.


Friday, June 4, 2010

Rasmi : Benitez tinggalkan Liverpool


Liverpool telah mengesahkan bahawa pengurus bebangsa Sepanyol,Rafael Benitez telah secara rasmi meninggalkan kelab tersebut.

Pihak atasan Liverpool telah memutuskan untuk memecat Benitez berikutan persembahan atau pencapaian yang kurang memuaskan selepas mendapat tempat ke tujuh dan telah tersingkir dari Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan lagi.

Walaupun Benitez baru sahaja menandatangani kontrak bernilai £16 juta untuk 5 tahun,pampasan bernilai £6 juta telah dipersetujui apabila beliau meninggalkan kelab tersebut.

"Pengumuman ini adalah sesuatu yang menyedihkan dimana saya bukan lagi menjadi pengurus Liverpool.Saya ingin berterima kasih kepada semua staff dan pemain-pemain yang banyak membantu saya," kata Benitez.

"Saya akan sentiasa mengingati masa-masa saya berada di Anfield di dalam hati saya,dengan sokongan yang kuat dan penuh setia dari para penyokong sewaktu kami menghadapi masa-masa sukar di Liga.Saya tidak mempunyai kata-kata terima kasih yang mencukupi untuk semua sokongan yand diberikan dan saya masih berasa bangga jika saya pernah membritahu kamu bahawa saya adalah bekas pengurus Liverpool "

"Terima Kasih sekali lagi dan ingatlah:You'll never walk alone." Share

No comments:

Post a Comment