.


Tuesday, June 15, 2010

Real sedia menawarkan Benzema untuk Vidic


Real Madrid dikatakan sedang menyiapkan tawaran untuk mendapatkan pemain United,Nemanja Vidic dengan menawarkan pemain penyerang mereka,Karim Benzema,menurut laporan dari The Manchester Evening News.

Jose Mourinho dikatakan sedang bersedia untuk membina semula empayar di Barnabeu dan pemain pertahanan Serbia,Vidic dilihat sebagai pilihan utama beliau.

United sudahpun dikaitkan dengan Benzema sebelum ini dengan United dikatakan amat berminat dengan beliau pada musim lepas lagi.

Pemain itu menyertai Real Madrid dari Olympiqu Lyonnais untuk £35 juta.Tetapi pemain itu gagal untuk menyerlah ketika bersama Real sekaligus menyaksikan beliau tidak dipilih dalam skuad Piala Dunia Perancis.

Benzema merupakan pemain yang menepati kriteria yang dicari oleh Ferguson untuk dimasukkan kedalam skuad United,dan ejen Vidic mencadangkan bahawa pemain itu akan meninggalkan Old Trafford selepas Piala Dunia berakhir dan sebarang perjanjian mungkin tidak mustahil.
Share

No comments:

Post a Comment