.


Showing posts with label Sampdoria. Show all posts
Showing posts with label Sampdoria. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

Rasmi: Di Carlo dilantik sebagai pengurus baru Sampdoria


Sampdoria telah mengumumkan secara rasmi bahawa Domenico Di Carlo sebagai pengurus baru kelab itu.

Sebuah jenyataan rasmi kelab :

"Sampdoria telah menyatakan secara rasmi bahawa Mr. Domenico Di Carlo telah menandatangani kontrak 2 tahun sebagai ketua jurulatih di Sampdoria. Beliau akan mengumumkan secara rasmi pada sidang akhbar esok,Khamis 27 May pada pukul 12.00(waktu tempatan)"

Di Carlo menyertai Sampdoria dari Chievo,yang mendapat tempat ke 14 pada liga Serie A,dan akan menggantikan Del Neri yang menyertai Juventus.

"Ia adalah tawaran yang sukar ditolak," jelas Di Carlo kepada laman web rasmi kelab. Share

Rasmi : Luigi Del Neri adalah pengurus rasmi Juventus untuk musim depan

Juventus telah mengumumkan secara rasmi bahawa Luigi Del Neri sebagai jurulatih baru pasukan itu.

Sebuah kenyataan rasmi kelab :

"Luigi Del Neri akan menjadi jurulatih rasmi kelab Juventus yang akan secara rasmi bermula pada 1 Julai 2010.Jurulatih itu akan menandatangani kontrak sehingga 30 Jun,2012."

Setelah membimbing Sampdoria untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan,Del Neri telah meletakkan jawatan sebagai jurulatih pasukan Blucerchiati minggu lepas untuk menggantikan tempat Alberto Zaccheroni sebagai jurulatih di Turin.Beliau telah menghabiskan masa seharian bersama pegawai Juventus untuk berbincang mengenai tugas tersebut dan mencapai kata sepakat antara kedua pihak.

Kelab itu juga mengesahkan bahawa Giuseppe Marotta sebagai General Director untuk bahagian hal ehwal sukan. Share

Tuesday, May 11, 2010

Juventus berputus asa untuk Benitez,Del Neri sebagai pengganti?

Juventus dikatakan telah berputus asa dalam proses mendapatkan pengurus Liverpool, Rafa Benitez dan telah dilaporkan akan cuba beralih arah ke pengurus Sampdoria, Luigi Del Neri.

Menyedari bahawa Benitez dilaporkan untuk tetap berada di Liverpool kurang dari 24 jam sebelumnya, Juventus berbincang dengan pendekatan untuk Del Neri, yang bebas dari kontrak pada musim panas selepas memimpin Sampdoria hampir layak ke Liga Juara-Juara.

Secara signifikan, Del Neri telah menolak dari menerima kontrak baru sebanyak £ 1.5million setahun dari bos nya di Sampdoria dan telah menunjukkan minat dalam mengambil alih di Stadium Olimpico. Share