Masa depan Joa Cole masih lagi menjadi tanda tanya apabila berita mengenai perpindahan ke United sudah hampir berkecai.
Pemain bahagian serangan England itu telah dilepaskan oleh Chelsea apabila beliau gagal bersetuju dengan kontrak baru yang ditawarkan kepada beliau,dan dipercayai ingin untuk menyarung jersey United dalam perpindahan percuma,walaupun terdapat minat yang kuat dari kelab utara London,Tottenham Hotspur.
Pengurus Tottenham,Harry Redknapp telah menyatakan United telah pun memenangi 'perlumbaan' untuk mendapatkan Joe Cole dan Redknapp mempunyai satu perasaan dimana satu perjanjian telah dibuat oleh Joe Cole dan United.
Tetapi United telah meranapkan spekulasi tersebut apabila mereka menyatakan secara rasmi bahawa mereka tidak mempunyai niat untuk mendapatkan pemain tersebut.
Sportsmail memberitahu Sir Alex Ferguson telah menolak pembelian Joe Cole secara percuma ke Old Trafford selepas mereka diberitahu Cole mahukan gaji sebanyak £100,000 seminggu walaupun Cole masih lagi bergelut dengan status kecergasan beliau dan bebas dari kecederaan.
Cole telah memulakan karier profesional beliau di West Ham United yang ketika itu dibimbing oleh Redknapp sendiri dan menyertai Chelsea pada 7 tahun lalu dengan £6.6 juta,dan sekarang berdepan dengan pilihan yang jelas diantara Arsenal dan Tottenham.
Redknapp telah pun menyatakan minat untuk mendapatkan Joe Cole secara terbuka,dimana Arsenal juga berminat untuk mendapatkan pemain tersebut,dimana kedua-dua buah kelab menjanjikan saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Share
No comments:
Post a Comment