.


Friday, April 23, 2010

Fabiano gembira dikaitkan dengan United


Striker Sevilla,Luis Fabiano mengakui bahawa bermain untuk Manchester United adalah salah satu yang menarik bagi dia.

Pemain berharga £ 15 juta dari Brazil itu mempunyai satu tahun kontrak sahaja di Sepanyol dan boleh mula mencari kelab yang baru bagi beliau.

Pemain 29 tahun itu telah menjaringkan 90 gol dalam 187 perlawanan untuk Sevilla dan merasakan bahawa United akan memberikan peluang untuk beliau menambah koleksi pingat yang dimenangi.

"Jika anda menanyakan pasukan yang paling saya kagumi tentulah pasukan Manchester United," katanya kepada wartawan.

"Jika anda bermain di bawah Sir Alex Ferguson, maka anda mungkin akan memenangi gelaran atau trofi utama yang lain." Share

No comments:

Post a Comment