.


Friday, June 4, 2010

Barcelona sekali lagi menyatakan hasrat untuk mendapatkan Torres


Barcelona dilaporkan akan cuba untuk mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol yang juga pemain terkemuka Liverpool,Fernando Torres.

Masa depan penyerang Sepanyol itu di Anfield telah menjadi spekulasi banyak pihak selepas melihat pengurus yang juga berasal dari Sepanyol,Rafa Benitez telah meninggalkan kelab tersebut semalam berikutan musim yang menghampakan setelah hanya mendapat tempat ke7 didalam liga.

Minat Barcelona terhadap Torres bukan perkara baru lagi apabila bekas penyerang Atletico Madrid itu telah berada didalam senarai Barcelona musim lalu tetapi sebarang perjanjian gagal dipersetujui.

Chelsea juga dikatakan berminat untuk pemain tersebut yang berusia 26 tahun,yang dibeli Liverpool pada harga £25 juta dari Atletico,tetapi Chelsea dikatakan akan cuba untuk mendapatkan penyerang Barcelona,Ibrahimovic atau Sergio Aguero dari Atletico Madrid.

SPORT mendakwa,selepas membelanjakan sekitar £32 juta untuk David Villa dari Valencia,Barcelona dipercayai akan cuba untuk mendapatkan penyerang sensai Liverpool itu selepas menjual Ibrahimovic dahulu,yang mempunyai harga sekitar £40 juta. Share

No comments:

Post a Comment