.


Tuesday, May 4, 2010

Joe Cole mungkin kembali ke pangkuan West Ham?


West Ham United dilaporkan akan mengambil semula pemain Chelsea yang kurang mendapat tempat di Stamford Bridge, Joe Cole pada musim panas ini.

Menurut The Mirror,pemain kebangsaan England itu boleh meninggalkan the Blues apabila persetujuan penyambungan kontrak beliau terhenti selepas perundingan kontrak baru-baru ini.

Setelah pindah dari West Ham ke Chelsea pada tahun 2003, Cole mengakui beliau ingin kembali ke Upton Park.West Ham menghadapi saingan untuk Cole musim panas ini apabila kelab-kelab seperti Manchester United, Manchester City, Everton, Tottenham dan Liverpool semuanya dilaporkan berminat untuk khidmat beliau.

"Saya masih mempunyai kasih sayang besar bagi West Ham [United] dan saya ingin berfikir bahawa saya mungkin kembali ke sana pada masa akan datang," katanya dalam sidang akhbar pada 2003. Share

No comments:

Post a Comment