.


Wednesday, May 26, 2010

Aguero dijangka akan bernilai £77 juta jika kontrak baru termeterai


Sergio Aguero telah ditawarkan dengan kontrak baru yang akan melihatnya untuk kekal bersama dengan Atletico Madrid untuk 3 tahun lagi dan sekaligus akan menambahkan lagi harga pembeliannya dari £55 juta sebelum ini kepada £77 juta.Usaha ini dikatakan untuk mematahkan semangat dua kelab dari Manchester,England untuk pemain ini.

Pemain Argentina yang menjadi sebutan sebagai antara penyerang muda berbakat di Eropah telah dikaitkan akan meninggalkan kelabnya yang juga juara Liga Europa pada bulan lepas,beliau juga dikaitkan dengan Chelsea dan juga seteru utama Atletico Madrid,Real Madrid.

Walaupun kontrak beliau sekarang masih lagi berbaki 2 tahun,Atletico bimbang mereka akan kehilangan pemain berusia 21 tahun itu musim ini jika kontrak beliau masih lagi berbilai £55 juta.

Dan jika beliau tetap akan kekal bersama mereka, kelab berpangkalan di Madrid itu akan menghadapi kerugian yang besar jika pemain itu tidak mahu untuk menyambing kontrak pada musim depan dan pada masa yang sama harga pemain itu juga mungkin akan jatuh dengan mendadak.

Dan President Atletico,Enrique Cerezo berasa yakin Aguero akan tetap bersama mereka untuk musim depan. Share

No comments:

Post a Comment