.


Friday, April 23, 2010

West Bromwich Albion akan menguatkan jentera dengan Tuncay,tapi disaingi Fenerbahce.


Pasukan yang telah naik ke Liga Premier Inggeris,West Bromwich Albion dipercayai bersaing dengan Fenerbahce untuk mendapatkan khidman penyerang Stoke City,Tuncay Sanli.

Bekas pemain Middlesbrough tidak membuat penampilan seperti yang diharapkan sewaktu ke Britannia Stadium musim panas lalu.

Bos The Potters,Tony Pulis, juga memberitahu bahawa penyerang itu harus memperbaiki sikapnya untuk kebaikan Stoke, tapi The Daily Star mendakwa bahawa pengurus itu boleh membuat pilihan dengan menjual pemain tersebut pada musim panas kelak.

Kelab Turki,Fenerbahce, dikatakan tertarik dengan Tuncay dan ingin membawa beliau kembali ke Turki, tetapi dikatakan bahawa pemain itu bertekad untuk menghabiskan masa karier bola sepaknya di England. Share

No comments:

Post a Comment