.


Wednesday, May 12, 2010

Arteta bakal ganti Fabregas di Emirates??

Arsene Wenger dikatakan akan membawa pemain Everton, Mikel Arteta sebagai pengganti Cesc Fabregas jika Barcelona menandatangani kapten Arsenal itu pada musim panas ini.

Pengurus dari Perancis itu yakin bahawa dia boleh mengekalkan Fabregas tetapi jika raksasa Catalan melakukan tawaranyang lumayan dan sukar untuk ditolak untuk Cesc, maka Wenger ingin memiliki seorang pemain veteran di Liga Premier untuk menggantikan tempat Kapten Arsenal itu, menurut The Daily Mail.

Arteta kembali dari kecederaan ligamen lutut dan pencari bakat Arsenal tertarik dengan beberapa persembahan baik Arteta untuk Everton musim ini.

Everton mungkin tidak akan mahu menjual Arteta musim panas ini dan berusaha untuk mengadakan perjanjian baru kepada pemain berbangsa Sepanyol itu, yang berakhir pada tahun 2012.

Arteta menjaringkan 6 gol dalam 13 penampilan untuk Everton musim ini, dan pemain tengah itu adalah pemain kegemaran di Goodison Park dan beliau ingin membantu Everton untuk mendapatkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan. Share

1 comment:

Hazman said...

Ada kemungkinan gak tue kan....

Post a Comment