PSV Eindhoven dilihat untuk menewaskan Wolves dalam pembelian pemain AZ Alkmaar, Jeremain Lens.
Wigan, Newcastle United, Sunderland dan Fulham juga berminat untuk pemain kebangsaan Belanda itu yang mungkin akan bermain pada Piala Dunia, tetapi PSV dilihat telah bersetuju dengan perjanjian sebanyak £5 juta untuk pemain 22 tahun itu.
"Kedua-dua belah pihak telah bercakap tentang harga perpindahan dan kali terakhir saya mendengar mereka telah mencapai kata sepakat," kata Lens.
"Jadi,saya mungkin mencapai persetujuan dengan PSV. Hingga hari Ahad, saya akan fokus kepada AZ dalam menghadapi perlawanan dan kemudian saya akan menguruskan mengenai perpindahan. "
Lens telah menarik perhatian dengan 13 gol dalam 36 penampilan musim ini, yang membuatnya mendapat tempat dalam pasukan latihan Belanda untuk Afrika Selatan 2010 dihadapan penyerang Hamburg, Ruud van Nistelrooy.
Share
No comments:
Post a Comment