Real Madrid secara rasmi telah memecat pengurus kelab itu, Manuel Pellegrini untuk membuka ruang untuk The Special One,Jose Mourinho mengambil alih tugas sebagai pengurus kelab secepat mungkin.
Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah mengumumkan keputusan itu pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat tertinggi kelab di ibu negara Sepanyol itu pada rabu petang.
Perez juga menjelaskan bahawa perbincangan mengenai perpindahan pengurus itu ke Madrid telah menemui kata sepakat oleh kedua pihak,iaiatu antara Real Madrid dan Inter Milan.
Pellegrini gagal untuk memenangi sebarang trofi pada musim ini yang juga merupakan musim pertamanya menguruskan Real Madrid yang melihat kelab itu telah berbelanja hampir £200 juta untuk mendapatkan bintang seperti Ronaldo, Kaka dan Karim Benxema ke Barnebeu.
Ada ura-ura mengatakan bahawa Pellegrini akan pergi ke arah bertentangan untuk menguruskan Inter Milan untuk menggantikan Mourinho untuk musim depan.
Share
No comments:
Post a Comment