.


Friday, June 18, 2010

Makoun menolak spekulasi ke United,Madrid dan Barcelona.

Pemain tengah Lyon,Jean Makoun telah menafikan spekulasi beliau akan berpindah ke Manchester United untuk musim depan.

Pemain bintang Cameroon itu juga dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab besar Eropah seperti Real Madrid dan Barcelona.Marseille juga dilaporkan berminat untuk pemain ini,tetapi pemain Cameroon ini mahu fokus kepada Piala Dunia di Afrika Selatan.

"Saya tidak berminat dengan berita perpindahan saya ke Real Madrid,Man United dan Barcelona buat masa sekarang,"Makoun berkata kepada skysports.com.

"Apa yang penting bagi saya buat masa sekarang adalah untuk membuat persembahan terbaik untuk negara saya dan cuba untuk mencipta sejarah di Afrika,sekaligus dapat memenuhi impian sejak kecil."

Walaupun bercakap negatif mengenai perpindahan ke kelab-kelab besar eropah,beliau mengeluarkan kenyataan yang berbeza apabila dikaitkan dengan Marseille.

"Marseille adalah sebuah kelab yang bagus,kita tunggu dan lihat," tambah beliau. Share

No comments:

Post a Comment