.


Wednesday, May 12, 2010

Sevilla mahu Benayoun bermain di Liga Sepanyol musim depan

Pasukan dari Liga Primera,Sevilla, dikatakan sedang memantau situasi pemain serbaguna Liverpool, Yossi Benayoun, menurut sebuah laporan di The Guardian.

Pasukan Nervionenses itu ingin menambah beberapa darah segar untuk skuad mereka pada musim perpindahan depan dan mereka sudah membuat Benayoun sebagai salah satu target utama mereka.

Benayoun menyertai Liverpool dari West Ham United pada musim panas 2007 dan sejak itu membuat lebih dari 90 penampilan Liga Premier untuk Reds. Pemain berusia 30 tahun itu gagal untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama,dan kerana itu beliau dilihat akan meninggalkan kelab musim panas ini.

Pemain tengah Israel itu dikatakan hampir ke Dynamo Moscow musim sejuk yang lalu, tetapi perpindahan itu tidak menjadi atas alasan yang tidak diketahui.

Sevilla tampaknya akan menghadapi persaingan yang ketat dari Aston Villa dalam perlumbaan untuk mendapatkan Benayoun. Share

No comments:

Post a Comment