Pengurus baru Real Madrid,Jose Mourinho telah bersedia untuk menawarkan £15 juta untuk pertahanan kanan England dan Liverpool,Glen Johnson.
Pengurus Real itu yang juga baru memenangi kejuaraan berganda ketika bersama Inter berharap dapat menambah pemain yang elit pada posisi pertahanan kanan kelab itu dengan menganggap Johnson sebagai calon yang sesuai,menurut The Sun.
Selain Johnson,Maicon juga merupakan calon utama untuk dibawa ke Barnabeu,yang dilaporkan sebagai pemain yang menyumbang jasa untuk Mourinho menjuarai 3 kejohanan musim ini.
Tetapi,pengurus Inter Milan baru,Rafael Benitez berhasrat untuk mengekalkan pemain bek kanan Brazil itu di San Siro dan Mourinho difahamkan terpaksa mencari alternatif lain.
Pemain berusia 25 tahun itu pernah berkhidmat bersama Mourinho ketika bermain bersama Chelsea,tetapi bos Chelsea pada ketika itu menjual pemain itu kepada Portsmouth pada 2008 dengan nilai £6 juta.
2 tahun selepas meninggalkan Chelsea,Johnson telah datang ke Liverpool dengan rekod perpindahan bernilai £18 juta dengan Pompey dan semenjak itu beliau menjadi kesebelasan utama England.
Share
No comments:
Post a Comment