.


Showing posts with label Wolfsburg. Show all posts
Showing posts with label Wolfsburg. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

McClaren : Saya akan cuba untuk mengekalkan Dzeko untuk musim depan

Bos baru Wolfsburg, Steve McClaren telah menyatakan hasrat untuk mengekalkan striker tinggi lampai Bosnia Herzegovina,Edin Dzeko untuk musim depan di kelab itu,dengan Tottenham dikatakan berminat untuk penyerang bernilai sekitar £25 juta.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan akan berpindah keluar dari Liga German dengan Manchester City, Chelsea, AC Milan dan Real Madrid dikatakan berminat.

McClaren, yang kelaur dari Wolves untuk membimbing FC Twente untuk menjuarai Liga Belanda musim ini, mengakui bahawa masa depan pemain itu bukan lagi di tangan Wolfsburg tetapi pengurus itu ingin melihat pemain itu berkhidmat dibawah kendaliannya.

'Pada masa sekarang,kami tidak dapat mengawal masa depan beliau,' kata McClaren.

'Dia masih lagi terikat dengan kontrak dan beliau akan pergi dengan nilai kontraknya sebelum Isnin ini.Selepas Isnin,jika tiada tawaran diterima, kita akan mengawal keadaan dan dapat memutuskan sedikit mengenai perkara ini.

'Dia adalah penyerang berkelas dunia dan kami tidak mahu kehilangan beliau.Kami akan mencuba habis-habisan untuk mengekalkan beliau didalam skuad kami untuk musim seterusnya. Share

Tuesday, May 11, 2010

Rasmi : McCLaren dinamakan sebagai pengurus baru Wolfsburg

Wolfsburg secara rasmi telah melantik Steve McClaren sebagai pengurus kelab mereka untuk membimbing kelab kembali kepada kejuaraan.

Kelab Jerman itu memenangi Bundesliga pada tahun 2009, tetapi mereka hanya mampu mencapai tempat kelapan musim ini.

McLaren kini telah menandatangani kontrak dua tahun dengan kelab itu, setelah tugas yang sangat berjaya di FC Twente setelah menjuarai Erediviese (Liga Belanda) Share

Tuesday, April 27, 2010

Dzeko menolak spekulasi ke Milan ,tetapi tidak pasti akan kekal bersama Wolfsburg


Striker Wolfsburg, Edin Dzeko telah mengaku bahawa dia adalah peminat AC Milan, tetapi itu tidak menunjukkan beliau akan beraksi bersama gergasi Serie A itu pada musim depan.

Laporan musim panas lalu menyarankan Milan tidak berminat untuk memenuhi harga yang diminta oleh kelab Bundesliga itu untuk pemain kebangsaan Bosnia & Herzegovina itu.

"Ya, Milan adalah pasukan kegemaran saya dan kerana media sering mengaitkan saya dengan perpindahan ke Rossoneri," ia menjelaskan kepada Spox Jerman.

"Ini tidak bermakna saya akan bermain di sana tahun depan."

Pemain berusia 24 tahun juga berkata ada tawaran dari beberapa pihak, tetapi menolak untuk berpindah jauh dari Jerman.

"Musim depan di Wolfsburg? Sudah ada beberapa tawaran yang memuaskan.Tetapi saya tidak tahu apakah saya akan berada di sini musim depan," tambahnya. Share

Monday, April 26, 2010

Metzelder akan kembali ke Liga Jerman?


Pertahanan Real Madrid, Christoph Metzelder tampaknya akan membawa menamatkan mimpi buruknya di Sepanyol dengan beralih ke kelab Jerman,Wolfsburg, menurut laporan dari Jerman.

Akhbar Sepanyol, Marca mengulas bahawa sejumlah media Jerman menyarankan bahawa juara Bundesliga 2009 itu tertarik untuk membawa bek antarabangsa Jerman itu kembali ke tanah airnya, dan akan menambat pemain berusia 29 tahun itu di musim panas nanti.

Metzelder yang berpindah ke Los Blancos dari Borussia Dortmund pada musim panas 2007, tetapi kariernya ketika di ibukota Sepanyol setelah dilanda kecederaan dan ia menjejaskan tempatnya di dalam skuad utama Madrid.

Mezelder telah melepaskan kedudukannya dalam pasukan kebangsaan Jerman akibat dari kurangnya penampilan untuk skuad utama, dengan Raul Albiol dan Ezequiel Garay sebagai pilihan dalam slot utama pertahanan, dan beliau sedar,jika ingin ke kancah kebangsaan untuk Piala Dunia yang akan datang,beliau perlu bermain dengan kerap untuk meningkatkan prestasi beliau agar dipilih. Share