Legend real Madrid,Raul Gonzalez telah memberikan harapan baru untuk Manchester United selepas penyerang itu difahamkan belum lagi mahu berhenti dari dunia bola sepak eropah,menurut MARCA.
Raul,33, akan diberi lampu hijau untuk menerima perpindahan secara percuma kepada kelab lain selepas berjaya mengukir nama sebagai salah seorang pemmain yang hebat pernah menyarung jersey di Barnabeu dengan memegang rekod sebagai penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman dan juga rekod sebagai penampilan yang terbanyak bersama kelab itu.
Bekas pemain Sepanyol itu dijangkakan akan berpindah ke kelab MLS New York Red Bulls atau kelab UAE,Al Ahli apabila Los Blancos bersedia untuk melepaskan beliau secara percuma.Tetapi Raul dikatakan tidak bersedia untuk berhenti dari saingan liga utama di Eropah.
Kenyataan ini akan membangkitkan minat United atau Inter,yang telah membuat pertanyaan keatas ejen pemain itu.
Share
No comments:
Post a Comment