.


Thursday, June 17, 2010

Juventus ingin membawa Marquez ke Turin.

Juventus dikatakan sedang dalam pemerhatian untuk pemain pertahanan tengah Barcelona,Rafael Marquez,menurut Sport.

Pasukan dengan gelaran Old Lady dikatakan terdesak untuk memperkuatkan pasukan mereka selepas menyaksikan musim yang mengecewakan di Serie A selepas menduduki tempat ke7 dan terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan lagi.

Pemain pertahanan no 1 yang menjadi idaman Juventus adalah William Gallas dari Arsenal,yang akan kehabisan kontrak di Arsenal,tetapi Juventus mungkin akan melihat beberapa lagi calon bagi mengisi posisi itu dan akan membeli lebih dari seorang untuk posisi itu.

Fabio Cannavaro telah meninggalkan kelab itu selepas tamat kontrak dengan seorang lagi pertahanan,Giorgio Chiellini telah dikaitkan dengan perpindahan Manchester United.

Marquez,yang menjadi pemain Barcelona pada 2003,dikatakan akan berpindah ke kelab lain selepas kontraknya tamat dengan Barcelona pada 2012.

Pemain berusia 31 tahun itu dilihat sukar untuk memecahkan dominasi Pique dan Puyol di pertahanan utama Barcelona dan dijangka akan keluar untuk mendapatkan kesebelasan utama.Marquez dibeli dengan harga £4.2 juta (€5juta) oleh Barcelona. Share

No comments:

Post a Comment