.


Showing posts with label AC Milan. Show all posts
Showing posts with label AC Milan. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

Jersey AC Milan 2010/2011


Share

Wednesday, May 26, 2010

McClaren : Saya akan cuba untuk mengekalkan Dzeko untuk musim depan

Bos baru Wolfsburg, Steve McClaren telah menyatakan hasrat untuk mengekalkan striker tinggi lampai Bosnia Herzegovina,Edin Dzeko untuk musim depan di kelab itu,dengan Tottenham dikatakan berminat untuk penyerang bernilai sekitar £25 juta.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan akan berpindah keluar dari Liga German dengan Manchester City, Chelsea, AC Milan dan Real Madrid dikatakan berminat.

McClaren, yang kelaur dari Wolves untuk membimbing FC Twente untuk menjuarai Liga Belanda musim ini, mengakui bahawa masa depan pemain itu bukan lagi di tangan Wolfsburg tetapi pengurus itu ingin melihat pemain itu berkhidmat dibawah kendaliannya.

'Pada masa sekarang,kami tidak dapat mengawal masa depan beliau,' kata McClaren.

'Dia masih lagi terikat dengan kontrak dan beliau akan pergi dengan nilai kontraknya sebelum Isnin ini.Selepas Isnin,jika tiada tawaran diterima, kita akan mengawal keadaan dan dapat memutuskan sedikit mengenai perkara ini.

'Dia adalah penyerang berkelas dunia dan kami tidak mahu kehilangan beliau.Kami akan mencuba habis-habisan untuk mengekalkan beliau didalam skuad kami untuk musim seterusnya. Share

Tuesday, May 25, 2010

AC Milan menunjukkan minat untuk Ibrahimovic

AC milan dijangka akan bersaing dengan Manchester City dan Chlesea untuk menandatangani pemain Barcelona,Zlatan Ibrahimovic.

Penyerang kebangsaan Sweden itu dijangka akan menolak spekulasi ke England berikutan keadaan cuaca yang sentiasa lembab.

Dan kelab gergasi Itali itu akan bersedia untuk membuat tawaran untuk mendapatkan bekas pemain Inter Milan itu menurut surat khabar Sepanyol,Sport.

Minggu lepas,Sportsmail secara eksklusif telah mendedahkan bahawa Presiden Barceloa,Joan Laporta sedang berusaha untuk menjual pemain itu dengan menandatangani David Vila untuk 34juta dan dilaporkan telah menawarkan khidmat penyerang itu kepada Chelsea atau City. Share

Wednesday, May 19, 2010

AC Milan akan mendapatkan Robinho dengan discount 50%?


AC Milan akan menyiapkan tawaran untuk membawa Robinho ke San Siro dari Manchester City, menurut laporan dari The Daily Mirror.

Pemain dari Brazil itu telah dipinjamkan kepada Santos sejak Januari selepas musim kedua yang mengecewakan di Eastlands di mana beliau telah berjuang dengan kecederaan yang teruk pada musim tersebut.

Robinho menyertai City dengan dilaporkan £ 35 juta pada tahun 2008 tetapi Milan diyakini Share

Tuesday, May 4, 2010

Chelea sedia membayar £ 70 juta untuk Pato dan Silva

Chelsea bersedia untuk memberi AC Milan dengan tawaran £ 70 juta untuk Alexandre Pato dan Thiago Silva.

Tetapi gergasi Serie A itu berkeras bahawa pemain bintang mereka tidak akan dijual tetapi situasi kewangan Milan mungkin akan menyebabkan mereka sukar untuk menolak tawaran yang lumayan.

Kelab San Siro mencatatkan kerugian sebanyak £ 8.5 juta tahun lalu, walaupun telah menjual Kaka ke Real Madrid dengan nilai £ 56 juta .

Bos Chelsea, Carlo Ancelotti adalah peminat besar Pato dan bertanggungjawab atas pembelian Milan ketika membeli penyerang Brazil dari Internacionalitu pada dua tahun yang lalu.

Surat khabar Itali, Corriere dello Sport melaporkan bahawa Ancelotti juga ingin menambah bek Brazil, Thiago Silva dalam perjanjian itu.

Chelsea telah berminat kepada pemain berusia 25 tahun itu sebelum beliau berpindah ke Milan dua tahun lalu dari Fluminense. Share

Tuesday, April 27, 2010

Dzeko menolak spekulasi ke Milan ,tetapi tidak pasti akan kekal bersama Wolfsburg


Striker Wolfsburg, Edin Dzeko telah mengaku bahawa dia adalah peminat AC Milan, tetapi itu tidak menunjukkan beliau akan beraksi bersama gergasi Serie A itu pada musim depan.

Laporan musim panas lalu menyarankan Milan tidak berminat untuk memenuhi harga yang diminta oleh kelab Bundesliga itu untuk pemain kebangsaan Bosnia & Herzegovina itu.

"Ya, Milan adalah pasukan kegemaran saya dan kerana media sering mengaitkan saya dengan perpindahan ke Rossoneri," ia menjelaskan kepada Spox Jerman.

"Ini tidak bermakna saya akan bermain di sana tahun depan."

Pemain berusia 24 tahun juga berkata ada tawaran dari beberapa pihak, tetapi menolak untuk berpindah jauh dari Jerman.

"Musim depan di Wolfsburg? Sudah ada beberapa tawaran yang memuaskan.Tetapi saya tidak tahu apakah saya akan berada di sini musim depan," tambahnya. Share

Saturday, April 24, 2010

AC Milan sedia untuk menjual Pato ke Chelsea dengan 43 juta


AC Milan siap sedia untuk menjual striker mudanya,Alexandre Pato ke Chelsea untuk £ 43 juta, menurut laporan dari Itali.

Corriere dello Sport melaporkan bahawa terdapat pemotongan kos baru di San Siro dan ini bererti pemain muda Brazil ini untuk jual, tetapi hanya pada harga yang betul. Rossoneri menolak tawaran £ 39m dari Chelsea musim panas lalu, tetapi terdapat khabar mengatakan ada peningkatan berkaitan harga jika perjanjian ingin dilakukan dengan kelab barat London itu.

Pato telah menjaringkan 14 gol dalam 28 kali perlawanan sepanjang musim ini untuk Leonardo, namun masih berpeluh untuk mengambil tempat di hati pengurus Brazil, Dunga dengan melihat apakah beliau akan disenaraikan dalam perjalanan ke Afrika Selatan untuk Piala Dunia di musim panas.

Jika perpindahan ini selesai, berita itu juga melaporkan bahawa Mario Balotelli pemain kelab musuh mereka,Inter Milan akan menjadi sasaran sebagai pengganti Pato untuk juara Eropah tahun 2007 itu.
Share

Friday, April 23, 2010

Trezeguet mencari kelab baru,AC Milan dan Corinthians berminat


Penyerang Juventus,David Trezeguet akan bersedia untuk duduk dan berbincang mengenai perpindahan ke musuh utama di Serie A, AC Milan, menurut agennya.

"Bagi kami, jika perjanjian baik untuk Juventus, kita akan bersedia untuk duduk di meja untuk bercakap bersama [Milan] tentang hal itu," kata Antonio Caliendo TuttoJuve.

"Tentu saja, sebelum perjanjian itu dijalankan, ada banyak hal yang perlu dibincangkan."

Nasib pemain 32 tahun itu telah dikaitkan perpindahan ke sejumlah kelab besar sepanjang musim ini,tetapi ada berita mengaitkan beliau dengan perpindahan mengejut pemain itu ke Corinthians di Brazil dan dipercayai ia menjadi pilihan utama penyerang itu musim panas ini.

"Dia pasti akan berbicara dengan kelab. Trezeguet mempunyai satu tahun kontrak lagi bersama Juventus. Bagi dia, minat untuk ke Corinthians tetap ada," lanjut Caliendo.

"Leonardo(Pengurus Ac Milan) akan gembira jika memilikinya." Share

Thursday, April 22, 2010

Huntelaar ingin ke BPL!


Klaas-Jan Huntelaar mengejar perpindahan ke Liga Perdana Inggeris jika AC Milan berhasrat mendapatkan Dimitar Berbatov.

Huntelaar, 26, merupakan target jangka panjang untuk Manchester United dan dikaitkan dengan pinjaman pada bulan Januari untuk pemain kebangsaan Belanda itu bernilai £ 12 juta untuk Tottenham.

Ejen Huntelaar,Arnold Oosterveer,hari ini menegaskan keinginan pemain tersebut untuk berpindah ke Inggeris jika dia meninggalkan Serie A.

Dia berkata: "Ketika dia di Real Madrid,beliau mengatakan beliau akan tertarik bermain di Itali, Jerman atau Inggeris. Pada saat itu,beliau telah bertindak dengan bermain untuk AC Milan tapi di masa depan beliau mungkin akan ke Inggeris dan kariernya mungkin berkembang.
Share

Monday, April 19, 2010

AC Milan dan Bayern Munich menyiapkan tawaran untuk pemain Manchester United,Dimitar Berbatov


Dimitar Berbatov kemungkinan mencari jalan keluar dari kesengsaraannya di Old Trafford dengan Bayern Munich bersiap sedia untuk melancarkan tawaran untuk pemain kebangsaan Bulgaria itu.

Menurut News of the World, Sir Alex Ferguson bersedia untuk melepaskan pemain tersebut di musim panas ini. Setelah itu £ 30.75 million berpindah ke United, Berbatov telah gagal untuk memenuhi standard quality sewaktu beliau bermain untukTottenham Hotspur.

Setelah menghabiskan lima tahun di Bayer Leverkusen, ini adalah berspekulasi bahawa Berbatov akan memilih kembali ke Bundesliga, dan dia dijangka sukar untuk dipilih ke dalam kesebelasan utama di United dengan kedatangan pemain baru,Javier Hernandez.

Berbatov juga dilihat bakal menyarung jersi Rosseneri musim depan apabila dikatakan kelab Itali itu mencari pengganti bagi penyerang kurang berbisa mereka,Hunterlaar dan melihat Berbatov sebagai penggantinya.
Share

Saturday, April 17, 2010

Chelsea dan Real Madrid : Sapa yang Menang?


Peminat AC Milan sekali lagi akan MERANA di musim panas ini apabila khabarnya gergasi Serie A itu bersedia melepaskan bintang muda harapan mereka,Alexandre Pato menurut Corriere dello Sport.

Kaka musin lalu meninggalkan Rossoneri untuk berkhidmat dengan Real Madrid dalam perjanjian € 65m itu.

Hal ini dipercayai bahawa Milan telah melabelkan harga € 55m pada Pato dan akan mendengar tawaran dari pihak yang berminat dengan tawaran itu.

Kelab Liga Perdana Chelsea dikatakan 'favourite' untuk mendapatkan khidmat pemain Brazil berusia 20 tahun itu, yang akan menikmati peluang sekali lagi untuk berkhidmat dengan bekas bos, Carlo Ancelotti di Stamford Bridge.

The Blues bahkan mungkin menawarkan bek Branislav Ivanovic sebahagian daripada perjanjian.

Tapi mereka kemungkinan menghadapi persaingan kuat dari kelab Sepanyol, Real Madrid, yang mungkin menggunakan Karim Benzema sebagai umpan.
Share