.


Showing posts with label Chelsea. Show all posts
Showing posts with label Chelsea. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

Chelsea menafikan mengenai pembelian Kaka dan Ibrahimovic


Pengurus Chelsea,Carlo Ancelotti telah mendedahkan bahawa beliau berminat mendapatkan Kaka,tetapi ia bagaikan sebuah impian sahaja kerana Real Madrid tidak akan menjual pemain tengah Brazil itu.

"Kaka adalah seorang pemain yang bagus bagi saya dan saya sering berbual dengan beliau jika bertemu," Ancelotti memberitahu Il Giornale.

"Tetapi malangnya beliau tidak akan datang: pertama,Madrid tidak akan menjual beliau dan yang kedua kami perlu betul-betul serius mengenai perpindahan ini dan yang ketiga ia akan menjadi perpindahan yang melibatkan jutaan dollar.Tiada satupun syarat ini wujud sekarang."

terdapat report yang menyatakan Ibrahimovic telah menjadi salah satu target kepada Ancelotti.

Tetapi bos Chelsea itu menafikan beliau berminat dengan penyerang Sweden itu.

"Jika anda memiliki seorang penyerang yang menjaringkan 37 gol,kenapa perlu mencari yang lain?," Ancelotti berkata. Share

Sunday, July 4, 2010

Rasmi : Benayoun bertukar dari Reds ke Blues


Chelsea telah membuat kenyataan secara rasmi mengenai pembelian pemain Liverpool,Yossi Benayoun untuk kontrak 3 tahun dengan harga dianggarkan bernilai £5 atau £6 juta.

Pemain berusia 30 tahun itu telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea,yang dilihat sebagai pengganti kepada Joe Cole dan akan menyertai rakan sepasukan baru pada pre-season 5 julai.

Perpindahan ini telah menamatkan kontrak 3 tahun di Merseyside,dengan menjaringkan 18 gol untuk 92 penampilan.

Bercakap dengan laman web rasmi Chelsea,Benayoun bercakap : "saya berasa begitu gembira untuk datang ke kelab seperti Chelsea,ia adalah sebuah kelab yang besar dan saya rasa ia adalah sebuah impian untuk setiap pemain.Semoga kami akan terus berjaya."

Pengurus Carlo Ancelotti menambah : 'Kami sungguh gembira menerima pemain baru.Yossi mempunyai qualiti yang hebat pada seorang pemain tengah dan boleh bermain dimana-mana posisi.' Share

Sunday, June 20, 2010

Silva lebih gemar ke Chelsea berbanding City


Bintang Valencia dan Sepanyol,David Silva antara nama besar seterusnya akan meninggalkan kelab nya untuk berhijrah ke kelab lain,dijangka akan menolak tawaran ke Manchester City dan mengaku lebih berminat untuk bermain di Chelsea.

Pemain berusia 24 tahun itu,yang bernilai £30 juta di pasaran ditetapkan oleh Valencia,bakal mengikut jejak langkah David Villa dan Zigic keluar dari kelab atas alasan krisis kewangan di Valencia.

Kelab Kaya Manchester City,telah lama dikaitkan dengan pemain kebangsaan Sepanyol itu,tetapi tidak mahu berahsia tetang keinginannya untuk bermain di Stamford Bridge pada musim depan.

"Chelsea telah mengangkat kelab mereka kepada peringkat yang lebih tinggi dan menjadi antara kelab terbaik di Eropah dalam masa 5 tahun lalu," kata beliau kepada wartawan.

"Mereka mungkin tidak mempunyai sejarah seperti Real Madrid dan AC Milan tetapi mereke sebenarnya sedang membina sejarah mereka sendiri.

"Jika mereka terus mengekalkan cara mereka sekarang,tidak ada sebab mengapa mereka tidak akan menjadi seperti Real Madrid pada masa depan.

"Chelsea seperti Barcelona,mempunyai skuad terbaik dan jika ada pemain ingin menyertai mereka,pemain itu mahukan kejuaraan.

"Dengan pemain seperti John Terry,Frank Lampard dan Didier Drogba,mereka mempunyai skuad yang lengkap.

"dan ia adalah sesuatu yang menarik untuk disertai." Share

Thursday, June 17, 2010

Fixture Chelsea 2010/2011


August
14 West Brom (H)
21 Wigan (A)
28 Stoke (H)

September
11 West Ham (A)
18 Blackpool (H)
25 Man City (A)

Share

Saturday, June 5, 2010

Chelsea dikatakan akan mengambil kesempatan di Anfield


Chelsea dikatakan akan mengambil kesempatan ke atas kekecohan yang sedang berlaku di Liverpool dengan dilaporkan akan membuat tawaran untuk Fernando Torres yang akan memecahkan rekod perpindahan di British.

Seperti yang didedahkan bulan lepas,Roman Abrahamovic telah bersedia untuk bersaing dengan pemilik Manchester City, Sheikh Mansour dengan tawaran yang dijangka mencecah £70 juta.

Dan Abrahamovic percaya dengan kekecohan yang berlaku di Anfield, dengan pemecatan Rafa Benitez,ia adalah masa yang sesuai untuk membawa striker Sepanyol itu ke Stamford Bridge.

Chelsea dikatakan bersedia dengan tawaran tersebut dan percaya bahawa pemilik Liverpool tidak akan mampu untuk menolak tawaran tersebut yang mencecah 3 kali ganda harga Liverpool mendapatkan pemain itu dari Atletico dengan £21 juta pada 2007.

City juga dikatakan tidak akan mengalah dengan Torres walaupun mereka berjaya mendapatkan Dzeko dari Wolfsburg,tetapi City tidak dapat untuk menjanjikan bermain di Liga Juara-Juara untuk Torres pada musim depan.

Walaupun Torres baru sahaja menandatangani kontrak bernilai £110,000 seminggu untuk 4 tahun pada tahun lepas,Torres dikatakan semakin terdesak untuk keluar dari Anfield selepas menyaksikan kekecohan yang berlaku di Anfield semakin parah selepas pemecatan Rafa Benitez pada awal minggu ini. Share

Friday, June 4, 2010

Yaya Toure akan ke England?


Pemain tengah Barcelona, Yaya Toure akan bermain di Liga England pada musim depan,menurut ejennya.

Chelsea dan dua skuad Manchester iaitu City dan United telah dikhabarkan akan menjadi destinasi seterusnya untuk pemain berbangsa Ivory Coast itu.Arsenal dikatakan sudah membuat tawaran tetapi Toure dikatakan menolak tawaran mereka.

"Jika semuanya berjalan lancar,beliau akan ke England,"kata Dimitri Seluk kepada Ona FM.

"Tetapi kelab yang mana,tidak boleh dikatakan.Kita telahpun mencapai kata sepakat dan semuanya akan selesai sebelum piala dunia bermula."

Toure telah kehilangan tempat di Nou Camp didalam skuad Barcelona musim lepas selepas hanya membuat satu penampilan pada akhir-akhir kempen tetapi itu tidak menghalang Barcelona untuk meletakkan harga pemain itu sebanyak £30 juta.

Seluk menambah : "Ia kelihatan begitu mahal bagi saya.Kelab (Barcelona) telah menunjukkan mereka ingin menjual beliau,tetapi ia luarbiasa bagi harga beliau"

"Jika Joan Laporta sukakan Yaya,beliau perlu menjelaskan mengapa beliau tidak diberikan masa bermian yang setimpal"

Jika Yaya pergi ke City musim depan,beliau akan mempunyai peluang bergandingan dengan adiknya,Kolo yang menjadi kapten pasukan. Share

Barcelona sekali lagi menyatakan hasrat untuk mendapatkan Torres


Barcelona dilaporkan akan cuba untuk mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol yang juga pemain terkemuka Liverpool,Fernando Torres.

Masa depan penyerang Sepanyol itu di Anfield telah menjadi spekulasi banyak pihak selepas melihat pengurus yang juga berasal dari Sepanyol,Rafa Benitez telah meninggalkan kelab tersebut semalam berikutan musim yang menghampakan setelah hanya mendapat tempat ke7 didalam liga.

Minat Barcelona terhadap Torres bukan perkara baru lagi apabila bekas penyerang Atletico Madrid itu telah berada didalam senarai Barcelona musim lalu tetapi sebarang perjanjian gagal dipersetujui.

Chelsea juga dikatakan berminat untuk pemain tersebut yang berusia 26 tahun,yang dibeli Liverpool pada harga £25 juta dari Atletico,tetapi Chelsea dikatakan akan cuba untuk mendapatkan penyerang Barcelona,Ibrahimovic atau Sergio Aguero dari Atletico Madrid.

SPORT mendakwa,selepas membelanjakan sekitar £32 juta untuk David Villa dari Valencia,Barcelona dipercayai akan cuba untuk mendapatkan penyerang sensai Liverpool itu selepas menjual Ibrahimovic dahulu,yang mempunyai harga sekitar £40 juta. Share

Wednesday, May 26, 2010

McClaren : Saya akan cuba untuk mengekalkan Dzeko untuk musim depan

Bos baru Wolfsburg, Steve McClaren telah menyatakan hasrat untuk mengekalkan striker tinggi lampai Bosnia Herzegovina,Edin Dzeko untuk musim depan di kelab itu,dengan Tottenham dikatakan berminat untuk penyerang bernilai sekitar £25 juta.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan akan berpindah keluar dari Liga German dengan Manchester City, Chelsea, AC Milan dan Real Madrid dikatakan berminat.

McClaren, yang kelaur dari Wolves untuk membimbing FC Twente untuk menjuarai Liga Belanda musim ini, mengakui bahawa masa depan pemain itu bukan lagi di tangan Wolfsburg tetapi pengurus itu ingin melihat pemain itu berkhidmat dibawah kendaliannya.

'Pada masa sekarang,kami tidak dapat mengawal masa depan beliau,' kata McClaren.

'Dia masih lagi terikat dengan kontrak dan beliau akan pergi dengan nilai kontraknya sebelum Isnin ini.Selepas Isnin,jika tiada tawaran diterima, kita akan mengawal keadaan dan dapat memutuskan sedikit mengenai perkara ini.

'Dia adalah penyerang berkelas dunia dan kami tidak mahu kehilangan beliau.Kami akan mencuba habis-habisan untuk mengekalkan beliau didalam skuad kami untuk musim seterusnya. Share

Aguero dijangka akan bernilai £77 juta jika kontrak baru termeterai


Sergio Aguero telah ditawarkan dengan kontrak baru yang akan melihatnya untuk kekal bersama dengan Atletico Madrid untuk 3 tahun lagi dan sekaligus akan menambahkan lagi harga pembeliannya dari £55 juta sebelum ini kepada £77 juta.Usaha ini dikatakan untuk mematahkan semangat dua kelab dari Manchester,England untuk pemain ini.

Pemain Argentina yang menjadi sebutan sebagai antara penyerang muda berbakat di Eropah telah dikaitkan akan meninggalkan kelabnya yang juga juara Liga Europa pada bulan lepas,beliau juga dikaitkan dengan Chelsea dan juga seteru utama Atletico Madrid,Real Madrid.

Walaupun kontrak beliau sekarang masih lagi berbaki 2 tahun,Atletico bimbang mereka akan kehilangan pemain berusia 21 tahun itu musim ini jika kontrak beliau masih lagi berbilai £55 juta.

Dan jika beliau tetap akan kekal bersama mereka, kelab berpangkalan di Madrid itu akan menghadapi kerugian yang besar jika pemain itu tidak mahu untuk menyambing kontrak pada musim depan dan pada masa yang sama harga pemain itu juga mungkin akan jatuh dengan mendadak.

Dan President Atletico,Enrique Cerezo berasa yakin Aguero akan tetap bersama mereka untuk musim depan. Share

Tuesday, May 25, 2010

AC Milan menunjukkan minat untuk Ibrahimovic

AC milan dijangka akan bersaing dengan Manchester City dan Chlesea untuk menandatangani pemain Barcelona,Zlatan Ibrahimovic.

Penyerang kebangsaan Sweden itu dijangka akan menolak spekulasi ke England berikutan keadaan cuaca yang sentiasa lembab.

Dan kelab gergasi Itali itu akan bersedia untuk membuat tawaran untuk mendapatkan bekas pemain Inter Milan itu menurut surat khabar Sepanyol,Sport.

Minggu lepas,Sportsmail secara eksklusif telah mendedahkan bahawa Presiden Barceloa,Joan Laporta sedang berusaha untuk menjual pemain itu dengan menandatangani David Vila untuk 34juta dan dilaporkan telah menawarkan khidmat penyerang itu kepada Chelsea atau City. Share

Aguero akan terus kekal..jika tiada pihak ingin membelinya dengan £52 juta


Presiden Atletico Madrid,Enrique Cerezo menjangkakan Sergio Aguero akan tetap berada bersama kelab di Madrid itu untuk musim depan walaupun terdapat banyak spekulasi membabitkan pemain itu ke kelab lain musim depan.

Kebanyakan kelab ternama dunia telah dikaitkan akan menawarkan bidaan kepada Aguero dan antara kelab yang paling dikaitkan adalah Chelsea,Manchester United dan Manchester City.Tetapi Atletico berjaya mengikat pemain itu dan akan bernilai 52 juta jika ingin membawa penyerang Argentina itu pergi dari Madrid.

Walaupun dijangka akan lebih banyak spekulasi timbul selepas Piala Dunia ini,Cerezo tetap optimistik dengan pemain itu akan terus kekal bersama Juara Liga Europa untuk musim depan.

'Dia mempunyai kontrak dengan kami,kami mahu beliau terus kekal bersama kami dan dia gembira berada di kelab ini.Jika terdapat pihak yang akan datang dan terus membeli beliau melalui kontraknya di sini,kami akan melihat jika beliau bersetuju....dan saya tidak terkejut jika beiau tidak kekal bersama kami musim depan,'kata Cerezo pada laman web rasmi kelab Atletico Madrid.

Cerezo menambah :'Ia adalah bukan kehendak kami untuk menjual pemain yang semetinya penting untuk kelab kami.' Share

Sunday, May 23, 2010

Modric mula mendapat perhatian serius Ancelotti

Chelsea dikatakan akan membuat tawaran bernilai £26 juta untuk pemain Tottenham Hotspur,Luca Modric.

Pemain berusia 24 tahun Croatia itu mula dikaitkan dengan kelab dari utara London itu selepas mempamerkan aksi yang mantap pada musim ini dan dilaporkan berada di London untuk berbincang mengenai masa depan di White Hart Lane.

Beliau dikaitkan dengan kelab juara berganda-juara Liga dan FA- selepas pengurus Italy kelab itu, Carlo Ancelotti mula sedar akan kepentingan membawa pemain muda untuk memastikan kejuaraan mereka bertahan di Stamford Bridge. Share

Monday, May 17, 2010

City dilaporkan akan membawa Milner ke Eastland

Manchester City siap untuk menawarkan £ 24 juta untuk pemain tengah Villa, James Milner, sebelum beliau menyertai England di Afrika Selatan.

Kelab Eastlands percaya bahawa Chelsea juga akan membuat tawaran yang sama untuk Milner, namun kelab itu boleh menawarkan sebanyak £ 30 juta untuk pemain England itu.

Milner yang mempunyai musim baik di Liga Premier,dengan memenangi PFA Young Player of the Year, tapi pemilik Villa, Randy Lerner boleh tergoda untuk menerima tawaran yang menguntungkan bagi bintang tengah itu. Share

Saturday, May 15, 2010

FA Cup dimenangi.........CHELSEA!

Chelsea baru dinobatkan sebagai Juara FA Cup..Ternyata Season ni memang musim dieorg la..Memang seperti yg diramal di atas kertas,Chelsea berjaya menguasai permainan..Sebuah perlawanan yang menarik..Gol adalah hasil jaringan Drogba melalui free kick..Portsmouth jugak ada chance tapi penalti Boateng x masuk beb..Lampard jugak miss penalty..adoyai!tp mesti ada yang menang dan yang kalah..Chelsea memenanginya dengan jaringan tunggal dari Drogba..nih ada gamba nih dari Wembly! Chelsea byk pluiang beb,5 kali kna tiang gol..hrmm..




Share

Wednesday, May 12, 2010

Zlatan mungkin akan dijual ke City atau Chelsea ?


Barcelona telah menawarkan Chelsea dan Manchester City kesempatan menandatangani Zlatan Ibrahimovic untuk sekitar £40 juta [€ 46 juta], menurut laporan dari Daily Mail.

Pemain Sweden yang baru tiba di Nou Camp musim panas lalu, dalam perjanjian sekitar £ 40 juta dengan pihak Itali, Inter Milan yang juga melihat Samuel Eto'o pergi ke arah kelab yang bertentangan.

Tetapi prestasi pemain 28 tahun itu tidak konsisten musim ini, dengan 16 gol di dalam liga dan 4 gol di Liga Juara-Juara, dan bahkan beliau dikeluarkan lebih awal oleh pengurus Pep Guardiola apabila kelab Catalan itu gagal untuk mengalahkan Inter di Liga Juara-Juara pada semi-final bulan lepas.

Presiden Barca, Joan Laporta dilaporkan telah mengarahkan 'super-agen', Zahavi, untuk cuba menawarkan striker itu ke kelab lain, sebagaimana kelab itu cuba untuk mendapatkan kembali wang hasil pembelian mereka keatas pemain tersebut. Juventus telah menunjukkan minat mereka dalam membayar sekitar £ 35 juta untuk bekas bintang mereka, namun Laporta dikatakan lebih gemar menjual kepada Chelsea atau Manchester City yang akan lebih bersedia untuk memenuhi harga permintaan mereka. Share

Tuesday, May 11, 2010

Selain United,Chelsea juga minat Modric

Chelsea akan bermula membina semula skuad pada musim panas mereka dengan mendapatkan pemain tengah Croatia dan Spurs, Luka Modric, menurut laporan dari The Daily Star.

Bos Blues Carlo Ancelotti dikatakan menyiapkan tawaran £20 juta untuk pemain itu, dengan Deco dan Joe Cole akan meninggalkan Stamford Bridge.

Modric telah menikmati musim yang baik di Spurs, walaupun kempennya terganggu oleh kecederaan, dan juga dipercayai menjadi sasaran Manchester United.

Namun pemain 24 tahun itu difahami ingin kekal di London. Pengalamannya juga akan membuatnya menjadi pemain yang berharga bagi Chelsea. Share

Kontrak Higuain masih lagi buntu,Chelsea,United dan City memantau situasi

Gonzalo Higuain dikatakan akan mengundurkan diri untuk bertukar dari liga Sepanyol ke Liga Inggeris pada musim panas ini apabila perbincangan kontrak dengan Real Madrid masih tergendala.

Pemain antarabangsa Argentina itu telah menemui jalan buntu dalam perbincangan dengan pegawai atasan di Bernabeu pada masa ini apabila beliau mahu gaji yang lebih tingi berbanding dengan gaji sekarang £15 ribu seminggu. Ini tentu tidak kelihatan seperti tidak masuk akal.

Striker hot-shot itu telah menjaringkan 29 gol dalam 38 penampilan yang meningkat, termasuk 12 gol di 12 perlawanan terakhir. Karim Benzema, sebaliknya, telah gagal mencapai angka gol yang sama walaupun menyertai kelab untuk musim panas lalu bernilai £ 35million dan jauh lebih mewah dari Higuain dalam pemberian gaji.

Namun, ada sedikit kemajuan dalam persefahaman kontrak baru dan sekarang Chelsea, Manchester City dan Manchester United sedang memantau situasi tersebut. Share

Sunday, May 9, 2010

Tahniah CHELSEA!!



Tahniah buat penyokong Chelsea!sekali dia bantai 8 daa..haha.wigan pun gune keeper no 3 die..tp player Chelsea langsong x bg chance..Anyway Tahniah sekali lagi dari Scorerun kerana menjadi Juara Liga dengan BERGAYA..8-0 beb...Bagi penyokong Red Devils pulak,season depan leh try lagi..Man United memang nampak goyah season ni tanpa Tevez and Ronaldo..hurmm..aku rase taun depan mesti Sir Alex beli player KAW-KAW punye lah..ape apepun,kita tgk World Cup dulu yer...

P/s:sebelum world cup,PIALA THOMAS der..hehe Share

Saturday, May 8, 2010

Ferguson sedia bawa Anelka ke Old Trafford?

Manchester United bersedia untuk menyambar Nicolas Anelka jika perundingan kontraknya di Chelsea tidak mendapat kata putus.

Anelka, 31, hanya memiliki satu tahun kontrak dalam perjanjian bersama The Blues.

Rundingan dikatakan hampir berjaya selama 2 tahun tetapi United dikatakan bersedia untuk mengambil sebarang tindakan jika mereka buntu untuk sebarang perjanjian.

Bos Old Trafford, Alex Ferguson merupakan peminat lama kepada Anelka.

Dia pertama kali melihat untuk mendapatkan Anelka ketika dia meneruskan pinjaman kepada Liverpool pada tahun 2002 dan hampir mendapatkan pemain itu lagi sebelum beliau meninggalkan Bolton untuk Chelsea dalam perjanjian £ 18 juta pada bulan Januari 2008.

Fergie ingin Anelka untuk menggantikan pemain Bulgaria,Berbatov dan dia boleh mendapatkan pemain itu dengan kos £ 8 juta dari Chelsea Share

Friday, May 7, 2010

Ribery seorang pemain yang sentiasa LAPAR- Drogba

Striker Chelsea, Didier Drogba mendedahkan bahawa dia akan menyambut kedatangan Franck Ribery ke Stamford Bridge dengan gembira, apabila Blues dikaitkan untuk menandatangani pemain Perancis itu dari Bayern Munich pada musim panas ini.

Laporan terakhir menunjukkan bahawa minat dari Chelsea terhadap Ribery mungkin semakin senyap ekoran masalah peribadinya, tetapi Drogba menegaskan bahawa pemain wing itu akan mendapat sokongan di kelab London barat itu dan pengurus Carlo Ancelotti harus memutuskan untuk memindahkan untuk pemain.

"Saya tahu Franck dari masa saya di Guingamp. Jika beliau datang ke Chelsea, saya akan gembira. Dia seorang pemain yang selalu 'Lapar' .. Saya suka pemain yang 'lapar'," kata Drogba kepada wartawan. Share