.


Friday, June 4, 2010

Yaya Toure akan ke England?


Pemain tengah Barcelona, Yaya Toure akan bermain di Liga England pada musim depan,menurut ejennya.

Chelsea dan dua skuad Manchester iaitu City dan United telah dikhabarkan akan menjadi destinasi seterusnya untuk pemain berbangsa Ivory Coast itu.Arsenal dikatakan sudah membuat tawaran tetapi Toure dikatakan menolak tawaran mereka.

"Jika semuanya berjalan lancar,beliau akan ke England,"kata Dimitri Seluk kepada Ona FM.

"Tetapi kelab yang mana,tidak boleh dikatakan.Kita telahpun mencapai kata sepakat dan semuanya akan selesai sebelum piala dunia bermula."

Toure telah kehilangan tempat di Nou Camp didalam skuad Barcelona musim lepas selepas hanya membuat satu penampilan pada akhir-akhir kempen tetapi itu tidak menghalang Barcelona untuk meletakkan harga pemain itu sebanyak £30 juta.

Seluk menambah : "Ia kelihatan begitu mahal bagi saya.Kelab (Barcelona) telah menunjukkan mereka ingin menjual beliau,tetapi ia luarbiasa bagi harga beliau"

"Jika Joan Laporta sukakan Yaya,beliau perlu menjelaskan mengapa beliau tidak diberikan masa bermian yang setimpal"

Jika Yaya pergi ke City musim depan,beliau akan mempunyai peluang bergandingan dengan adiknya,Kolo yang menjadi kapten pasukan. Share

No comments:

Post a Comment