.


Showing posts with label West Ham United. Show all posts
Showing posts with label West Ham United. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

West Ham membuat tawaran lumayan untuk Henry

WEST HAM telah membuat tawaran yang agak lumayan untuk menandatangani Thierry Henry.

Pemilik West Ham, David Sullivan minggu ini menawarkan pemain Barcelona itu, 32, dengan kontrak dua tahun, bernilai lebih dari £ 7.5 juta.

Sullivan sedia untuk membayar Henry yang merupakan legenda Arsenal sekitar £ 75,000 seminggu. Dia berkata: "Kami sedang berusaha untuk meningkatkan kekuatan pada posisi serangan yang lebih produktif di West Ham dan saya ingin memiliki Henry di sini.

"Kelab kami masih lagi mempunyai hutang namun dengan pembelian penyerang seperti Henry,ia merupakan suatu perjanjian yang bagus kerana Henry masih lagi dalam mutu permainan yang menarik.

"Saya sudah membuat tawaran yang akan membuatnya menjadi pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah kelab ini. Share

Monday, May 17, 2010

Cole menjadi rebutan Villa dan Liverpool

Liverpool dan Aston Villa telah menyertai untuk menandatangani Carlton Cole selepas Birmingham City dengan tawaran £10 juta telah ditolak, mengikut The Daily Mirror.

West Ham United chief executive, Karren Brady telah menolak tawaran dari bos Birmingham, Alex McLeish sebanyak £ 8 juta dengan £ 2 juta sebagai bonus.

Tawaran itu ditolak oleh Brady untuk mencetuskan lebih banyak tawaran untuk pemain itu. Pemilik West Ham United, David Gold dan David Sullivan difahami telah membuat hubungan dengan sejumlah agen untuk mendapatkan tawaran terbaik untuk pemain kelahiran Inggeris itu.

Kedua-dua pengurus Martin O'Neill dan Rafa Benitez tetap tertarik dengan pemain itu walaupun dia yang diketepikan dari 30 orang pemain skuad Piala Dunia dibawah Fabio Capello. Share

Tuesday, May 11, 2010

Rasmi : Zola diPECAT dari West Ham


West Ham mengumumkan bahawa pengurus Gianfranco Zola telah dipecat.

Pengurus berbangsa Itali itu hanya mampu memenangi tujuh perlawanan di rumah dalam kempen baru-baru ini apabila West Ham berjuang melawan tempat tercorot untuk musim ini.

Glenn Hoddle adalah antara nama yang disebut-sebut untuk menggantikan Zola di kerusi panas Upton Park.

Zola berkata: "Saya sangat kecewa apabila meninggalkan West Ham United. Selama beberapa minggu terakhir, saya telah menjadi subjek pelbagai komen buruk, dari dalam kelab, yang telah dilaporkan secara meluas di media.

"Walaupun apa yang telah saya alami adalah tempoh yang sangat sulit bagi saya, saya sangat menikmati waktu saya di West Ham. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemain dan kakitangan saya atas sokongan mereka, kerja keras dan komitmen.

"Saya sangat bangga dengan usaha mereka, selama musim yang panjang dan sukar, dalam mempertahankan tempat West Ham di Barclays Premier League.

"West Ham adalah kelab besar, dengan penyokong hebat dan saya berharap kelab akan mencapai kejayaan di masa depan." Share

Tuesday, May 4, 2010

Joe Cole mungkin kembali ke pangkuan West Ham?


West Ham United dilaporkan akan mengambil semula pemain Chelsea yang kurang mendapat tempat di Stamford Bridge, Joe Cole pada musim panas ini.

Menurut The Mirror,pemain kebangsaan England itu boleh meninggalkan the Blues apabila persetujuan penyambungan kontrak beliau terhenti selepas perundingan kontrak baru-baru ini.

Setelah pindah dari West Ham ke Chelsea pada tahun 2003, Cole mengakui beliau ingin kembali ke Upton Park.West Ham menghadapi saingan untuk Cole musim panas ini apabila kelab-kelab seperti Manchester United, Manchester City, Everton, Tottenham dan Liverpool semuanya dilaporkan berminat untuk khidmat beliau.

"Saya masih mempunyai kasih sayang besar bagi West Ham [United] dan saya ingin berfikir bahawa saya mungkin kembali ke sana pada masa akan datang," katanya dalam sidang akhbar pada 2003. Share

Friday, April 30, 2010

Juventus berhasrat memiliki Behrami

Juventus tertarik dengan pemain serbaguna West Ham United, Valon Behrami, menurut tuttojuve.com.

Geragasi Serie A itu mencari pemain untuk menguatkan skuad mereka untuk musim depan selepas kempen yang mengecewakan dan telah menyasarkan kedudukan pertahanan sebagai posisi yang perlu diberikan keutamaan untuk dibaik pulih musim depan.

Pada bek kanan mereka, antara Zdenek Grygera, Martin Caceres, atau Jonathan Zebina, tiada seorang pun yang mempunyai permainan yang konsisten dan pemain West Ham itu mungkin berada dalam keebelasan utama pada musim berikutnya. Share