.


Wednesday, May 26, 2010

McClaren : Saya akan cuba untuk mengekalkan Dzeko untuk musim depan

Bos baru Wolfsburg, Steve McClaren telah menyatakan hasrat untuk mengekalkan striker tinggi lampai Bosnia Herzegovina,Edin Dzeko untuk musim depan di kelab itu,dengan Tottenham dikatakan berminat untuk penyerang bernilai sekitar £25 juta.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan akan berpindah keluar dari Liga German dengan Manchester City, Chelsea, AC Milan dan Real Madrid dikatakan berminat.

McClaren, yang kelaur dari Wolves untuk membimbing FC Twente untuk menjuarai Liga Belanda musim ini, mengakui bahawa masa depan pemain itu bukan lagi di tangan Wolfsburg tetapi pengurus itu ingin melihat pemain itu berkhidmat dibawah kendaliannya.

'Pada masa sekarang,kami tidak dapat mengawal masa depan beliau,' kata McClaren.

'Dia masih lagi terikat dengan kontrak dan beliau akan pergi dengan nilai kontraknya sebelum Isnin ini.Selepas Isnin,jika tiada tawaran diterima, kita akan mengawal keadaan dan dapat memutuskan sedikit mengenai perkara ini.

'Dia adalah penyerang berkelas dunia dan kami tidak mahu kehilangan beliau.Kami akan mencuba habis-habisan untuk mengekalkan beliau didalam skuad kami untuk musim seterusnya. Share

No comments:

Post a Comment