.


Thursday, June 17, 2010

Real terpaksa melupakan Gerrard,de Rossi mungkin calon sesuai


Real Madrid dilaporkan kurang berminat dengan harga yang ditawarkan oleh Liverpool untuk kapten mereka,Steven Gerrard dan telah menukar arah kepada pemain tengah Roma,Danielle de Rossi,menurut laporan dari Spanish Daily AS.

Liverpool difahamkan akan mengambil kesempatan dengan cara Madrid berunding dengan menawarkan harga yang lebih tinggi dari £29 juta yang dibayar oleh Madrid untuk pemain tengah Liverpool musim lepas,Xabi Alonso.

Harga yang begitu tinggi untuk Gerrard menyebabkan Madrid seperti 'hilang minat' terhadap pemain itu dan menukar minat kepada de Rossi yang mempunyai kualiti yang sama tetapi harga yang lebih murah.

De Rossi telah menjaringkan 10 gol untuk Roma musim lepas dan menjaringkan gol pertama Itali ketika menentang Paraguay sekaligus menyamakan kedudukan di Piala Dunia 2010. Share

No comments:

Post a Comment