.


Showing posts with label AS Roma. Show all posts
Showing posts with label AS Roma. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

Real terpaksa melupakan Gerrard,de Rossi mungkin calon sesuai


Real Madrid dilaporkan kurang berminat dengan harga yang ditawarkan oleh Liverpool untuk kapten mereka,Steven Gerrard dan telah menukar arah kepada pemain tengah Roma,Danielle de Rossi,menurut laporan dari Spanish Daily AS.

Liverpool difahamkan akan mengambil kesempatan dengan cara Madrid berunding dengan menawarkan harga yang lebih tinggi dari £29 juta yang dibayar oleh Madrid untuk pemain tengah Liverpool musim lepas,Xabi Alonso.

Harga yang begitu tinggi untuk Gerrard menyebabkan Madrid seperti 'hilang minat' terhadap pemain itu dan menukar minat kepada de Rossi yang mempunyai kualiti yang sama tetapi harga yang lebih murah.

De Rossi telah menjaringkan 10 gol untuk Roma musim lepas dan menjaringkan gol pertama Itali ketika menentang Paraguay sekaligus menyamakan kedudukan di Piala Dunia 2010. Share

Wednesday, May 26, 2010

Gerrard mula menjadi TARGET utama Real selepas Rossi dikatakan akan kekal bersama Roma

Bos Roma,Claudio Ranieri memberitahu Real Madrid untuk melupakan hasrat untuk mendapatkan pemain tengah Itali, Daniele De Rossi.

Pemain berusia 26 tahun itu telah menarik perhatian beberapa minat dari kelab rantau Eropah, termasuk Manchester City, tetapi Giallorossi menetapkan bahawa pemain itu bukan untuk dijual.Pengumuman Ranieri itu dikatakan akan membawa Steven Gerrard lebih dekat untuk menyertai bintang-bintang yang lain di Barnabeu.

Walaupun Mourinho menyatakan bahawa De Rossi sebagai target utama beliau selepas bergelar pengurus Real Madrid, kapten Liverpool itu merupakan pilihan beliau selepas Rossi.

'De Rossi tidak akan kemana-mana' Ranieri memberitahu suratkhabar II Romanista.
'Dia merupakan tulang belakang kelab ini'

Laporan di Itali mengesahkan bahawa kelab yang terletak di ibu kota Itali itu telah menolak tawaran bernilai £38 juta dar Manchester City pada awal bulan ini.

De Rossi masih lagi mempunyai kontrak bersama Roma sehingga June 2010. Share

Saturday, May 8, 2010

Saya TIDAK rasis! - Totti

Kapten Roma, Francesco Totti telah menegaskan beliau bukan seorang yang rasis selepas beliau hendak menamatkan kontroversi beliau bersama pemain Inter, Balotelli.

Kedua-dua pemain itu bergaduh apabila kapten Roma itu menendang pemian muda itu dikaki dengan sengaja sewaktu Inter bertandang ke Roma pada Rabu lalu,dan Totti mendakwa beliau telah di provokasi oleh Balotelli.

Balotelli kemudiannya membalas kembali dengan mengatakan Totti telah membuat satu kenyataan yang berunsur perkauman ke arahnya. Namun, Totti menyangkal dakwaan itu.

"Melihat situasi selama beberapa hari terakhir ini dan saya telah memutuskan untuk tidak meningkatkan ketegangan, tapi ada satu hal yang saya inginjelaskan: saya tidak pernah rasis, saya tidak akan pernah rasis dan aku tidak pernah mengatakan ada hal-hal rasis, "katanya kepada laman web rasmi Roma.

"Saya mengatakan hal ini sekarang dan saya menegaskan tersebut. Tidak pernah.

"Saya lebih suka untuk mengelakkan semua gangguan dan fokus pada Roma sebagai yang keutamaan saya." Share

Saturday, May 1, 2010

De Rossi ke Madrid hanya 'omongan' kosong?

Menurut media Sepanyol, Real Madrid dikatakan menyediakan tawaran € 50 juta untuk pemain tengah Roma, Daniele De Rossi.

Sementara Marca mendakwa bahawa Presiden Los Blancos, Florentino Perez sedang menyiapkan tawaran untuk membawa satu lagi pemain berprofil tinggi ke kelab itu pada musim panas ini, dan idea itu kini telah dinafikan oleh ejen perpindahan Ernesto Bronzetti.

Bronzetti, yang sering bekerja dengan Real Madrid di masa lalu, tidak menjangka ada tawaran besar untuk musim panas ini.

"Khabar angin De Rossi ke Real Madrid itu?," kata Bronzetti kepada Sky Italia.

"Saya jamin 100 peratus bahawa presiden Real Madrid tidak pernah berbicara tentang De Rossi dengan saya dan kerana itu tidak ada sebarang tawaran yang dilakukan." Share

Wednesday, April 28, 2010

Doni tidak mendapat tempat di Rome

Roma bersiap untuk menawarkan keeper Brazil, Doni ke Tottenham, Arsenal dan Manchester United dalam usaha untuk membaiki status kewangan mereka untuk membeli pemain pinjaman mereka dari Inter,Burdisso.

Kelab Serie A itu yang kekurangan wang ingin bertindak untuk membeli Nicolas Burdisso, bintang pinjaman mereka yang menyerlah kepada perjanjian kekal dari Inter Milan dan berharap untuk meningkatkan sekitar £ 5 juta untuk Doni.

Pemain berusia 30 tahun itu telah kehilangan tempat kepada rakan senegaranya , Julio Sergio di Stadium Olimpik musim ini tetapi terlalu berharga untuk duduk di bangku.

United dilihat mencari pengganti jangka panjang untuk Edwin van der Sar, sementara Arsene Wenger pula menilai kembali apakah Manuel Almunia dan Łukasz Fabiański yang cukup baik untuk pasukan mereka musim depan.

Roma juga bersedia untuk mendengar tawaran untuk bek Perancis, Philippe Mexes daripada kehilangan pemain 28 tahun itu begitu sahaja apabila kontraknya berakhir pada akhir musim depan Share