.


Showing posts with label Arsenal. Show all posts
Showing posts with label Arsenal. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

Handanovic mungkin menjadi penjaga gol nombor 1 di Arsenal

Arsenal dilaporkan telah menyenaraikan Samir Handanovic sebagai calon untuk memperbaiki penjaga gol mereka yang dilihat sebagai punca masalah selama ini,menurut skysports.com.

Handanovic,25,telah menunjukkan prestasi yang memukau ketika bermain bersama Udinese di Serie A dan telah dikenalpasti sebagai calon lama Bayern Munich.

The Gunners yang juga tawaran rasmi kepada penjaga goal Fulham,Mark Schwarzer telah ditolak pada awal musim panas ini sebagai penjaga gol utama akan beralih arah kepada penjaga gol Slovenia sebagai pengganti.

Penjaga gol Portugal juga menjadi target kepada Arsene Wenger tetapi pemain tersebut telah menyertai kelab Itali,Genoa.

Udinese telah difahamkan tidak mahu untuk menjual pemain tersebut ekoran sebagai aset utama mereka,tetapi selepas aksi yang memukau ketika Slovenia tewas 1-0 kepada England di Afrika Selatan,Udinese akan sukar untuk menolak tawaran besar dari kelab-kelab besar di Eropah.

Dengan persoalan mengenai masa depan Almunia di Emirates,Handanovic mungkin akan menjadi calon yang sesuai untuk tugas di Emirates. Share

Thursday, June 24, 2010

United tolak spekulasi Cole ke Old Trafford, Redknapp mahukan khidmat Cole

Masa depan Joa Cole masih lagi menjadi tanda tanya apabila berita mengenai perpindahan ke United sudah hampir berkecai.

Pemain bahagian serangan England itu telah dilepaskan oleh Chelsea apabila beliau gagal bersetuju dengan kontrak baru yang ditawarkan kepada beliau,dan dipercayai ingin untuk menyarung jersey United dalam perpindahan percuma,walaupun terdapat minat yang kuat dari kelab utara London,Tottenham Hotspur.

Pengurus Tottenham,Harry Redknapp telah menyatakan United telah pun memenangi 'perlumbaan' untuk mendapatkan Joe Cole dan Redknapp mempunyai satu perasaan dimana satu perjanjian telah dibuat oleh Joe Cole dan United.

Tetapi United telah meranapkan spekulasi tersebut apabila mereka menyatakan secara rasmi bahawa mereka tidak mempunyai niat untuk mendapatkan pemain tersebut.

Sportsmail memberitahu Sir Alex Ferguson telah menolak pembelian Joe Cole secara percuma ke Old Trafford selepas mereka diberitahu Cole mahukan gaji sebanyak £100,000 seminggu walaupun Cole masih lagi bergelut dengan status kecergasan beliau dan bebas dari kecederaan.

Cole telah memulakan karier profesional beliau di West Ham United yang ketika itu dibimbing oleh Redknapp sendiri dan menyertai Chelsea pada 7 tahun lalu dengan £6.6 juta,dan sekarang berdepan dengan pilihan yang jelas diantara Arsenal dan Tottenham.

Redknapp telah pun menyatakan minat untuk mendapatkan Joe Cole secara terbuka,dimana Arsenal juga berminat untuk mendapatkan pemain tersebut,dimana kedua-dua buah kelab menjanjikan saingan Liga Juara-Juara musim depan. Share

Saturday, June 19, 2010

Arsenal akan bida £11 juta untuk Ibrahim Afellay

Arsenal dilaporkan telah menyediakan £11 juta untuk pemain harapan PSV Eindhoven dan Belanda,Ibrahim Afellay,menurut CalcioNews24.

Pengurus Arsene Wenger dipercayai telah mengira beberapa orang calon untuk menguatkan lagi posisi di bahagian serangan mereka apabila menyaksikan 5 tahun beliau di Arsenal tanpa sebarang trofi yang dijulang.

Pemain berusia 24 tahun itu selesa dengan posisi di bahagian tengah dan 'out wide',dengan khabar angin mengatakan pengurus berbangsa Perancis itu sudah mengawasi persembahan pemain itu sejak 18 bulan lalu.

PSV yang sekarang ini telah mengalami krisis kewangan dan dijangka akan menjual beberapa produk pemain remaja mereka kepada kelab-kelab luar.

Robin Van Persie kan merasa senang jika pembelian pemain senegaranya itu menjadi kenyataan,kerana beliau bertanggungjawab memperkenalkan pemain itu kepada Arsene. Share

Friday, June 18, 2010

Marchetti mungkin jawapan kepada krisis penjaga gol di Emirates

Arsenal telah mengenalpasti Federico Marchetti sebagai jawapan kepada masalah kepada krisis penjaga gol mereka untuk musim depan dan bersedia untuk membuat bidaan secara rasmi kepada pemain kebangsaan Itali pada Piala Dunia itu,menurut Daily Mail.

Penjaga gol Cagliari itu telah menjadi penjaga gol utama skuad Marcello Lippi selepas penjaga gol utama Itali,Gianluigi Buffon telah mengalami kecederaan pada babak pertama ketika menentang Paraguay pada perlawanan pertama Piala Dunia mereka.

Namun,saingan bagi mendapatkan pemain itu buat Arsenal bakal datang dari Juventus,yang sudah lama meminati pemain itu dan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau bagi menggantikan Buffon jika penjaga gol nombor 1 dunia buat satu masa dahulu berpindah ke kelab lain.

Penjaga gol utama Arsenal,Manuel Almunia,yang semakin tertekan dengan kritikan keatas persembahan beliau ketika menentang Man United dan Chelsea.Pengurus berbangsa Perancis itu sudahpun membuat tawaran sebanyak £2 juta buat Mark Schwarzer yang merupakan penjaga gol Fulham,tetapi ditolak.

Dan Arsenal dilihat dengan kaitan beberapa lagi calon penjaga gol bagi memantapkan lagi posisi yang sering menjadi persoalan untuk pencapaian mereka sekarang ini. Share

Thursday, June 17, 2010

Fixture untuk Arsenal 2010/2011


August
14 Liverpool (A)
21 Blackpool (H)
28 Blackburn (A)

September
11 Bolton (H)
18 Sunderland (A)
25 West Brom (H)

Share

Wednesday, June 16, 2010

Jersey Away baru Arsenal 2010/2011


Share

Tuesday, June 15, 2010

Ozil mendapat perhatian Wenger


Pengurus Arsenal,Arsene Wenger dilaporkan telah bersedia untuk mendapatkan bintang German pada World CUp 2010 iaitu Mesut Ozil.

Ozil,21, telah mempamerkan aksi yang memukau dalam perlawanan mereka menentang Australia pada hujung minggu lalu dan juga telah menunjukkan potensi ketika bermain dengan Werder Bremen.

Dengan Fabregas dikatakan inginkan perpindahan ke Barcelona berlaku,Ozil dkatakan akan dapat menggantikan kapten Arsenal pada posisinya di Emirates.

Wenger dikatakan bersedia untuk berbelanja besar pada musim ini apabila skuad muda nya gagal meraih sebarang pingat pada musim ini.Selain Ozil,pemain pertahanan Everton,Phil Jagielka dan Yoann Gourcuff dikatakan dalam perjalanan ke Emirates Stadium.

Tetapi,Arsenal bakal disaingi oleh kelab dari Manchester,Manchester City yang dikatakan dalam perbincangan untuk pemain itu dan saingan unutk mendapatkan Ozil akan menjadi semakin sengit dengan peningkatan dalam mutu permainan beliau.
Share

Friday, June 4, 2010

Yaya Toure akan ke England?


Pemain tengah Barcelona, Yaya Toure akan bermain di Liga England pada musim depan,menurut ejennya.

Chelsea dan dua skuad Manchester iaitu City dan United telah dikhabarkan akan menjadi destinasi seterusnya untuk pemain berbangsa Ivory Coast itu.Arsenal dikatakan sudah membuat tawaran tetapi Toure dikatakan menolak tawaran mereka.

"Jika semuanya berjalan lancar,beliau akan ke England,"kata Dimitri Seluk kepada Ona FM.

"Tetapi kelab yang mana,tidak boleh dikatakan.Kita telahpun mencapai kata sepakat dan semuanya akan selesai sebelum piala dunia bermula."

Toure telah kehilangan tempat di Nou Camp didalam skuad Barcelona musim lepas selepas hanya membuat satu penampilan pada akhir-akhir kempen tetapi itu tidak menghalang Barcelona untuk meletakkan harga pemain itu sebanyak £30 juta.

Seluk menambah : "Ia kelihatan begitu mahal bagi saya.Kelab (Barcelona) telah menunjukkan mereka ingin menjual beliau,tetapi ia luarbiasa bagi harga beliau"

"Jika Joan Laporta sukakan Yaya,beliau perlu menjelaskan mengapa beliau tidak diberikan masa bermian yang setimpal"

Jika Yaya pergi ke City musim depan,beliau akan mempunyai peluang bergandingan dengan adiknya,Kolo yang menjadi kapten pasukan. Share

Wednesday, May 26, 2010

Arsenal dikaitkan dengan Simon Kjaer dan Pape Diakhate


Simon Kjaer

Arsenal masih lagi berminat dengan pemain pertahanan Palermo yang dianggarkan bernilai £10 juta,Simon Kjaer dan pemain tengah Dinamo Kiev,Pape Diakhate.

Ejen Kjaer yang juga bekas pemain Middlesbrough,Mikkel Beck berkata :'Saya telah menggalakan beliau untuk mencuba Liga Perdana Inggeris'

Diakhate

Bos Arsenal juga dikaitkan dengan keeper berpengalaman Fulham, Mark Schwarzer. Share

Tuesday, May 25, 2010

Fabregas milik kamu....dengan harga £80 juta

Arsenal malam tadi telah meletakkan harga kapten Sepanyol mereka,Cesc Fabregas dengan harga £80 juta!

Gunners tidak berhasrat untuk menjual pemain itu ke Barcelona sehingga selesai Piala Dunia,walaupun pemain itu sendiri sudah menyampaikan hasratnya itu sendiri kepada pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Kelab Catalan ingin membuat perjanjian dengan cepat dengan membayar £30 juta untuk mendapatkan pemain itu sebelum Piala Dunia agar beliau boleh fokus dengan skuad Sepanyol tetapi Arsenal berkeras untuk mengekalkan kapten mereka itu dan tidak akan mudah mengalah.

Wenger dilaporkan berharap Fabregas akan terus kekal bersama mereka untuk musim depan.

Situasi 'akan pergi,tidak pergi' ini adalah serupa dengan apa yang kami hadapi dengan Patrick Viera untuk setiap musim dahulu,sehinggalah beliau benar-benar pergi ke Juventus.

Semalam,Fabregas yang mengalami kecederaan patah kaki pada penghujung musim telahpun menyertai kem latihan Sepanyol dan membuat latihan penuh untuk negaranya itu. Share

14 Juta jika Arsenal mahukan Cahill ke Emirates


Arsene Wenger harus menyediakan wang sekitar £ 14 juta untuk pemain Bolton yang juga bek tengah, Gary Cahill.

Pengurus Arsenal itu adalah peminat besar bekas pemain England bawah 21 itu yang belum lagi menyarung jersey skuad senior England.

Bos Bolton, Owen Coyle telah menjalinkan hubungan baik dengan Arsenal dan berharap untuk melanjutkan peminjaman pemain muda 18 tahun Arsenal, Jack Wilshere yang dipinjam selama enam bulan. Tapi dia tidak ingin kehilangan Cahill, 24, selepas menyedari kepentingan pemain tersebut banyak membantu dibahagian pertahanan mereka.

Namun Coyle tahu dia tidak boleh bersaing dengan tawaran lumayan dari sebuah kelab yang bertanding di Liga Juara-Juara. Share

Thursday, May 20, 2010

Arsenal dan Bayern minat M'bia yang bernilai £ 16 juta


Arsenal tertarik kepada pemain tengah Marseille, Stephane Mbia.

Pemain kebangsaan Cameroon itu hanya menyertai Marseille musim lalu dari Rennes dalam perjanjian £ 10.5 juta tetapi baru saja membantu kelabnya merebut gelaran pertama mereka sejak tahun 1992 untuk menjuarai liga Perancis.

M'bia,24, yang menolak untuk ke Everton musim panas lalu, adalah bernilai £ 16 juta dan juga dikehendaki oleh Bayern Munich.

Bayern telah dipercayai berminat dengan pemain £ 15 juta itu untuk memberikan persaingan kepada Martin Demichelis dan bekas pemain Marseille, Daniel Van Buyten. Di Arsenal, pemain itu mingkin akan menambahkan lagi kekuatan fizikal di bahagian tengah. Share

Arsenal,Spurs dan City dikaitkan dengan Rossi

Bekas striker Manchester United, Giuseppe Rossi dilaporkan menjadi tuntutan Arsenal, Tottenham, Manchester City dan Liverpool yang berjuang untuk mendapatkan khidmatnya.

Striker Itali itu ditetapkan untuk meninggalkan kelab Sepanyol Villarreal pada musim panas ini, dan Andrea Pastorello berkata: "Dia berada dalam senarai empat kelab. Kami telah bertemu dengan para pegawai dari mereka. "

Striker Villarreal, yang berada di skuad sementara Marcello Lippi 30 orang untuk pergi ke Piala Dunia, juga dihubungkan dengan Juventus, Roma dan Fiorentina. Share

Wednesday, May 19, 2010

Fabregas SAH ingin ke Barcelona!


Arsenal akan meletakkan harga sebanyak £ 50 juta kepada Barcelona selepas kapten Cesc Fabregas telah meminta untuk meninggalkan Arsenal pada perbincangan terakhir menyusul dengan Arsene Wenger.

Juara Sepanyol, Barcelona, yang meletakkan Share

Monday, May 17, 2010

United dan Arsenal dikatakan berminat untuk Jagielka

Manchester United dan Arsenal akan bersaing untuk menandatangani bek tengah Everton, Phil Jagielka di musim panas.

Pengurus Gunners, Arsene Wenger berpendapat bahawa pemain 28 tahun itu akan melakukannya tugas dengan baik dalam pertahanan apabila berpasangan dengan pemain bek tengah Arsenal, Thomas Vermaelen dan memberikan sedikit pengalaman untuk pemain muda.

Sir Alex Ferguson juga tertarik untuk mendapatkan bekas pemain kebangsaan England itu, yang juga boleh bermain di posisi pertahanan dan tengah, untuk meningkatkan kekuatan United untuk musim depan.

United dan Arsenaldikatakan akan membuat tawaran Jagielka sebanyak £15 juta tetapi pengurus Everton, David Moyes tidak akan membiarkan bek mereka itu pergi dengan begitu mudah. Share

Wednesday, May 12, 2010

Arteta bakal ganti Fabregas di Emirates??

Arsene Wenger dikatakan akan membawa pemain Everton, Mikel Arteta sebagai pengganti Cesc Fabregas jika Barcelona menandatangani kapten Arsenal itu pada musim panas ini.

Pengurus dari Perancis itu yakin bahawa dia boleh mengekalkan Fabregas tetapi jika raksasa Catalan melakukan tawaranyang lumayan dan sukar untuk ditolak untuk Cesc, maka Wenger ingin memiliki seorang pemain veteran di Liga Premier untuk menggantikan tempat Kapten Arsenal itu, menurut The Daily Mail.

Arteta kembali dari kecederaan ligamen lutut dan pencari bakat Arsenal tertarik dengan beberapa persembahan baik Arteta untuk Everton musim ini.

Everton mungkin tidak akan mahu menjual Arteta musim panas ini dan berusaha untuk mengadakan perjanjian baru kepada pemain berbangsa Sepanyol itu, yang berakhir pada tahun 2012.

Arteta menjaringkan 6 gol dalam 13 penampilan untuk Everton musim ini, dan pemain tengah itu adalah pemain kegemaran di Goodison Park dan beliau ingin membantu Everton untuk mendapatkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan. Share

Monday, May 10, 2010

Chamakh ke Emirates semakin dekat - Wenger

Pengurus Arsenal Arsene Wenger mendakwa kelab itu semakin dekat dengan langkah untuk mendapatkan striker Bordeaux, Marouane Chamakh.

Perpindahan pemain dari Maghribi itu telah diperkatakan sepanjang musim ini apabila pemain itu sendiri menyatakan beliau hendak bermain keluar dari Perancis.

Kurangnya senjata dihadapan selepas kehilangan pemain-pemain seperti Robin van Persie cedera memberikan masalah kepada Arsenal dan Wenger nampaknya dikatakan akan memperbaiki keadaan.

"Dia [Chamakh] mungkin menjadi yang pertama akan sampai ke Emirates," katanya kepada BBC Sport.

"Tapi kita harus menyelesaikan beberapa masalah, ianya belum selesai, tetapi sangat hampir." Share

Arsene minat Toure ke Emirates ?

Pemain tengah Barcelona, Yaya Toure telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal musim panas ini, menurut agen beliau.

Agen pemain antarabangsa Ivory Coast itu, Dimitri Seluk, mengakui beliau tidak boleh menutup kemungkinan pelanggannya akan menuju ke Stadium Emirates, dengan bos Arsenal, Arsene Wenger berminat dengan kemampuan pemain tengah yang agresif itu.

"Yaya [Toure] gembira di Barcelona dan hanya akan meninggalkan untuk sebuah projek besar di sebuah kelab besar", kata Seluk kepada The People.

"Tapi di Inggeris ada kelab dengan prestasi besar dan ia sukar untuk ditolak.

"Arsene Wenger tahu Yaya, dan saya yakin dia boleh menjadi sukses bersama Arsenal." Share

Sunday, May 9, 2010

Arsenal bakal bawa Shaun Wright Phillips ke Emirates dengan £5 juta?

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dikatakan akan membuat bidaan kepada pemain yang tidak mendapat tempat di Manchester City, Shaun Wright-Phillips,pada musim panas ini.

Pemain kebangsaan England itu tidak dapat masuk ke skuad utama City dibawah pengurus Roberto Mancini dan The Gunners mencari untuk membawa wing itu ke Emirates dengan penurunan harga kepada £5 juta, menurut The Sun.

City membayar £ 8.5 juta kepada Chelsea pada musim panas tahun 2008 untuk membawa Wright-Phillips kembali ke Eastlands untuk kali kedua dengan kelab, tapi pemain England itu tidak senang dengan kurangnya waktu bermain dengan £ 60 ribu seminggu gaji beliau. Share

Arsenal dan Liverpool bersaing rebut Niang

Striker Olympique Marseille, Mamadou Niang sedang dalam pemerhatian oleh 2 kelab besar Liga Premier,iaitu Arsenal dan Liverpool, menurut laporan di Metro.

Bintang Senegal 30 tahun itu menjaringkan gol kemenangan apabila OM merebut gelaran liga Perancis pertama mereka sejak tahun 1992 dengan kemenangan 3-1 ke atas Stade Rennais pada hari Khamis, dan kedua-dua Rafael Benitez dan Arsene Wenger dilaporkan amat berminat kepada pemain penyerang yang mempunyai kekuatan yang diperlukan mereka.

Tetapi dengan Marseille berkata nilai bekas pemain Strasbourg itu adalah sekitar £ 14 juta,dan ia boleh menyebabkan kedua-dua kelab berfikirdua kali sebelum mengambil beliau atas faktor usia beliau. Share