.


Wednesday, May 26, 2010

Rasmi : Luigi Del Neri adalah pengurus rasmi Juventus untuk musim depan

Juventus telah mengumumkan secara rasmi bahawa Luigi Del Neri sebagai jurulatih baru pasukan itu.

Sebuah kenyataan rasmi kelab :

"Luigi Del Neri akan menjadi jurulatih rasmi kelab Juventus yang akan secara rasmi bermula pada 1 Julai 2010.Jurulatih itu akan menandatangani kontrak sehingga 30 Jun,2012."

Setelah membimbing Sampdoria untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan,Del Neri telah meletakkan jawatan sebagai jurulatih pasukan Blucerchiati minggu lepas untuk menggantikan tempat Alberto Zaccheroni sebagai jurulatih di Turin.Beliau telah menghabiskan masa seharian bersama pegawai Juventus untuk berbincang mengenai tugas tersebut dan mencapai kata sepakat antara kedua pihak.

Kelab itu juga mengesahkan bahawa Giuseppe Marotta sebagai General Director untuk bahagian hal ehwal sukan. Share

No comments:

Post a Comment