Tuesday, May 25, 2010
Aguero akan terus kekal..jika tiada pihak ingin membelinya dengan £52 juta
Presiden Atletico Madrid,Enrique Cerezo menjangkakan Sergio Aguero akan tetap berada bersama kelab di Madrid itu untuk musim depan walaupun terdapat banyak spekulasi membabitkan pemain itu ke kelab lain musim depan.
Kebanyakan kelab ternama dunia telah dikaitkan akan menawarkan bidaan kepada Aguero dan antara kelab yang paling dikaitkan adalah Chelsea,Manchester United dan Manchester City.Tetapi Atletico berjaya mengikat pemain itu dan akan bernilai 52 juta jika ingin membawa penyerang Argentina itu pergi dari Madrid.
Walaupun dijangka akan lebih banyak spekulasi timbul selepas Piala Dunia ini,Cerezo tetap optimistik dengan pemain itu akan terus kekal bersama Juara Liga Europa untuk musim depan.
'Dia mempunyai kontrak dengan kami,kami mahu beliau terus kekal bersama kami dan dia gembira berada di kelab ini.Jika terdapat pihak yang akan datang dan terus membeli beliau melalui kontraknya di sini,kami akan melihat jika beliau bersetuju....dan saya tidak terkejut jika beiau tidak kekal bersama kami musim depan,'kata Cerezo pada laman web rasmi kelab Atletico Madrid.
Cerezo menambah :'Ia adalah bukan kehendak kami untuk menjual pemain yang semetinya penting untuk kelab kami.' Share
Posted by
nanas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment