.


Showing posts with label Injury. Show all posts
Showing posts with label Injury. Show all posts

Saturday, April 24, 2010

Rooney mungkin akan berehat hingga ke penghujung musim.


Satu kecederaan di paha (groin injuries) dihadapi oleh pemain sensasi Manchester United dan England,Wayne Rooney pada sesi latihan hari Khamis lalu.

Sir Alex Ferguson menyatakan penyerang United itu bakal menambahkan lagi tempoh kecederaannya.Beliau mengatakan kepada akhbar selepas membawa pasukannya mengalahkan Tottenham 3-1 dan kembali ke puncak Liga Perdana.

"Mungkin akan memakan masa 2-3 minggu [untuk sembuh]" katanya kepada Sky Sports.

Berita ini akan menjadi perhatian besar bagi Ferguson apabila pihaknya dikatakan akan mengalahkan Chelsea untuk juara Liga Premier. "Kami akan memberinya kesempatan, Wayne berasa sangat ingin bermain. Kami hanya perlu menunggu dan melihat "tambah Ferguson. Share

Friday, April 23, 2010

Aaron Lenon kembali berlatih selepas kecederaan yang teruk


Pengurus Tottenham Hotspur,Harry Redknapp mendedahkan bahawa pemain sayap Spurs, Aaron Lennon telah kembali ke latihan penuh dan kemungkinan akan diturunkan dalam menghadapi Manchester United di Old Trafford pada hari Sabtu.

Pemain terrsebut telah berdepan dengan kecederaan paha beliau dan tidak dapat untuk beraksi dengan cemerlang untuk Spurs tahun ini, dan sekaligus menimbulkan keraguan tentang kemungkinan kecergasannya untuk Piala Dunia 2010.

Namun,pemain sayap Spurs itu sekarang akan kembali untuk Spurs mendapatkan dan memberi semangat yang tepat pada waktunya dalam usaha mereka untuk mengambil tempat keempat dalam Liga Premier.

"Dia [Lennon] berlatih sepenuhnya dengan kami minggu ini untuk pertama kalinya sejak kecederaan dan ia berjalan dengan baik," kata Redknapp kepada The Sun.

"Dia dijangkakan untuk berada di bangku simpanan sekurang-kurangnya,dan ini bukan sahaja berita gembira buat Tottenham tetapi untuk England juga,ini merupakan berita yang sangat baik. Share

Monday, April 19, 2010

Kecederaan Drogba merisaukan penyokong The Blues


Chelsea boleh kehilangan penjaring terbanyak mereka Didier Drogba untuk menghabiskan saki baki perlawanan musim ini dan pengurus Chelsea,Carlo Ancelotti dilihat cuba untuk merangkul Kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama kariernya tanpa kelibat pemain handalan tersebut.

Pemain Ivory Coast itu yang menjaringkan32 gol telah bergelut dgn 'groin strain' sejak kebelakangan ini, dan perlawanan ke atas Tottenham Hotspur telah menyebabkan kecederaan yang lebih teruk.

Ancelotti telah menggunakan ketiga-tiga subs nya pada separuh masa kedua dan Drogba terpaksa bermain hingga tamat perlawanan.
Dengan empat perlawanan yang tinggal dalam musim ini, pemain dan pengurus sekarang harus memutuskan bagaimana mereka menguruskan kecederaan - yang mungkin akan memerlukan pembedahan kecil sebelum Piala Dunia.
"Itu keputusan beliau," kata Ancelotti, menurut Persatuan Press.

"Dia tidak mempunyai masalah besar. Ini lebih tentang cara mengawal situasi, Dia akan mengambil keputusan pada akhir musim, apakah dia akan membuat pembedahan atau tidak .. keadaan itu menjadi persoalan."
Share