.


Saturday, April 24, 2010

AC Milan sedia untuk menjual Pato ke Chelsea dengan 43 juta


AC Milan siap sedia untuk menjual striker mudanya,Alexandre Pato ke Chelsea untuk £ 43 juta, menurut laporan dari Itali.

Corriere dello Sport melaporkan bahawa terdapat pemotongan kos baru di San Siro dan ini bererti pemain muda Brazil ini untuk jual, tetapi hanya pada harga yang betul. Rossoneri menolak tawaran £ 39m dari Chelsea musim panas lalu, tetapi terdapat khabar mengatakan ada peningkatan berkaitan harga jika perjanjian ingin dilakukan dengan kelab barat London itu.

Pato telah menjaringkan 14 gol dalam 28 kali perlawanan sepanjang musim ini untuk Leonardo, namun masih berpeluh untuk mengambil tempat di hati pengurus Brazil, Dunga dengan melihat apakah beliau akan disenaraikan dalam perjalanan ke Afrika Selatan untuk Piala Dunia di musim panas.

Jika perpindahan ini selesai, berita itu juga melaporkan bahawa Mario Balotelli pemain kelab musuh mereka,Inter Milan akan menjadi sasaran sebagai pengganti Pato untuk juara Eropah tahun 2007 itu.
Share

No comments:

Post a Comment