Saturday, June 5, 2010
Chelsea dikatakan akan mengambil kesempatan di Anfield
Chelsea dikatakan akan mengambil kesempatan ke atas kekecohan yang sedang berlaku di Liverpool dengan dilaporkan akan membuat tawaran untuk Fernando Torres yang akan memecahkan rekod perpindahan di British.
Seperti yang didedahkan bulan lepas,Roman Abrahamovic telah bersedia untuk bersaing dengan pemilik Manchester City, Sheikh Mansour dengan tawaran yang dijangka mencecah £70 juta.
Dan Abrahamovic percaya dengan kekecohan yang berlaku di Anfield, dengan pemecatan Rafa Benitez,ia adalah masa yang sesuai untuk membawa striker Sepanyol itu ke Stamford Bridge.
Chelsea dikatakan bersedia dengan tawaran tersebut dan percaya bahawa pemilik Liverpool tidak akan mampu untuk menolak tawaran tersebut yang mencecah 3 kali ganda harga Liverpool mendapatkan pemain itu dari Atletico dengan £21 juta pada 2007.
City juga dikatakan tidak akan mengalah dengan Torres walaupun mereka berjaya mendapatkan Dzeko dari Wolfsburg,tetapi City tidak dapat untuk menjanjikan bermain di Liga Juara-Juara untuk Torres pada musim depan.
Walaupun Torres baru sahaja menandatangani kontrak bernilai £110,000 seminggu untuk 4 tahun pada tahun lepas,Torres dikatakan semakin terdesak untuk keluar dari Anfield selepas menyaksikan kekecohan yang berlaku di Anfield semakin parah selepas pemecatan Rafa Benitez pada awal minggu ini. Share
Posted by
nanas
Labels:
Chelsea,
Liverpool,
Manchester City,
Transfer Speculation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment