.


Friday, April 23, 2010

Arsenal menyertai Chelsea dan United dalam pembelian pemain muda Jack Rodwell


Arsenal telah membuat pemain tengah muda Everton,Jack Rodwell,sebagai salah satu target musim panas, menurut laporan dari The Times.

Namun,Everton saat ini juga dilaporkan hampir untuk menandatangani kontrak baru yang agak lumayan untuk beliau kekal di Goodison Park.

Pemain 19 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun baru dengan The Toffees pada bulan Februari tahun lalu. Minat ke atas dirinya dari kelab gergasi Inggeris dikatakan meningkat, dengan Chelsea dan Manchester United juga telah dikaitkan.

Everton yang ingin mengelakkan terulangnya situasi berkaitan Wayne Rooney, yang berpindah ke Old Trafford berusia 18 tahun, dan mahu memastikan bahawa pemain tersebut kekal dengan kontrak, untuk jangka masa panjang.

Everton dikatakan meletakkan harga sebanyak £ 25 juta untuk pemain tersebut, yang boleh bermain di bahagian tengah pertahanan ataupun di bahagian midfield.
Share

No comments:

Post a Comment