.


Friday, June 18, 2010

Marchetti mungkin jawapan kepada krisis penjaga gol di Emirates

Arsenal telah mengenalpasti Federico Marchetti sebagai jawapan kepada masalah kepada krisis penjaga gol mereka untuk musim depan dan bersedia untuk membuat bidaan secara rasmi kepada pemain kebangsaan Itali pada Piala Dunia itu,menurut Daily Mail.

Penjaga gol Cagliari itu telah menjadi penjaga gol utama skuad Marcello Lippi selepas penjaga gol utama Itali,Gianluigi Buffon telah mengalami kecederaan pada babak pertama ketika menentang Paraguay pada perlawanan pertama Piala Dunia mereka.

Namun,saingan bagi mendapatkan pemain itu buat Arsenal bakal datang dari Juventus,yang sudah lama meminati pemain itu dan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau bagi menggantikan Buffon jika penjaga gol nombor 1 dunia buat satu masa dahulu berpindah ke kelab lain.

Penjaga gol utama Arsenal,Manuel Almunia,yang semakin tertekan dengan kritikan keatas persembahan beliau ketika menentang Man United dan Chelsea.Pengurus berbangsa Perancis itu sudahpun membuat tawaran sebanyak £2 juta buat Mark Schwarzer yang merupakan penjaga gol Fulham,tetapi ditolak.

Dan Arsenal dilihat dengan kaitan beberapa lagi calon penjaga gol bagi memantapkan lagi posisi yang sering menjadi persoalan untuk pencapaian mereka sekarang ini. Share

No comments:

Post a Comment