.


Friday, June 18, 2010

Pellegrini akan menjadi pengurus di Anfield?


Bekas pengurus Real Madrid,Manuel Pellegrini dilaporkan telah bertemu dengan Kenny Dalglish berhubung dengan jawatan kosong di Anfield yang telah dikosongkan oleh Rafael Benitez.

Pellegrini telah dipecat dari Real Madrid bulan lepas selepas melihat pasukan bimbingannya itu terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara dan gagal untuk menyaingi Barcelona dalam merampas takhta liga di Sepanyol.

Wakil dari Pellegrini menafikan laporan yang mengatakan bahawa kliennya (Pellegrini) telah bertemu dengan Dalglish di Heathrow Airport tetapi Pellegrini telah disahkan berada di England dan telah berjumpa dengan lagenda Liverpool itu,yang sekarang ini bertanggungjawab dalam memilih calon yang sesuai untuk mengisi jawatan kosong di Anfield.

Dengan laporan Pellegrini telah bercakap mengenai jawatan di Liverpool,ini menunjukkan bahawa Liverpool telah semakin dekat untuk memeilih calon yang sesuai selepas mereka dilihat semakin mempunyai senarai yang semakin pendek dengan pengurus Fulham,Roy Hodgson dipercayai mendahului senarai. Share

No comments:

Post a Comment