Pemain tengah Barcelona,Yaya Toure dijangka akan menjadi pemain Manchester City secara rasmi pada awal minggu depan dan akan sekaligus menjadikan impian untuk bermain bersama dengan abangnya,Kolo Toure.
Menurut sebuah akhbar yang berasaskan di Barcelona,Sport,pemain berusia 26 tahun itu akan dibayar dengan harga €30 juta oleh City dan sekaligus akan menjadikan beliau sebagai pemain yang paling mahal diterima oleh Barcelona. Yuran itu dijangka akan bertambah sebanyak €2 juta,bergantung kepada jumlah perlawanan yang bakal diturunkan dan jika City berjaya ke Liga Juara-Juara pada musim depan.
Toure juga akan menjadi pemain yang paling banyak membawa keuntungan melalui penjualannya ke City jik ia berlaku.Pemain itu tiba dari AS Monaco pada 3 tahun lalu dengan nilai €9.5 juta.Dalam masa tersebut,beliau telah menunjukkan aksi yang cemerlang dan konsisten dalam menunjukkan bakat yang ada pada diri beliau.
Belaiu juga membantu Barca dalam mejuarai Copa Del Rey menentang Athletic Bilbao dengan menjaringkan gol yang menarik pada final tahun lepas.
Barca dijangka akan kembali aktif didalam pasaran untuk mencari pemain yang boleh mengisi tempat yang bakal ditinggalkan oleh Yaya jika beliau meninggalkan Nou Camp.
Sekarang ini,terdapat berita yang sedang hangat diperkatakan media Sepanyol dengan mengaitkan bintang Brazil,Robinho yang akan ke Barcelona pada musim depan selepas musim yang mengecewakan bersama City dan Ibrahimovic dijangka akan digunakan didalam perjanjian bagi mendapatkan bintang Brazil itu.
Share
No comments:
Post a Comment