.


Wednesday, May 12, 2010

Milos Krasic membuatkan Bayern dan United bersaing!

Manchester United bersaing dengan Bayern Munich untuk menandatangani pemain bernilai £15 juta CSKA Moscow, Milos Krasic,menurut agen pemain itu hari ini.

Bayern dan United mendahului senarai kelab termasuk Liverpool, Barcelona, Real Madrid dan AC Milan yang telah menghantar pencari bakat untuk menyaksikan bintang Serbia itu beraksi.

Dejan Joksimovic,agen pemain berusia 25 tahun itu berkata: "Memang benar bahawa Milos dikehendaki oleh sebilangan kelab terbesar di Eropah dan saat ini Bayern merupakan pilihan pertama dengan United di tempat kedua .."

Joksimovic mendedahkan bahawa Bayern telah meningkatkan minat mereka dalam pemain itu jika Franck Ribery meninggalkan Bayern musim panas ini - tetapi pemain itu mempunyai impian untuk bermain di Old Trafford, dan menolak berpindah ke Manchester City pada Januari lalu kerana hal ini. Share

No comments:

Post a Comment