.


Thursday, May 27, 2010

City bersedia untuk memborong 3 pemain Real Madrid!


Manchester City telah bersedia untuk mencetuskan suatu mesej buat lawan mereka apabila mereka dilihat akan membuat rundingan terbuka untuk pembelian BORONG 3 pemain Real Madrid iaitu Higuain,Van Der Vaart dan Fernando Gago.

Roberto Mancini menegaskan bahawa beliau akan bersedia untuk bersaing untuk memenangi liga pada musim depan dengan penyertaan 3 bintang La Liga itu menurut suratkhabar Sepanyol,Marca.

Pegawai rasmi Eastland itu dikatakan sudah berada di Sepanyol untuk berbincang mengenai perkara itu dengan Real Madrid dikatakan bersedia untuk menjual beberapa pemain untuk menambah dana untuk berbelanja besar dalam musim panas ini.

Dengan Mourinho tidak akan diberikan bajet besar seperti yang diperolehi Pellegrini musim lepas,penjualan pemain adalah suatu kemestian jika pemain bintang seperti Angel Di Maria,Steven Gerrard dan Ashley Cole ingin menyertai kem Barnabeu. Share

No comments:

Post a Comment