.


Saturday, June 5, 2010

Tottenham inginkan Diego Forlan dengan £20 juta


Tottenham bersedia untuk menawarkan bidaan bernilai £20 juta untuk penyerang Atletico Madrid, Diego Forlan.

Harry Redknapp yang merupakan boss Spurs ingin menguatkan lagi jentera serangan beliau apabila skuad bimbingannya berjaya melayakkan diri ke dala saingan Liga Juara-Juara.Beliau dikatakan berminat untuk mendapatkan bekas penyerang United itu.

Forlan telah menunjukkan kualiti sebagai pemain yang konsisten didalam liga Sepanyol dan baru-baru ini beliau membantu kelabnya menjuarai Kejohanan Europa apabila menjaringkan gol pada masa tambahan.

Ejen pemain Uruguay itu, Daniel Bolotnicoff berkata :'Forlan merupakan pemain yang diminati di pasaran Eropah.Setiap musim kelab yang berlainan menyatakan hasrat mendapatkan beliau'

'Ini bukan kali pertama kelab dari England ingin mendapatkan khidmat beliau.Pada masa sekarang,beliau ingin fokus kepada Piala Dunia'

Redknapp dipercayai gembira ntuk menjual Robbie Keane,yang menjalani pinjaman di Celtic musim ini, dan juga Roman Pavlyuchenko.

Marseille juga dipercayai berminat untuk mendapatkan Forlan tetapi dikatakan sukar untuk memenuhi gaji beliau sebanyak £60,000 seminggu. Share

No comments:

Post a Comment