.


Showing posts with label PSV Eindhoven. Show all posts
Showing posts with label PSV Eindhoven. Show all posts

Saturday, June 19, 2010

Arsenal akan bida £11 juta untuk Ibrahim Afellay

Arsenal dilaporkan telah menyediakan £11 juta untuk pemain harapan PSV Eindhoven dan Belanda,Ibrahim Afellay,menurut CalcioNews24.

Pengurus Arsene Wenger dipercayai telah mengira beberapa orang calon untuk menguatkan lagi posisi di bahagian serangan mereka apabila menyaksikan 5 tahun beliau di Arsenal tanpa sebarang trofi yang dijulang.

Pemain berusia 24 tahun itu selesa dengan posisi di bahagian tengah dan 'out wide',dengan khabar angin mengatakan pengurus berbangsa Perancis itu sudah mengawasi persembahan pemain itu sejak 18 bulan lalu.

PSV yang sekarang ini telah mengalami krisis kewangan dan dijangka akan menjual beberapa produk pemain remaja mereka kepada kelab-kelab luar.

Robin Van Persie kan merasa senang jika pembelian pemain senegaranya itu menjadi kenyataan,kerana beliau bertanggungjawab memperkenalkan pemain itu kepada Arsene. Share

Tuesday, May 4, 2010

PSV mungkin menewaskan Wolve dalam pemburuan Lens

PSV Eindhoven dilihat untuk menewaskan Wolves dalam pembelian pemain AZ Alkmaar, Jeremain Lens.

Wigan, Newcastle United, Sunderland dan Fulham juga berminat untuk pemain kebangsaan Belanda itu yang mungkin akan bermain pada Piala Dunia, tetapi PSV dilihat telah bersetuju dengan perjanjian sebanyak £5 juta untuk pemain 22 tahun itu.

"Kedua-dua belah pihak telah bercakap tentang harga perpindahan dan kali terakhir saya mendengar mereka telah mencapai kata sepakat," kata Lens.

"Jadi,saya mungkin mencapai persetujuan dengan PSV. Hingga hari Ahad, saya akan fokus kepada AZ dalam menghadapi perlawanan dan kemudian saya akan menguruskan mengenai perpindahan. "

Lens telah menarik perhatian dengan 13 gol dalam 36 penampilan musim ini, yang membuatnya mendapat tempat dalam pasukan latihan Belanda untuk Afrika Selatan 2010 dihadapan penyerang Hamburg, Ruud van Nistelrooy. Share