.


Thursday, June 24, 2010

Roy Hodgson dijangka menggantikan Rafa Benitez di Anfield


Pengurus Fulham,Roy Hodgson telah kembali ke England dengan harapan akan menandatangani perjanjian yang sekaligus menjadi pengurus Liverpool untuk musim depan.

Hodgson adalah calon yang paling sesuai bagi menggantikan Fabio Capello untuk jawatan sebagai Pengurus pasukan England jika England gagal untuk mara ke peringkat seterusnya dimana Capello akan dipaksa untuk berhenti jika perkara itu berlaku.

Bagaimanapun,dengan layak nya pasukan England ke peringkat seterusnya,Hodgson dijangka akan menggantikan kerusi kosong yang ditinggalkan oleh Rafael Benitez,yang meninggalkan Anfield untuk jawatan di San Siro ppada musim depan.

Liverpool dilaporkan telah membuat tawaran secara rasmi kepada Fulham berhubung dengan pembelian Hodgson itu.

Perbincangan diantara Liverpool dan Fulham terpaksa ditangguhkan sebentar berikutan pengurus Fulham itu dilantik sebagai pengulas perlawanan Piala Dunia untuk BBC.

Bagaimanapun,Hodgson telah dikatakan kembali ke England untuk menamatkan perbincangan dengan Liverpool,dengan kelab tersebut dijangka akan mengumumkan secara rasmi tetang pelantikan tersebut dalam masa 2 hari saja lagi.

Liverpool dipercayai telah berbincang dengan beberapa calon seperti pengurus Aston Villa,Martin O'neill,Manuel Pellegrini dan Alex McLeish,pengurus Birmingham City.

Tetapi,lagenda Liverpool,Kenny Dalglish dan Managing Direktor,Christian Purslow telah membut keputusan bahawa Hodgson adalah calon yang paling sesuai untuk Liverpool. Share

No comments:

Post a Comment