Friday, April 23, 2010
Aaron Lenon kembali berlatih selepas kecederaan yang teruk
Pengurus Tottenham Hotspur,Harry Redknapp mendedahkan bahawa pemain sayap Spurs, Aaron Lennon telah kembali ke latihan penuh dan kemungkinan akan diturunkan dalam menghadapi Manchester United di Old Trafford pada hari Sabtu.
Pemain terrsebut telah berdepan dengan kecederaan paha beliau dan tidak dapat untuk beraksi dengan cemerlang untuk Spurs tahun ini, dan sekaligus menimbulkan keraguan tentang kemungkinan kecergasannya untuk Piala Dunia 2010.
Namun,pemain sayap Spurs itu sekarang akan kembali untuk Spurs mendapatkan dan memberi semangat yang tepat pada waktunya dalam usaha mereka untuk mengambil tempat keempat dalam Liga Premier.
"Dia [Lennon] berlatih sepenuhnya dengan kami minggu ini untuk pertama kalinya sejak kecederaan dan ia berjalan dengan baik," kata Redknapp kepada The Sun.
"Dia dijangkakan untuk berada di bangku simpanan sekurang-kurangnya,dan ini bukan sahaja berita gembira buat Tottenham tetapi untuk England juga,ini merupakan berita yang sangat baik. Share
Posted by
nanas
Labels:
Injury,
Tottenham Hotspur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment