.


Showing posts with label Sevilla. Show all posts
Showing posts with label Sevilla. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Sevilla mahu Benayoun bermain di Liga Sepanyol musim depan

Pasukan dari Liga Primera,Sevilla, dikatakan sedang memantau situasi pemain serbaguna Liverpool, Yossi Benayoun, menurut sebuah laporan di The Guardian.

Pasukan Nervionenses itu ingin menambah beberapa darah segar untuk skuad mereka pada musim perpindahan depan dan mereka sudah membuat Benayoun sebagai salah satu target utama mereka.

Benayoun menyertai Liverpool dari West Ham United pada musim panas 2007 dan sejak itu membuat lebih dari 90 penampilan Liga Premier untuk Reds. Pemain berusia 30 tahun itu gagal untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama,dan kerana itu beliau dilihat akan meninggalkan kelab musim panas ini.

Pemain tengah Israel itu dikatakan hampir ke Dynamo Moscow musim sejuk yang lalu, tetapi perpindahan itu tidak menjadi atas alasan yang tidak diketahui.

Sevilla tampaknya akan menghadapi persaingan yang ketat dari Aston Villa dalam perlumbaan untuk mendapatkan Benayoun. Share

Tuesday, May 11, 2010

Tottenham dilaporkan akan bida Fabiano 18 juta?

Tottenham telah menimbang untuk mengemukakan tawaran bernilai £ 18 juta untuk striker Sevilla, Luis Fabiano.

Pengurus Harry Redknapp ingin penyerang kelas dunia untuk membantu Tottenham dalam menghadapi cabaran Champions League musim depan dan pemain antarabangsa Brazil itu merupakan caloi yang sesuai.

Pemain 29 tahun itu mempunyai rekod menjaringkan gol yang baik dan mungkin salah satu bintang yang akan menyinar dalam pusingan Piala Dunia nanti. Dia hampir menyertai Milan musim panas lalu tetapi mereka kurang setuju dengan harga £ 20m yang ditawarkan pihak Sevilla.

Namun, Fabiano bertekad untuk meninggalkan Sevilla musim panas ini dan akan berkeras untuk mendapatkan keinginannya jika perlu.

Chelsea dan Manchester United juga berminat untuk Fabiano tetapi mereka lebih berminat untuk pemain yang lebih muda. Share

Friday, April 23, 2010

Fabiano gembira dikaitkan dengan United


Striker Sevilla,Luis Fabiano mengakui bahawa bermain untuk Manchester United adalah salah satu yang menarik bagi dia.

Pemain berharga £ 15 juta dari Brazil itu mempunyai satu tahun kontrak sahaja di Sepanyol dan boleh mula mencari kelab yang baru bagi beliau.

Pemain 29 tahun itu telah menjaringkan 90 gol dalam 187 perlawanan untuk Sevilla dan merasakan bahawa United akan memberikan peluang untuk beliau menambah koleksi pingat yang dimenangi.

"Jika anda menanyakan pasukan yang paling saya kagumi tentulah pasukan Manchester United," katanya kepada wartawan.

"Jika anda bermain di bawah Sir Alex Ferguson, maka anda mungkin akan memenangi gelaran atau trofi utama yang lain." Share