.


Saturday, June 19, 2010

Arsenal akan bida £11 juta untuk Ibrahim Afellay

Arsenal dilaporkan telah menyediakan £11 juta untuk pemain harapan PSV Eindhoven dan Belanda,Ibrahim Afellay,menurut CalcioNews24.

Pengurus Arsene Wenger dipercayai telah mengira beberapa orang calon untuk menguatkan lagi posisi di bahagian serangan mereka apabila menyaksikan 5 tahun beliau di Arsenal tanpa sebarang trofi yang dijulang.

Pemain berusia 24 tahun itu selesa dengan posisi di bahagian tengah dan 'out wide',dengan khabar angin mengatakan pengurus berbangsa Perancis itu sudah mengawasi persembahan pemain itu sejak 18 bulan lalu.

PSV yang sekarang ini telah mengalami krisis kewangan dan dijangka akan menjual beberapa produk pemain remaja mereka kepada kelab-kelab luar.

Robin Van Persie kan merasa senang jika pembelian pemain senegaranya itu menjadi kenyataan,kerana beliau bertanggungjawab memperkenalkan pemain itu kepada Arsene. Share

No comments:

Post a Comment