.


Wednesday, May 26, 2010

Rasmi : Nikola Zigic sah menjadi pemain Birmingham City


Nikola Zigic secara rasmi telah bergelar sebagai seorang pemain Birmingham City selepas menyelesaikan pertukaran bernilai £6 juta dari Valencia ke Birmingham.

Pemain gergasi Serbia itu telah mempersetujui kontrak 4 tahun bersama kelab di St. Andrew itu dan menjadi tandatangan ke-3 selepas Ben Foster dan Enric Valles untuk memperkuatkan skuadnya musim depan.

Zigic mempunyai ketinggian hampir 6 kaki 8 inci,tidak dikatakan kembar kepada Crouch tetapi Crouch akhirnya mempunyai 'persaingan' di dalam ketinggian musim depan dengan kehadiran Zigic.

Bos Birmingham City, McLeish yang mendapat dana dari pemiliknya, Carson Yeung,telah membuat perpindahan yang cepat untuk mendapatkan khidmat pemain itu selepas Valencia menjual David Villa ke Barcelona atas alasan masalah kewangan. Share

No comments:

Post a Comment