan persoalan mengenai masa depan Almunia di Emirates,Handanovic mungkin akan menjadi calon yang sesuai untuk tugas di Emirates. Share

Balotelli menjadi rebutan 2 kelab di Manchester

Pengurus Manchester United ,Sir Alex Ferguson dilaporkan bersedia untuk menjadikan penyerang Inter Milan,Mario Balotelli kepada Cristiano Ronaldo baru di Old Trafford.

Sportmediaset.it membuat sebuah laporan dimana Ferguson memberitahu bekas penolongnya,Carlos Queiroz,yang juga merupakan pengurus pasukan Portugal,dimana beliau akan menandatangani Balotelli dan akan menjadikan beliau sebagai Cristiano Ronaldo baru di Old Trafford.

Walaupun pemilik Inter,Massimo Moratti,memberitahu bahawa Balotelli tidak disuruh untuk meninggalkan kelab Nerazzurri,tetapi terdapat perang untuk mendapatkan pemain itu di antara United dan City.

Ejen pemain itu memberitahu bahawa City ada membuat tawaran terhadap pemain itu tetapi tawaran tersebut terlalu rendah untuk pemain tersebut.

Kedua buah kelab Liga Inggeris itu telah dilaporkan oleh media Itali akan membuat tawaran sehingga £25 juta untuk pemain berusia 19 tahun itu,tetapi Inter mahu sekurang-kurangnya £33.5 juta untuk pemain muda itu. Share

Rasmi : Jong Tae-Se sah ke Vfl Bochum

Kelab divisyen 2 Jerman,Vfl Bochum telah secara rasmi menandatangani penyerang sensasi Korea Utara,Jong Tae-Se dengan kontrak 2 tahun dengan pilihan 1tahun penambahan kontrak.

"Vfl Bochum 1848 telah mengumumkan secara rasmi tentang pembelian penyerang Korea Utara,jong Tae-Se,"sebuah kenyataan rasmi kelab tersebut.

"Pemain berusia 26 tahun itu telah menandatangani sehingga Julai 2012"

Tae-Se telah membuat aksi yang menarik pada Piala Dunia walaupun negaranya tersingkir pada peringkat kumpulan lagi,dengan aksi yang meyakinkan ketika menentang Brazil.

Penyerang itu yang diberi jolokan 'People's Rooney' berkata pada web rasmi kelab :'Saya memang ingin untuk bermain di Eropah.Vfl telah mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan saya dan ini membuatkan saya gembira' Share

Chelsea menafikan mengenai pembelian Kaka dan Ibrahimovic


Pengurus Chelsea,Carlo Ancelotti telah mendedahkan bahawa beliau berminat mendapatkan Kaka,tetapi ia bagaikan sebuah impian sahaja kerana Real Madrid tidak akan menjual pemain tengah Brazil itu.

"Kaka adalah seorang pemain yang bagus bagi saya dan saya sering berbual dengan beliau jika bertemu," Ancelotti memberitahu Il Giornale.

"Tetapi malangnya beliau tidak akan datang: pertama,Madrid tidak akan menjual beliau dan yang kedua kami perlu betul-betul serius mengenai perpindahan ini dan yang ketiga ia akan menjadi perpindahan yang melibatkan jutaan dollar.Tiada satupun syarat ini wujud sekarang."

terdapat report yang menyatakan Ibrahimovic telah menjadi salah satu target kepada Ancelotti.

Tetapi bos Chelsea itu menafikan beliau berminat dengan penyerang Sweden itu.

"Jika anda memiliki seorang penyerang yang menjaringkan 37 gol,kenapa perlu mencari yang lain?," Ancelotti berkata. Share

Sunday, July 4, 2010

Rasmi : Benayoun bertukar dari Reds ke Blues


Chelsea telah membuat kenyataan secara rasmi mengenai pembelian pemain Liverpool,Yossi Benayoun untuk kontrak 3 tahun dengan harga dianggarkan bernilai £5 atau £6 juta.

Pemain berusia 30 tahun itu telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea,yang dilihat sebagai pengganti kepada Joe Cole dan akan menyertai rakan sepasukan baru pada pre-season 5 julai.

Perpindahan ini telah menamatkan kontrak 3 tahun di Merseyside,dengan menjaringkan 18 gol untuk 92 penampilan.

Bercakap dengan laman web rasmi Chelsea,Benayoun bercakap : "saya berasa begitu gembira untuk datang ke kelab seperti Chelsea,ia adalah sebuah kelab yang besar dan saya rasa ia adalah sebuah impian untuk setiap pemain.Semoga kami akan terus berjaya."

Pengurus Carlo Ancelotti menambah : 'Kami sungguh gembira menerima pemain baru.Yossi mempunyai qualiti yang hebat pada seorang pemain tengah dan boleh bermain dimana-mana posisi.' Share

Rasmi : City berjaya mendapatkan adik Kolo Toure

Manchester City secara rasmi menandatangani pemain Barcelona,Yaya Toure pada 2 hari lepas.

Kelab Inggeris itu telah menyatakan secara rasmi pembelian itu pada tengah hari hari berkenaan,dengan Barcelona pula mengumumkannya pada awal petang hari yang sama.

City dikatakan membayar £24.85 juta untuk pemain tengah itu,dengan 20% pergi kepada ejen Toure,yang mempunyai hak kepada pemain tersebut.£414,300 lagi akan bergantung kepada kelayakan City kedalam Liga Juara-Juara pada musim depan.

Selepas berjaya mendapatkan pemain tengah Ivory Coast itu,pengurus Roberto Mancini telah berpuas hati selepas berjaya menambah seorang lagi pemain bertaraf dunia ke dalam skuad bimbingan beliau selepas David Silva.

'Ini adalah sebuah pembelian yang sangat bagus untuk Manchester City,dan saya sangat gembira dengan penyertaan Yaya ke Eastland,beliau merupakan seorang pemain yang bagus,'pengurus itu memberitahu laman web rasmi City. Share

Wednesday, June 30, 2010

Rasmi : Silva akhirnya sah ke Manchester

Manchester City telah mencapai kata sepakat dengan Valencia untuk pembelian pemain wing Sepanyol,David Silva.

Ejen kepada pemain tersebut dan wakil masing-masing dari kedua kelab tersebut telah menemui jawapan kepada perbincangan mereka.Silva telah menandatangani perjanjian untuk 4 tahun di City.

Beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan akan secara rasmi menjadi pemain City selepas selesai kempen Piala Dunia.

Bercakap dari kem pasukan di Afrika,beliau memberitahu media bahawa beliau gembira dengan perpindahan ini.

Beliau berkata:'Pertama sekali,saya ingin berterima kasih dengan Valencia,sebagai sebuah pasukan dan peminat setia mereka,dan tidak lupa juga kepada staff dan rakan-rakan saya.Saya benar-benar gembira bersama mereka dalam masa 6 tahun ini,dimana mereka yang menjumpai saya sebagai seorang pemain bola sepak dan Valencia akan menjadi sebuah kelab yang sentiasa istimewa bagi saya'

'Masa adalah sesuai untuk saya mencari cabaran baru,dan saya berasa tidak sabar untuk beraksi bersama kelab baru saya di City.Saya percaya Liga Perdana Inggeris adalah antara liga terbaik di dunia.' Share

Tuesday, June 29, 2010

Real Madrid sedia tawar £20 juta untuk Gerrard

Real Madrid akan menguji Liverpool untuk mengekalkan kapten mereka,Steven Gerrard selepas mereka hendak membuat tawaran bernilai £20 juta menurut The Times.

Gerrard,30,telah dikaitkan dengan perpindahan mengejut ke Barnabeu untuk beberapa bulan kebelakangan ini selepas Liverpool mengharungi musim yang agak sukar selepas hanya menduduki tempat ke 7 dalam liga dan terkeluar dari Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan lagi.

Dengan hutang yang dikatakan semakin meningkat dan dengan pemecatan pengurus Rafael Benitez,ini menjadikan kapten Liverpool itu memikirkan mengenai masa depan bersama kelab kesayangannya itu.

Pengurus baru Real,Jose Mourinho telah mengakui bahawa beliau merupakan peminat kepada pemain tersebut dan pernah mencuba untuk membawanya ke Chelsea ketika Mourinho memimpin Chelsea dahulu.

Selepas menyelesaikan perpindahan bintang muda Argentina,Angel di Maria ke Madrid,'The Special One' itu difahamkan telah memberitahu presiden Florentino Perez untuk menambah pemain tengah itu kepada senarai mereka. Share

Manchester United mendahului kelab lain untuk bintang muda,Sotiris Ninis

Manchester United dikatakan akan menewaskan kelab-kelab elit Itali dalam membawa pemain Panathinaikos,Sotiris Ninis yang bernilai £9.6 juta,menurut Forza Roma.

Ninis,20 tahun,adalah antara bakat muda yang dijangka akan menyerlah sebagai bintang masa depan telah menyertai pasukan Greece dalam piala dunia 2010 Afrika Selatan.

Beliau yang selesa dengan posisi 'attacking midfielder' telah menyaksikan beliau berada dalam senarai kelab seperti Roma,Inter,Arsenal dan Ac Milan.

Walaubagaimanapun,pengurus United,Sir Alex Ferguson telah dilaporkan akan mendahului 'perlumbaan' itu apabila beliau dikatakan sudah membuat tawaran kepada kelab juara liga Greece itu.

Dengan Paul Scholes dan Giggs yang semakin dekat dengan tempoh persaraan,Ninis akan menjadi pemain yang akan mewarnai dunia United untuk musim-musim seterusnya. Share

Benitez harap dapat bawa 3 pemain Liverpool ke San Siro


Pengurus Inter Milan,Rafael Benitez,dikatakan sudah membuat pelan pembaharuan kelab tersebut dengan beliau dikaitkan akan cuba untuk membawa 3 pemain di Liverpool iaitu Glen Johnson,Daniel Agger dan Lucas,menurut Mediaset.

Benitez,50,telah meninggalkan Liverpool pada musim ini dan menyertai kelab juara Eropah itu.Dengan berbekalkan dana wang yang banyak untuk menambahkan pemain ke skuad juara Eropah itu,beliau dilaporkan ingin membawa beberapa muka lama di Liverpool ke Milan.

Dengan Maicon dijangkakan akan meninggalkan San Siro dengan £30 juta,Benitez akan menggunakan wang itu untuk membawa Johnson ke Milan.

Agger juga dilihat sebagai pengganti pemain veteran iaitu Materazzi,dan pemain tengah Brazil,Lucas,yang menjadi kesebelasan utama di Anfield musim lepas. Share

Rasmi : Di Maria sah milik Madrid


Real Madrid secara rasminya telah menandatangani perjanjian dengan Benfica untuk pemain Argentina,Angel Di Maria.

Pemain berusia 22 tahun itu yang sekarang ini bersama dengan skuad Argentina di Afrika Selatan dijangka akan berpindah dengan nilai £20 juta.

Sebuah kenyataan dari laman web rasmi Real Madrid : 'Real dan Benfica telah bersetuju berhubung dengan pembelian pemain Angel Di Maria'

'Pemain itu akan menandatangani perjanjian bernilai 6 tahun bersama Real Madrid'

Di Maria menyertai Benfica dari kelab Argentina,Rosario Central pada 2007 dan membantu kelab tersebut menjuarai liga Portugal pada musim lepas.

Beliau membantu Argentina menjuarai Kejuaraan Bawah 20 Dunia pada 2007 dan tahun berikutnya membantu negaranya memperoleh emas dalam temasya Olimpik dengan menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menentang Belanda. Share

Thursday, June 24, 2010

United tolak spekulasi Cole ke Old Trafford, Redknapp mahukan khidmat Cole

Masa depan Joa Cole masih lagi menjadi tanda tanya apabila berita mengenai perpindahan ke United sudah hampir berkecai.

Pemain bahagian serangan England itu telah dilepaskan oleh Chelsea apabila beliau gagal bersetuju dengan kontrak baru yang ditawarkan kepada beliau,dan dipercayai ingin untuk menyarung jersey United dalam perpindahan percuma,walaupun terdapat minat yang kuat dari kelab utara London,Tottenham Hotspur.

Pengurus Tottenham,Harry Redknapp telah menyatakan United telah pun memenangi 'perlumbaan' untuk mendapatkan Joe Cole dan Redknapp mempunyai satu perasaan dimana satu perjanjian telah dibuat oleh Joe Cole dan United.

Tetapi United telah meranapkan spekulasi tersebut apabila mereka menyatakan secara rasmi bahawa mereka tidak mempunyai niat untuk mendapatkan pemain tersebut.

Sportsmail memberitahu Sir Alex Ferguson telah menolak pembelian Joe Cole secara percuma ke Old Trafford selepas mereka diberitahu Cole mahukan gaji sebanyak £100,000 seminggu walaupun Cole masih lagi bergelut dengan status kecergasan beliau dan bebas dari kecederaan.

Cole telah memulakan karier profesional beliau di West Ham United yang ketika itu dibimbing oleh Redknapp sendiri dan menyertai Chelsea pada 7 tahun lalu dengan £6.6 juta,dan sekarang berdepan dengan pilihan yang jelas diantara Arsenal dan Tottenham.

Redknapp telah pun menyatakan minat untuk mendapatkan Joe Cole secara terbuka,dimana Arsenal juga berminat untuk mendapatkan pemain tersebut,dimana kedua-dua buah kelab menjanjikan saingan Liga Juara-Juara musim depan. Share

David Silva diberi kebenaran untuk berbincang mengenai Silva

Manchester City telah diberi kebenaran untuk berbincang dengan Valencia berhubung dengan pemain wing kanan Sepanyol,David Silve yang dijangka berharga £30 juta.

SunSport telah mendedahkan pada bulan lepas bahawa pemain berusia 24 tahun itu merupakan pemain yang mendahului senarai pemain yang menjadi perhatian Manchester City oleh boss Roberto Mancini.

Javier Gomez,timbalan pengerusi Valencia memberitahu :'Kami telah memberi kebenaran kepada City untuk bercakap dengan pemain tersebut tetapi sebarang keputusan belum lagi dibuat dan kami juga tidak menetapkan sebarang harga lagi.'

Dan kelab yang menjadi kelab terkaya di dunia pada masa sekarang ini juga tengah bersedia untuk menghantar paramedik ke Afrika Selatan untuk membuat pemeriksaan terhadap Yaya Toure,27.

City mahu pemain tengah Barcelona itu untuk membuat pemeriksaan kesihatan sama ada di Afrika Selatan jika Ivory Coast berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya ataupun di Eastland jika keadaan sebaliknya.

Yaya adalah adik kepada pemain pertahanan tengah dan kapten City,Kolo,29. Share

Yaya Toure hampir pasti ke Manchester

Pemain tengah Barcelona,Yaya Toure dijangka akan menjadi pemain Manchester City secara rasmi pada awal minggu depan dan akan sekaligus menjadikan impian untuk bermain bersama dengan abangnya,Kolo Toure.

Menurut sebuah akhbar yang berasaskan di Barcelona,Sport,pemain berusia 26 tahun itu akan dibayar dengan harga €30 juta oleh City dan sekaligus akan menjadikan beliau sebagai pemain yang paling mahal diterima oleh Barcelona. Yuran itu dijangka akan bertambah sebanyak €2 juta,bergantung kepada jumlah perlawanan yang bakal diturunkan dan jika City berjaya ke Liga Juara-Juara pada musim depan.

Toure juga akan menjadi pemain yang paling banyak membawa keuntungan melalui penjualannya ke City jik ia berlaku.Pemain itu tiba dari AS Monaco pada 3 tahun lalu dengan nilai €9.5 juta.Dalam masa tersebut,beliau telah menunjukkan aksi yang cemerlang dan konsisten dalam menunjukkan bakat yang ada pada diri beliau.

Belaiu juga membantu Barca dalam mejuarai Copa Del Rey menentang Athletic Bilbao dengan menjaringkan gol yang menarik pada final tahun lepas.

Barca dijangka akan kembali aktif didalam pasaran untuk mencari pemain yang boleh mengisi tempat yang bakal ditinggalkan oleh Yaya jika beliau meninggalkan Nou Camp.

Sekarang ini,terdapat berita yang sedang hangat diperkatakan media Sepanyol dengan mengaitkan bintang Brazil,Robinho yang akan ke Barcelona pada musim depan selepas musim yang mengecewakan bersama City dan Ibrahimovic dijangka akan digunakan didalam perjanjian bagi mendapatkan bintang Brazil itu. Share

Juventus sekali lagi 'kacau' kem Anfield

Juventus sekali lagi telah 'mengacau' kem di Anfield dengan berharap akan berjaya mendapatkan pemain tengah Liverpool,Albert Riera untuk menguatkan pemain tengah mereka.

Riera gagal untuk mendapat tempat pada kesebelasan skuad dibawah kendalian bekas pengurus Liverpool,Rafa Benitez dimana beliau sering mengkritik bekas pengurus nya itu secara terbuka kepada wartawan.

Pemain berusia 28 tahun itu dijangka tiba di Juventus bergantung kepada penjualan pemain tengah Tiago dan Fabio Grosso ke Atletico Madrid,menurut SportItalia.

Jumlah penjualan pemain itu dianggarkan bernilai £5.9-6.6 juta dan nilai itu dijangka akan dipersetujui di pihak Liverpool untuk menjual pemain itu kepada Bianconeri.

Kelab Jerman Hamburg dn Stuttgart juga dikatakan berminat dengan pemain berbangsa Sepanyol itu. Share

Tuesday, June 22, 2010

Simon Kjaer dikejar beberapa kelab ternama Eropah

Inter Milan dilaporkan telah menyertai 4 kelab utama Liga Perdana Iggeris untuk membeli pemain pertahanan tengah Palermo dan Denmark,Simon Kjaer,menurut Giornale di Sicilia.

Man United dan City serta Arsenal dan Liverpool telah dilaporkan akan membeli pemain tersebut,selepas masa depan pemain tersebut menjadi bualan ramai pihak selepas mempamerkan aksi yang memberangsangkan selepas hanya 2 musim bersama Palermo.

Pengurus baru Inter Milan,Rafael Benitez dilaporkan sebagai peminat no 1 kepada Kjaer,apabila beliau mengikut perkembangan pemain tersebut tahun demi tahun,dan Benitez dijangka akan melihat kemungkinan untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu.

Bekas pemain tengah Midtjylland yang mempunyai kontrak bernilai £12 juta bersama Palermo,dan Inter dijangka akan berjaya mendapatkan pemain tersebut jika menambah sebanyak £5 juta dari harga beliau.

Kjaer,yang akan terlepas perlawanan terakhir menentang Jepun akibat digantung selepas dilayangkan kad kuning kedua,telah menandatangani kontrak dengan Palermo dengan nilai £3.34 juta 2 tahun lalu. Share

United mengawasi gerak geri Alexis Sanchez


Menurut akhbar Tuttomercato,Manchester United sedang memburu pemain wing Udinese,Alexis Sanchez.

Pemain berusia 21 tahun itu telah menarik perhatian banyak kelab ternama Eropah selepas beliau berjaya menampilkan aksi yang memukau selepas menyertai Udinese pada 2 tahun lepas dari kelab negaranya di Chile.

Sanchez,yang dilabel sebagai Cristiano Ronaldo baru sekarang ini berada di Afrika Selatan bersama dengan skuad Chile,dan pencari bakat United dilihat mengikuti perkembangan pemain tersebut.

Roma juga dilihat sebagai saingan United selepas mereka dilihat berminat untuk pemain tersebut,dan Sanchez dahulu hanya dibeli oleh Udinese dengan harga £2 juta.

Pada awal bulan ini,Udinese dipercayai telah menolak satu tawaran bernilai £8 juta untuk Sanchez dengan berharap mereka akan menjual pemain tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Share

Gerrard tidak pasti masa depan di Anfield


Real Madrid mahu Liverpool menurunkan harga kapten mereka,Steven Gerrard apabila mereka hendak memebuat tawaran buat kali terakhir untuk kapten England di Piala DUnia 2010 itu.

Kapten Liverpool itu juga dilaporkan tidak akan membut sebarang keputusan berhubung masa depannya di Anfield sehingga tamat Piala Dunia tetapi Madrid berkeras mahukan jawapan yang segera.

Liverpool dilihat enggan menjual ayam tambatan mereka itu tetapi Gerrard dikatakan tidak gembira dengan keadaan kelab tersebut sekarang.Dan jika beliau tetap akan keluar dari Anfield,perjanjian dilaporkan akan bernilai £30 juta.

Bercakap selepas England menentang Algeria,Gerrard memberitahu wartawan Sepanyol:'Memang terdapat kemungkinan saya akan berada di Madrid musim depan.Saya sudah melihat tawaran yang dikemukakan dan kami mungkin akan berjumpa di Madrid.Saya tidak boleh kekal di Anfield lagi.'

'Saya hanya mahu fokus kepada kempen Piala Dunia saya bersama skuad England.Ejen saya akan menguruskan semuanya'

Real percaya harga Gerrard melampaui harga sebenar beliau dan telah bertanyakan harga pemain tengah Itali dan Roma,Daniele de Rossi sebagai alternatif lain.Mereka dipercayai hanya akan membeli Gerrard dengan harga sekitar £20 juta tetapi nilai itu dijangka akan bertambah sedikit berikutan kasukaran unutk mendapatkan Gerrard. Share

Sunday, June 20, 2010

United berminat terhadap Sneijder


Manchester United sedang menyiapkan tawaran bernilai £20 juta untuk bintang Inter Milan,Wesley Sneijder,menurut Sunday Mirror.

Pemain berusia 26 tahun itu telah mencuri tumpuan ramai pihak selepas membantu kelabnya menjuarai 3 gelaran pada musim ini dengan aksi yang memukau ketika bermain dengan skuad kebangsaan Belanda.

Mirror juga mendakwa pengurus United,Sir Alex Ferguson dikatakan sanggup untuk bersaing dengan Real Madrid untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Sneijder baru sahaja berpindah ke San Siro musim ini selepas beliau dijual oleh boss Madrid ketika itu,Manuel Luis Pellegrini dari Barnabeu.

Tetapi Pellegrini telah digantikan oleh Mourinho dan pemain Belanda itu mendakwa beliau sedang menimbang keputusan untuk kembali ke Sepanyol untuk berkhidmat semula dibawah kendalian Mourinho.

Semua itu bergantung kepada keputusan pengurus baru Inter,Rafael Benitez sama ada mahu mengekalkan khidmat pemain itu ataupun menjual kepada kelab lain.Hubungan antara Rafa Benitez dan Ferguson akan menjadi penghalang untuk perpindahan pemain ini kerana hubungan mereka tidak berapa baik. Share

Silva lebih gemar ke Chelsea berbanding City


Bintang Valencia dan Sepanyol,David Silva antara nama besar seterusnya akan meninggalkan kelab nya untuk berhijrah ke kelab lain,dijangka akan menolak tawaran ke Manchester City dan mengaku lebih berminat untuk bermain di Chelsea.

Pemain berusia 24 tahun itu,yang bernilai £30 juta di pasaran ditetapkan oleh Valencia,bakal mengikut jejak langkah David Villa dan Zigic keluar dari kelab atas alasan krisis kewangan di Valencia.

Kelab Kaya Manchester City,telah lama dikaitkan dengan pemain kebangsaan Sepanyol itu,tetapi tidak mahu berahsia tetang keinginannya untuk bermain di Stamford Bridge pada musim depan.

"Chelsea telah mengangkat kelab mereka kepada peringkat yang lebih tinggi dan menjadi antara kelab terbaik di Eropah dalam masa 5 tahun lalu," kata beliau kepada wartawan.

"Mereka mungkin tidak mempunyai sejarah seperti Real Madrid dan AC Milan tetapi mereke sebenarnya sedang membina sejarah mereka sendiri.

"Jika mereka terus mengekalkan cara mereka sekarang,tidak ada sebab mengapa mereka tidak akan menjadi seperti Real Madrid pada masa depan.

"Chelsea seperti Barcelona,mempunyai skuad terbaik dan jika ada pemain ingin menyertai mereka,pemain itu mahukan kejuaraan.

"Dengan pemain seperti John Terry,Frank Lampard dan Didier Drogba,mereka mempunyai skuad yang lengkap.

"dan ia adalah sesuatu yang menarik untuk disertai." Share